Contact us

My Cart
RM0.00

Jana Side Income di Ipoh, Perak!

Hai. Assalamualaikum. Saya Nor Amirah Mohd Sowi atau lebih dikenali dengan nama samaran, Mia Sowi dalam Tasneem Naturel. Saya berumur 34 tahun dan mempunyai sepasang anak berusia 5 dan 7 tahun.

Ok, saya bermula dengan Tasneem Naturel apabila saya merasai buntu, stuck, dalam bisnes. Sebelum itu, saya pernah beberapa kali menukar produk bisnes seperti pekasam daging, kain pasang cotton, kerepek cheese, di mana, ia produk bermusim atau produk viral. Habis musim, habis lah ombaknya.

Namun, hasil jualannya tak begitu meriah dan bila menukar produk, saya terpaksa bermula dari bawah balik. Jadi, pendapatan yang saya dapat tak pernah meningkat.

Sampai satu masa, saya terfikir, ‘i must do something’. Anak nak sekolah dah tak lama lagi, gaji suami cukup-cukup je untuk tampung perbelanjaan waktu tu. Jadi, saya mencari seseorang untuk guide saya dalam bisnes. Waktu tu, saya terjumpa satu post dari seorang kawan di Facebook, ‘saya mencari dropship, saya guide sampai berjaya’. Wah! Memang kena sangat sebab insan yang post tu pun nampak sangat berkeyakinan dan dipercayai.

Pada ketika itu, saya tidak tahu pun bisnes apa yang kawan tu buat. Saya terus komen ‘Nak’ dan dapat link masuk ke group Whatsapp. Bila dah join, diberikan penerangan, baru saya tahu bisnesnya adalah produk kesihatan bayi, Tasneem Naturel. Jujur bagitahu, tak pernah dengar pun brand ni. Apa yang saya tahu, insan ini boleh tunjuk jalan bisnes yang sebenar dan saya meletakkan diri sebagai orang yang ‘coachable’.

Dan, betul-betul tepat, orang itu adalah Master Leader Sakinah Hamid, yang banyak sangat membimbing saya sehingga sampai tahap sekarang dan kekal bersama Tasneem Naturel masuk tahun ke3. Setelah saya menyertai Tasneem Naturel, saya sangat ‘in love’ dengan produk ini. Memang kena dengan jiwa saya yang keibuan ni.

Namun, dalam seronok menyebarkan manfaat produk ini dengan Mak Ayah di luar sana, bisnes saya agak perlahan untuk 1 tahun pertama. Ia disebabkan oleh Tasneem Naturel adalah sistem ejen, untuk ‘grow’ dengan cepat dalam bisnes ini memerlukan saya membina ‘team’.

Jadi, dalam tempoh ini proses pengambilan ejen tidak begitu dijalankan. Ia adalah kerana saya tidak mempunyai keyakinan untuk menerajui ‘team’. Selain itu, saya kekurangan ilmu ‘leadership’ menyebabkan saya lebih berasa selesa diri ini dipimpin oleh ‘leader’.

Sebenarnya, ‘skill’ kepimpinan itu akan muncul apabila kita sudah memiliki ejen. Maksudnya kita sudah ada ‘team’. Apabila melihat kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh ejen Tasneem Naturel yang lain, ia membuatkan saya membuka peluang pada diri untuk menjadi ‘leader’.

Waktu ini, baru tahu langit tak selalu cerah, pelangi pun tak sentiasa ada. Cabaran membina team tak semudah yang disangka. Recruiting and Training wajib sentiasa buat kepada setiap ejen yang baru menyertai Tasneem Naturel khususnya Shining Swan. Ia memerlukan masa dan tenaga yang bnyak dalam menguatkan dan mengukuhkan team.

Walaubagaimanapun, ia tidak memutuskan semangat saya yang ingin berjaya dalam apa saya yang buat. Sekarang, saya dapat membayar yuran sekolah anak-anak yang hampir RM1000 dengan menggunakan bonus Tasneem Naturel. Dan saya juga sudah dapat menyimpan sebahagian dari bonus untuk tabung Financial Freedom.

Kalau nak bersembang lebih dengan saya pasal bagaimana saya bermula, jom klik icon Whatsapp di atas. Sekian dari saya, Mia Sowi, Stokis Tasneem Naturel Ipoh.

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Color
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping