tasneemnaturel.com

Penjagaan Tulang Belakang Ketika Hamil

penjagaan tulang belakang ketika hamil

Sakit belakang semasa mengandung merupakan sesuatu perkara yang biasa, terutamanya pada peringkat akhir kehamilan dimana bayi yang sedang membesar mempengaruhi postur badan anda. Tekanan pada badan anda yang disebabkan oleh kehamilan juga boleh meningkatkan risiko sakit tulang belakang. Oleh itu, para ibu yang sedang hamil dinasihatkan untuk mempelajari cara penjagaan tulang belakang yang baik.

Satu sebab mengapa belakang anda sedang berada dalam risiko ialah kerana berat yang semakin bertambah pada bahagian abdomen. Keadaan ini memeri banyak tekanan pada lengkungan di belakang badan dan ianya juga boleh mempengaruhi sendi.

Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan ligamen semakin kurang tegang dan boleh memburukkan lagi kondisi tulang belakang anda dan juga pelvis.

Sekiranya anda tidak sihat secara fizikal, atau berlebihan berat badan, anda lebih mudah untuk terkena sakit tulang belakang. Senaman secara berkala boleh mengurangkan risiko tersebut.

Penjagaan Tulang Belakang Ketika Hamil

Sekiranya belakang anda sakit ketika sedang hamil, senaman ringkas dan juga menggunakan alatan untuk menyokong belakang badan anda selalunya sudah cukup untuk pulihkannya. Terdapat sesetengah kes dimana, wanita hamil yang terkena kecederaan yang serius pada tulang belakang. Sekiranya ia terjadi, anda mungkin akan perlukan pembedahan.

Ramai wanita yang mempunyai kondisi tulang belakang yang sedia ada sebelum mereka hamil lagi, seperti scoliosis atau spondylolisthesis. Kadang kadang, sakit belakang anda akan beransur pulih semasa mengandung. Tetapi, ianya juga boleh menjadi makin teruk. Amat penting untuk memberitahu segala kondisi ataupun sakit apa yang dihadapi kepada doktor anda.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda memerlukan ubat untuk meredakan sakit belakang. Paracetamol adalah ubah tahan sakit yang paling selamat semasa hamil. Jangan mengambil aspirin ataupun anti-inflammatories yang tidak mengandungi steroid seperti Nurofen, ketika hamil.

Sakit belakang tidak sepatutnya mempengaruhi anda semasa bersalin. Beritahu pihak hospital tentang kondisi belakang anda kerana terdapat pelbagai kedudukan yang boleh digunakan untuk melegakan sakit belakang ketika bersalin.

Cara Penjagaan Yang Baik

  • Elakkan dari mengangkat barangan yang berat – Jika anda mahu mengangkat barangan yang berat, bengkokkan lutut, pastikan belakang anda tegak dan keraskan bahagian depan badan. Pastikan objek berat yang diangkat dekat dengan badan.
  • Elakkan Aktiviti yang boleh mencederakan belakang anda – Seperti memanjat tangga, menaiki bukit curam dan lain lain.
  • Pakai Kasut Bertumit Rendah – Kasut bertumit rendah bagus untuk sokongan tulang belakang. Elakkan dari memakai kasut tumit tinggi.

Sekiranya sakit anda semakin teruk ataupun tidak pulih selepas 2 bulan atau lebih, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor. Pastikan anda sentiasa mengamalkan penjagaan tulang belakang yang baik demi kesihatan anda pada masa akan datang.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com