Jenis Ujian Kesuburan Untuk Wanita

jenis ujian kesuburan

Sekiranya doktor anda mengesyaki terdapat sebab dimana anda tidak hamil, terdapat pelbagai jenis ujian kesuburan yang boleh anda lakukan untuk menentukan kesuburan anda dan pasangan anda.

Doktor anda juga boleh merujuk kepada jenis ujian kesuburan ini, yang selalunya diadakan di hospital ataupun klinik khas.

Jenis Ujian Kesuburan

Ujian Sperma

2 dalam 5 kes, maslah kesuburan berlaku kerana pasangan lelaki. Kurangnya sperma ataupun sperma yang tidak boleh bergerak secara betul boleh menyebabkan kegagalan untuk hamil.

Doktor anda boleh merujuk kepada ujian sperma. Pasangan lelaki akan diminta untuk memberikan sample sperma untuk dianalisis selalunya di hospital swasta ataupun makmal pathology.

Ujian Darah Untuk Memeriksa Ovulasi

Tahap hormon dalam darah wanita selaunya berkait dengan ovulasi, apabila ovari mengeluarkan telur dalam tiub fallopian. Ketidakseimbangan dalam hormon boleh menyebabkan masalah ovulasi, dan ujian darah boleh menentukan adakah perkara ini sedang terjadi.

Melalui tempoh dimana anda tidak datang haid, ataupun tempoh haid yang tidak teratur boleh menjadi tanda masalah ovulasi.

Ujian Untuk Chlamydia

Chlamydia merupakan sejenis penyakit yang dipindahkan melalui seks. Ianya boleh menyebabkan masalah kesuburan. Doktor anda boleh merujuk kepada ujian chlamydia melalui ujian air kencing.

Imbasan Ultrasound

Imbasan ultrasound boleh dijalankan untuk memeriksa ovari perempuan, rahim ataupun tiub fallopian. Imbasan ini boleh membantu doktor anda untuk memeriksa tahap kesihatan rahim dan juga ovari anda.

Sesetngah kondisi yang boleh mempengaruhi rahim seperti endometriosis dan fibroids boleh mencegah anda daripada hamil. Imbasan tersebut juga boleh memeriksa sekiranya terdapat sekatan dalam tiub fallopian (tiub yang menguhubungkan ovari dan juga rahim), yang boleh menghalang telur daripada berpindah melalui tiub dan kedalam rahim.

X Ray Terhadap Tiub Fallopian

Ujian ini dipanggil ‘hysterosalpingogram’ (HSG). Sejenis pewarna akan dimasukkan melalui cervix semasa anda menjalani x ray. Pewarna ini akan mengesan sekiranya terdapat apa apa halangan dalam tiub fallopian. Halangan boleh menyebabkan proses pemindahan telur ke rahim dan mengalang kehamilan dari berlaku.

Laparoscopy

Sekiranya anda mempunyai masalah pelvic, seperti penyakit radang pelvic (PID) ataupun endomestriosis, laparoscopy boleh dilakukan. Potongan kecil akan dilakukan pada bahgian abdomen supaya tiub kecil dengan kamera boleh dimasukkan untuk memeriksa rahim, tiub fallopian dan ovari.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com