tasneemnaturel.com

Kembung Perut Dan Penyusuan Bayi

kembung perut
bayi kembung perut Kembung perut atau colic merupakan masalah yang sering dialami oleh bayi. Colic berasa daripada perkataan Greek iaitu kolikos yang bermaksud kolon, iaitu salah satu organ pencernaan. Umumnya kembung perut selalu terjadi pada bayi berusia 5 bulan ke bawah. Secara umumnya, simptom bayi kembung perut
  • Bayi menangis tanpa henti dan sukar ditenangkan walaupun sudah disusukan atau didukung.
  • Wajah bayi akan kemerahanan, mimik muka nampak seperti sedang kesakitan diikuti dengan gerakan kaki ke arah perut.

Penyebab bayi kembung perut. Kenapa ibu menyusu badan perlu jaga makan sepanjang tempoh penyusuan anak

Penyebab kembung perut atau colic belum diketahui secara tepat tetapi ianyanya dikatakan berkait rapat dengan sistem pencernaan bayi yang belum sempurna. Jadinya, kembung perut ni adalah berkait rapat dengan penyusuan bayi. Sebab tu ibu yang menyusukan bayi akan sentiasa diingatkan untuk menjaga pemakanan. Jenis makanan yang perlu dielakkan sepanjang tempoh menyusukan bayi. BUAH-BUAHAN:
  • Anggur
  • Berries – strawberry, blueberry
  • Orange/Lemon
  • Nenas
  • Mangga
  • Melons – tembikai, rock melon
*banyak angin atau bersifat acidic menyebabkan acid reflux (infant GERD) SAYUR-SAYURAN:
  • Timun *banyak angin
  • kekacang – kacang panjang, kacang buncis
  • Kubis, Kubis bunga, Brussel Sprout *banyak angin & sukar dihadam
  • Brokoli
  • Tomato *bersifat acidic
MAKANAN LAIN:
  • Makanan berasaskan hasil tenusu – cheese, butter, yogurt, aiskrim. *Boleh gantikan susu lembu kepada susu kambing.
  • Tepung gandum dan gluten
  • Sebaliknya dapatkan sumber karbohidrat daripada nasi, kentang.
  • Coklat & Caffeine
Kalau bayi yang tak menyusu badan macam mana? Tak ada risiko masalah kembung perut ke? Ada. Untuk bayi yang tak menyusu badan, penyebab kembung perut boleh jadi juga jika bayi alah pada jenis susu yang diberikan. Jadi, kena pantau dan tukar susu kalau nampak tak sesuai dengan bayi anda. Selain tu kekerapan penyusuan, penggunaan botol dan puting pun kena ambil kira. Ada sesetengah bayi tak sesuai dengan pengggunaan puting yang mempunyai aliran laju. Bila bayi terlebih minum susu, perut tak mampu untuk menghadam dan memproses secara normal. Maka disitulah akan ada risiko bayi mengalami kembung perut. Jadi, macam mana nak elakkan kembung perut ni? Selain daripada menjaga pemakanan dan cara penyusuan, yang paling penting sekali kena sedawakan bayi setiap kali selepas menyusu, tak kiralah menyusu badan ataupun susu formula. Selain tu, mommies boleh amalkan guna minyak telon, untuk sapukan pada perut bayi untuk beri keselesaan Stommy Oil Minyak Telon Semulajadi Stommy Oil diformulasi khas untuk memberikan keselesaan perut si manja. Stommy Oil bukan sahaja dapat membantu mengelakkan bayi daripada kembung perut tapi ianya baik untuk menghangatkan tubuh bayi serta melembutkan kulit bayi. Malah ianya berbau wangi dan menyegarkan. Stommy Oil juga selamat digunakan untuk bayi kerana mengandungi pati tumbuhan dan tiada sebarang bahan kimia yang berbahaya.
  • Diperkaya dengan ramuan semulajadi
  • Olive Oil – Bersifat Antioksida dan Antibakteria
  • Peppermint – Memberi kesegaran kepada kulit dan merawat kegatalan
  • Ginger Root Oil – Melegakan ketidakselesaan perut, membantu pembuangan toksin dan membantu melancarkan proses pencernaan
  • Sweet Almond Oil – Pelembab kulit, melindungi kulit dari sinaran UV berbahaya
  • Kaffir Lime Peel Oil – Menghasilkan aroma yang segar dan membantu masalah pencernaan
  • Lemongrass Oil – Antibakteria dan Antifungal
  • Eucalyptus Globulus Leaf Oil – Membantu melegakan saluran pernafasn dan mengurangkan sakit otot
Sapukan di bahagian seperti perut, tapak kaki, betis, belakang badan, ubun-ubun serta dada untuk memberi keselesaan pada bayi.
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com