Penyakit Merbahaya Pada Kanak Kanak

mengenali penyakit merbahaya pada kanak kanak

Kebanyakan penyakit kanak kanak adalah ringan. Tetapi, agak sukar untuk mengetahui sekiranya anak anda benar benar sakit. Ibu bapa perlu mengenali penyakit merbahaya pada kanak kanak agar dapat dirawat secepat mungkin.

Tanda Penyakit Merbahaya Pada Kanak Kanak

  • Kerap mengantuk, atau tidak memberi respon
  • Perubahan warna pada kulit mereka atau pucat, kebiru biruan atau mempunyai ruam merah yang teruk.
  • Mempunyai masalah pernafasan, atau nafas yang pendek.
  • Demam dengan suhu badan yang mencecah 38 darjah celsius dan berumur 3 bulan kebawah
  • Tidak buang air sebanyak mana yang mereka selalulnya
  • Muntah berterusan
  • Sawan

Cara Menyukat Suhu Badan Anak Anda

Suhu badan yang melebihi 38 darjah celsius menandakan bahawa anak anda sedang demam. Menyukat suhu dengan hanya meletakkan tangan pada dahi anak anda tidak cukup. Anda perlu menggunakan termometer.

Terdapat bebrapa jenis termometer dan keputusannya mungkin berbeza mengikut jenis termometer apa yang anda gunakan :

  • Termometer Digital, yang selalunya diletakkan dibawah ketiak ataupun lidah. Lebih tepat sekiranya anda letakkan dibawah lidah. Anda boleh menggunakan cara ini untuk kanak kanak berusia 4 tahun dan keaatas.
  • Termometer digital untuk telinga, mudah dan cepat untuk digunakan tetapi bacaanya mungkin tidak berapa tepat.
  • Temporal arthery termometer, yang boleh menyukat suhu di dahi untuk mendapatakan bacaan suhu.

Sesetengah termometer adalah sesuai untuk digunakan untuk sesetengah peringkat umur jadi pastikan anda mengikut arahan pengeluar untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

Demam merupakan simptom biasa yang sering dihidapi oleh kanak kanak dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Walau bagaimanapun, pastikan kanak kanak yang berumur 12 bulan dan kebawah mendapat pemeriksaan doktor terlebih dahulu sekiranya mereka demam. Sekiranya mereka demam walaupun tidak mempunyai apa apa simptom, segera dapatkan nasihat doktor. Kerana risiko untuk mereka menghidapi penyakit merbahaya mungkin akan menjadi lebih tinggi sekiranya tidak dirawat dengan cepat.

Ibu bapa perlu peka terhadap kesihatan anak anak dan sepatutnya mengenali penyakit merbahaya apa yang mungkin dihidapi oleh mereka.

 

Leave a Reply