Contact us

My Cart
RM0.00

Makanan Untuk Ibu Mengandung

Trimester pertama

Dalam trimester pertama (4 minggu hingga 13 minggu), anda memerlukan semua vitamin dari diet yang sihat dan pelbagai seperti vitamin A yang amat penting untuk perkembangan bayi anda pada peringkat awal ini. Jika mabuk hamil membuatkan masa makan sukar ditangani, makanan-makanan berikut ini adalah dapat membantu menangani sedikit sebanyak masalah tersebut.

  • Sup bayam, brokoli atau kacang pis.

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, dan kacang pis adalah kaya dengan folat. Bungkuskan sup sayur ke tempat kerja. Cuba guna herba dan rempah segar atau jus lemon untuk menambah perisa tanpa garam dan pilih kiub rebusan rendah garam Asid folik tambahan yang anda ambil dan makanan yang kaya dengan folat yang anda makan membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida dalam bayi anda.

  • Jenis-jenis tembikai.

Cuba kepingan-kepingan tembikai susu, galia atau tembikai wangi untuk mendapatkan folat dan beta karotena. Basuh kulitnya, potong berkeping-keping dan simpan dalam peti sejuk.

  • Keju pada roti bakar.

Pada sekeping roti bakar, tambahkan keju cheddar atau mozzarella yang dicairkan. Produk tenusu adalah sumber baik vitamin A. Hati adalah dilarang untuk wanita hamil kerana ia mengandungi tahap retinol bentuk vitamin A yang terlalu tinggi. Mentega, keju, telur dan ikan berminyak mengandungi jumlah yang lebih rendah dan merupakan sebahagian penting diet wanita hamil.

  • Telur rebus keras.

Telur mengandungi vitamin A, dan merupakan sumber baik zat besi. Rebus selama kira-kira tujuh atau lapan minit, biar sejuk dan simpan di dalam peti sejuk untuk tidak lebih daripada dua hingga tiga hari.

  • “Smoothie” buah-buahan.

“Smoothie” atau susu kocak yang dibuat dengan mangga masak dan susu separa skim atau dadih rendah lemak tanpa gula adalah cara yang lazat dan mudah untuk mendapatkan beta karotena dan Vitamin A.

Trimester kedua.

Dalam trimester kedua (14 minggu hingga 27 minggu) kalsium, vitamin D dan magnesium adalah sangat penting. Diet sihat dan pelbagai boleh membekalkan anda dengan nutrien-nutrien ini.

  • Susu.

Segelas susu rendah lemak penuh dengan kalsium dan magnesium. Jika anda tidak makan produk tenusu, pilih makanan soya yang ditambah kalsium, seperti dadih soya dan taufu. Ini membantu perkembangan tulang dan gigi bayi anda.

  • Sardin bertin.

Lecekkan sardin bertin, termasuk tulangnya yang lembut dan boleh dimakan, pada roti yang dibakar. Anda juga boleh campurkan pada spageti dengan sedikit keju Parmesan untuk zat besi dan magnesium tambahan. Pilih sardin dalam minyak atau sos tomato. Sardin bertin mengandungi kalsium dan juga minyak omega -3 dan magnesium. Minyak omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak bayi anda.

  • Dadih.

Dadih tanpa gula adalah makanan snek yang kaya dengan kalsium. Simpan di dalam peti sejuk. Cuba dadih rendah lemak Yunani atau fromage frais, dan tambah buah-buahan segar seperti beri hitam, yang mengandungi magnesium.

  • Mentega kacang pada roti.

Kacang mentega atau mentega dari mana-mana kacang mengandungi lemak sihat dan merupakan sumber baik magnesium dan zat besi, seperti juga roti bijirin penuh diperkaya. Kedua-duanya bersama-sama merupakan hidangan snek yang cukup lazat. Segelas susu dengannya menambah kalsium.

  • Buah-buahan kering.

Buah-buahan kering seperti aprikot, kurma mengandungi kalsium dan zat besi, dan merupakan makanan snek yang sesuai disimpan di dalam meja di pejabat. Atau tambahkan yang dicincang pada dadih rendah lemak.

Trimester ketiga

Pada trimester ketiga (dari 28 minggu), vitamin C, serat, vitamin K dan tiamina (vitamin B1) sangat penting. Anda akan mendapat nutrien ini dengan cukup jika anda mengikut diet yang pelbagai dan sihat. Anda memerlukan 200 kalori tambahan setiap hari pada peringkat ini dalam kehamilan anda.

  • Buah-buahan segar.

Nikmati buah-buahan segar yang penuh dengan vitamin C serta serat. Sediakan buah-buahan seperti buah kiwi, strawberi, tembikai dan betik untuk dibawa ke tempat kerja untuk snek cepat. Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi daripada makanan dan menjaga kesihatan sistem imun anda. Ia juga memainkan peranan dalam membantu plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik.

  • Cili dan kacang.

Gunakan kacang-kacang bertin seperti kacang buncis dan tambahkan cili untuk membuat satu hidangan pedas yang penuh tiamina, zat besi dan serat. Tambah tomato segar dan cili kembung untuk vitamin C. Sembelit adalah masalah biasa pada peringkat kehamilan ini. Jadi minum air yang banyak, juga minuman tanpa kafein, jus atau sup dan makan banyak makanan yang kaya dengan serat.

Semoga bermanfaat!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Color
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping