Kandungan Gula Dalam Makanan

kandungan gula dalam makanan

Kebanyakan orang suka dengan rasa gula yang manis. Tetapi, terlalu banyak gula boleh menjurus kepada masalah kesihatan. Cara yang terbaik untuk mengelakkan kandungan gula yang berlebihan adalah dengan mempelajari jenis gula yang berlainan. Anda juga perlu mengetahui berapa banyak yang terkandung dalam makanan dan minuman.

Mengapa Kandungan Gula Yang Berlebihan Bahaya

Kesemua gula yang ditambah dalam makanan akan membekalkan tenaga, tetapi tidak membekalkan apa apa nutrien tambahan yang penting.

Gula boleh menggalakkan seseorang untuk makan atau minum secara berlebihan. Gula yang berlebihan tersebut juga akan menyumbangkan kepada kenaikan berat badan yang berlebihan dan masalah kesihatan yang lain.

Minuman yang mempunyai gula merupakan punca utama kenaikan berat badan yang berlebihan. Ianya tidak akan mengenyangkan anda ataupun mengurangkan selera makan anda. Ianya juga merupakan makanan untuk bakteria yang menyebabkan gigi anda rosak.

Jenis Gula

Sucrose adalah gula yang terdapat didalam tebu. Jumlah yang kecil juga boleh dijumpai dalam buah buahan dan sayur sayuran. Sucrose terbuat daripada jumlah atau kuantiti glucose dan fructose yang sama. Ianya adalah bahan utama untuk gula putih, gula perang, gula mentah, dan pelbagai lagi.

Glucose dijumpai secara semulajadi dalam madu, buah buahan dan sayur sayuran. Kanji dalam beras, roti, bijirin, dan tepung akan terurai menjadi glucose dalam usus anda.

Fructose, ataupun gula buah, terjadi dengan semulajadi dalam buah buahan dan madu. Ianya boleh dibuat dengan menggunakan tepung jagung.

Lactose adalah gula asli dalam susu. Ianya juga terdapat dalam yogurt, walaupun bakteria yang memekatkan yogurt menghadam sedikit jumlah lactose. Kebanyakn keju mempunyai lactose dalam jumlah yang sedikit.

Galactose adalah gula lain yang terdapat dalam susu.

Berhati hati dengan makanan yang mempunyai gula tambahan. Sesetengah makanan, seperti bijirin sarapan ataupun bar makanan mungkin mengandungi beberapa gula tambahan.

Cara Mengelakkan Pengambilan Gula Yang Berlebihan

  • Minum air kosong ataupun susu dan bukannya minuman ringan, kordial, minuman tenaga, teh ais ataupun kopi.
  • Pastikan anak anda minum susu yang kosong dahulu daripada susu berperisa
  • Gunakan yogurt natural dan tambah buah buahan untuk menambah rasa manis
  • Makan buah buahan ataupun kekacang daripada coklat ataupun biskut
  • Pilih bijirin sarapan yang teradpat jumlah gula tambahan yang sikit seperti bubur, oats dan sebagainya.
  • Pastikan anda sentiasa mempunyai stok buah buahan yang mencukupi untuk mengelakkan anda mengambil gula yang berlebihan

 

Leave a Reply