tasneemnaturel.com

Mengawal Kemarahan Semasa Dihadapan Anak

mengawal kemarahan dihadapan anak anak

Marah merupakan emosi manusia yang normal. Setiap ibu bapa akan berasa marah dari masa ke semasa. Tetapi, jika anda tidak boleh mengawal emosi dengan baik, ianya boleh mendatangkan kesan negatif kepada anak anda. Berikut merupakan cara yang mudah untuk mengawal kemarahan semasa dihadapan anak anak.

Apakah Yang Menyebabkan Kemarahan

Marah merupakan satu perkara dimana badan anda bertindak balas terhadap sesuatu yang dianggap sebagai ancaman. Adrenalin akan dilepaskan, otot anda akan terasa tegang, tekanan darah dan tekanan jantung anda akan meningkat dan muka akan menjadi kemerah merahan. Sesetengah orang akan terasa cepat marah kerana memang sifatnya sejak lahir, ataupun mereka mempunyai kondisi kesihatan. Selalunya, ianya adalah disebabkan oleh masalah peribadi yang mendatangkan kemarahan tersebut.

Penyebab kemarahan yang biasa termasuklah seperti hilang kesabaran, terasa diri tidak dihargai, bimbang dengan sesuatu masalah dan memori yang menyebabkan trauma yang telah berlaku pada masa lampau. Seseorang yang tidak diajar cara untuk meluahkan dan mengawal marah semasa kecil cenderung untuk menjadi seorang yang panas baran apabila besar.

Normal untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk merasa marah. Ianya merupakan masa dimana anda sedang berhadapan dengan pelbagai perkara seperti keluarga, kerjaya, rumah dan sebagainya. Anda terasa sibuk dan penat dan ianya amat sukar apabila anak anda melakukan sesuatu yang tidak diingini ataupun sesuatu perkara tidak berjalan seperti apa yang dirancang.

Punca lain kemarahan adalah apabila pasangan anda tidak memberikan bantuan kepada anda. Ataupun marah pada anda kerana perkara seperti masalah kewangan ataupun masalah dalam perhubungan. Jadi amat penting sebagai seorang ibu bapa untuk mengawal kemarahan mereka supaya ianya tidak mempengaruhi anak anak mereka.

Bagaimana Kemarahan Boleh Mempengaruhi Anak Anda

Semua orang akan merasa marah – tetapi bagaimana anda berhadapan dengan kemarahan tersebut yang penting. Anda akan menunjukkan contoh atau teladan yang baik pada anak anak sekiranya anda dapat mengawal kemarahan tersebut. Tetapi, sekiranya anda sering hilang sabar, ianya akan membawa kesan negatif kepada mereka.

Kanak kanak selalunya akan menyalahkan diri sendiri apabila mereka melihat ibu bapa yang sedang marah. Perkara tersebut akan menyebabkan mereka berasa tertekan. Ianya juga akan mempengaruhi perkembangan otak mereka dalam cara yang negatif. Hidup di dalam persekitaran yang dimana terdapat banyak kemarahan akan meningkatkan risiko kesihatan mental semasa meningkat dewasa.

Menggunakan kata kata yang kasar pada anak anda akan menyebabkan mereka rasa tidak berguna. Ianya juga boleh menyebabkan mereka tidak dapat mahu menjaga tingkah laku ataupun jatuh sakit. Kanak kanak yang sentiasa terdedah dengan kemarahan sering tidak dapat menumpukan perhatian, menjadi sukar untuk bergaul dengan kanak kanak yang lain atau sentiasa berasa takut, biadap ataupun bersifat agresif.

Jangan sesekali mencederakan anak anda tidak kira apa yang telah mereka lakukan ataupun betapa marahnya anda. Kajian menunjukkan bahawa denda yang dikenakan kepada anak anak secara fizikal akan menyebabkan mereka menjadi seorang yang anti sosial, agresif, hilang keyakinan diri, masalah kesihatan mental dan perhubungan yang negatif.

Cara Mengawal Kemarahan

Cara yang terbaik untuk mengawal kemarahan adalah dengan mengenali tanda ataupun punca sebelum ianya menjadi luar kawalan.

Tanda anda sedang marah adalah :

  • Degupan jantung yang laju ataupun bernafas dengan laju
  • Bahu yang tegang
  • Menggengam tangan dengan ketat
  • Berpeluh
  • Rasa kurang senang

Sekiranya anda sedang mempunyai tanda tanda ini, tarik nafas dan cuba untuk bernafas secara perlahan. Tinggalkan situasi yang menyebabkan kemarahan tersebut dan pergi ke tempat yang lebih senyap untuk menenangkan diri. Pergi berjalan sebentar, mandi, ataupun mendengar muzik yang menenangkan.

Sekiranya anak anda melakukan sesuatu yang menyebabkan anda marah, kira sehingga 1o di dalam hati sebelum melakukan apa apa tindakan. Pastikan anak anda tahu bahawa perlakuan mereka yang menyebabkan anda marah dan bukannya diri mereka.

Sekiranya anda hilang sabar terhadap anak anda, minta maaf selepas itu. Ini akan menjadi contoh yang baik buat mereka. Pastikan mereka sedar bahawa marah merupakan perkara biasa dan penting untuk mengawalnya dengan baik.

Setelah anda sudah bertenang, ambil sedikit masa dan ingat kembali apa perkara yang membuatkan anda marah dan bagaimana anda bertindak. Ini akan membuatkan anda bertindak dengan lebih tenang pada masa akan datang.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com