Mengidam merupakan rasa untuk makan sesetengah jenis makanan yang datang secara tiba tiba. Ianya merupakan sesuatu fenomena yang memang terjadi dan akan mempengaruhi semua wanita yang sedang hamil.
Kadang kala, anda akan rasa teringin untuk makan makanan yang biasa seperti coklat, cake, ataupun buah buahan. Namun terdapat sesetengah masa dimana anda akan teringin untuk makan makanan yang pelik seperti gabungan makanan yang anda tidak suka dan sebagainya.
Makanan yang biasanya wanita mengidam akan makan ialah coklat, ais krim, gula gula, ikan, produk tenusus dan macam macam lagi.
Bagaimana Mengidam Boleh Terjadi
Tiada siapa yang benar benar tahu mengapa ianya terjadi. Ianya mungkin logik sekiranya ianya terjadi kerana kekurangan sesuatu dalam diet, atau pertambahan dari segi vitamin ataupun mineral yang terjadi dalam badan. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang dapat menghubung antara mengidam dan juga kekurangan nutrisi.
Tambahan pula, ianya mungkin ada kena mengena dengan kesan hormon kehamilan, yang boleh berubah mengikut rasa sesetengah makanan ataupun baunya.
Tips Untuk Menguruskan Rasa Mengidam Yang Tidak Sihat
- Sentiasa amalkan makanan biasa, yang sihat untuk mengelakkan rasa lapar secara tiba tiba
- Pastikan dapur anda dipenuhi dengan snek yang berkhasiat untuk dimakan sekiranya lapar
- Jangan membeli belah sekiranya rasa lapar
- Amalkan makanan yang berkhasiat yang dapat memastikan perut anda kenyang pada tempoh yang lama. Contohnya seperti bubur, roti bijirin penuh, kacang panggang, dan buah buahan segar.
- Dapatkan tidur yang cukup. Kajian telah menunjukkan orang yang kekurangan tidur akan sentiasa rasa untuk makan makanan yang tidak sihat.
Makanan Yang Sepatutnya Dielakkan
Apabila anda sedang hamil, terdapat banyak makanan yang patut dielakkan. Makanan seperti keju, sushi, telur mentah, dan makanan yang tidak dimasak dengan betul boleh mengandungi bacteria termasuk salmonella dan E.coli. Bacteria ini boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti listeria, atau toxoplasmosis.