Contact us

My Cart
RM0.00

Senaman Untuk Ibu Mengandung

Senaman adalah baik bagi anda semasa hamil, dan ianya selamat. Bersenam setiap hari tidak membahayakan bayi anda, malah ia dapat membantu mengelakkan komplikasi seperti praeklampsia. Ia juga membantu dalam memendekkan proses pelahiran dan meningkatkan peluang anda untuk bersalin secara normal.

Manfaat Senaman Semasa Hamil

  • Menghadapi semua asam garam kehamilan seperti sakit belakang, sembelit dan keletihan dengan lebih mudah.
  • Rasa lebih selesa dengan perubahan yang sedang berlaku kepada badan anda.
  • Mengawal pertambahan berat badan dengan sihat.
  • Tidur lebih lena pada waktu malam.
  • Mengurangkan atau mengelakkan kemurungan dan memperbaiki keyakinan diri.
  • Mempersiapkan badan dan minda anda menghadapi proses pelahiran.
  • Menggalakkan jantung mengepam darah.
  • Mengekalkan keanjalan.
  • Mengawal pertambahan berat badan.
  • Menyediakan otot-otot anda untuk menghadapi proses pelahiran dan kelahiran.
  • Tidak menyebabkan stres dari segi fizikal kepada anda dan juga bayi.

Jenis senaman bagi wanita hamil:

Berjalan, berjoging, berenang, serta berbasikal di atas basikal senaman adalah senaman yang baik dan selamat, asalkan anda tidak berlebihan melakukannya. Yoga juga ideal, asalkan anda mendapatkan guru yang berdaftar dan berkelayakan serta berpengalaman mengajar wanita hamil.

Pelbagaikan jenis senaman. Gabungan senaman aerobik seperti berjalan dengan senaman untuk membina kekuatan dan menegapkan badan seperti yoga adalah ideal. Lakukan dengan kadar sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh seminggu. Buat permulaan, lakukan tiga sesi sehari, setiap satu selama 10 minit. Jika anda seorang wanita yang aktif, dibolehkan untuk melakukan secara lebih agresif sesuai dengan gaya hidup anda.

Tidak perlu formal untuk mendapat kesannya. Apa-apa aktiviti yang boleh anda masukkan ke dalam rutin harian seperti berjalan, menaiki tangga dan membuat kerja rumah juga dikira sebagai senaman.

Senaman / Sukan YANG TIDAK DIGALAKKAN semasa Hamil

Senaman atau sukan di mana anda berkemungkinan jatuh atau hilang keseimbangan seperti menunggang kuda dan gimnastik seharusnya dielakkan. Aktiviti menyelam juga tidak selamat semasa hamil. Sukan seperti bola sepak, tenis dan skuasy juga berisiko kerana ada kemungkinan bola terkena perut anda.

Majoriti  doktor tidak menggalakkan berbasikal di atas jalan selepas trimester kedua. Walaupun anda seorang penunggang yang berpengalaman, anda masih berisiko untuk jatuh daripada basikal.

Walaubagaimanapun, anda boleh menggunakan basikal senaman sepanjang kehamilan.

Anda harus BERHENTI dengan kadar serta-merta apabila mengalami situasi berikut:

  1. Sakit dada, sendi kaki atau perut.
  2. Pening atau pitam.
  3. Sesak nafas.
  4. Pendarahan faraj.
  5. Kesukaran berjalan.
  6. Kontraksi.

Pantau setiap pergerakan bayi anda. Jika pergerakannya menjadi perlahan atau berhenti, berehatlah. Maklumkan kepada doktor jika anda bimbang. Ingatlah bahawa bayi anda biasanya akan senyap apabila anda bersenam.  Jika anda rasa ada sesuatu yang tak kena atau anda tidak pasti, anda perlu lebih berhati-hati dan berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Sebab-sebab tertentu anda tidak patut bersenam ketika hamil.

Seeloknya anda harus berbincang dengan doktor terlebih dahulu terutamanya jika anda tergolong dalam golongan berikut:

  • Anda pernah melahirkan bayi pramatang atau mengalami pendarahan (ancaman keguguran) sebelum ini.
  • Kandungan zat besi dalam darah anda sangat rendah (anemia yang teruk).
  • Bayi yang anda kandungi ini kecil berbanding usia kehamilan anda.
  • Anda mengalami tekanan darah tinggi yang tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan, atau praeklampsia.
  • Berat badan anda terlalu berlebihan, dengan indeks jisim badan (BMI) 40 atau lebih, sebelum anda hamil.
  • Anda terlalu kurus, dengan BMI 12 atau kurang, sebelum anda hamil.
  • Anda seorang perokok tegar.
  • Anda mempunyai masalah berkaitan sendi atau otot.
  • Anda mempunyai masalah berkaitan jantung atau paru-paru.
  • Anda mengandung anak kembar.
  • Anda menghidap diabetes yang tidak dikawal dengan baik.

Antara situasi yang menandakan bahawa anda TIDAK PATUT melakukan senaman ketika hamil:

  • Anda pernah mengalami pelahiran pramatang atau ancaman keguguran dalam kehamilan ini.
  • Kedudukan uri anda rendah (plasenta previa) selepas usia kehamilan anda 26 minggu.
  • Serviks anda lemah.
  • Anda mengandungkan anak kembar.
  • Anda mempunyai penyakit jantung atau paru-paru yang serius.
  • Anda sering mengalami pendarahan faraj.
  • Tekanan darah anda terlalu tinggi.

Semoga bermanfaat!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Color
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping