Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Ibu Terkejut, Susu ‘Maintain’ Walaupun Berpuasa. Ikuti 5 Tips Penyusuan Di Bulan Ramadhan.

Bulan puasa ni mesti ibu-ibu menyusu takut rasa letih dan tak larat kan?

Yela, dalam keadaan kita berpuasa ni, mestilah kita nak menyusukan anak kita dengan sempurna. Risau pula drop susu.

Sebenarnya ibu menyusu mempunyai kelonggaran untuk berbuka puasa jika keadaan memaksa.

Ia dipanggil rukhsah puasa, dimana ibu menyusu tidak perlu berpuasa jika kesihatan anak atau ibu sendiri terjejas. Tetapi ibu-ibu perlulah ganti puasa ya.

Jom saya kongsikan tips penyusuan ni. InsyaAllah anak kenyang menyusu, ibu berpuasa dah tak lesu.

1.MINDSET

Ibu-ibu mestilah berfikiran positif. Mindset adalah perkara yang paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

Jika mahukan hasil yang positif, ibu juga perlu sentiasa kekal positif.

Kalau ibu-ibu risau dan berfikiran negatif, hasilnya akan membuatkan ibu sendiri down dan kemungkinan untuk ibu drop susu adalah sangat tinggi tau.

Sentiasa set di minda yang ibu berpuasa pun mampu untuk terus menyusukan anak seperti biasa.

2.DOA

Sesungguhnya doa itu adalah senjata kita sebagai orang muslim.

Jadi ibu-ibu berdoalah supaya diberikan kesihatan yang baik dan mampu untuk melaksanakan ibadah puasa dan menyusu anak di bulan Ramadhan .

InsyaAllah, jika ibu betulkan mindset ibu, dan berdoa dengan seikhlas hati, segala urusan ibu akan dipermudahkan dengan izin ALLAH SWT.

3. RANCANG WAKTU SEBAIKNYA

Sebaiknya, ibu-ibu boleh mengepam susu pada waktu malam untuk stok keesokan harinya.

Usai waktu sahur pula, ibu-ibu mestilah mengambil makanan yang berat seperti nasi dan ibu-ibu WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yang lama.

Manfaatkan sunnah supaya melambat-lambatkan waktu sahur supaya ibu tak terlalu lapar nanti.

Selepas selesai sahur, sebelum masuk subuh, ibu-ibu boleh mengepam susu dan simpan. Jika azan belum berkumandang, ibu-ibu digalakkan minum segelas air suam selepas mengepam.

Ibu-ibu yang bekerja, digalakkan untuk melakukan sesi mengepam 2 hingga 3 jam sekali. Bila ibu-ibu pulang ke rumah, dan betul-betul tak larat untuk menyusukan anak, ibu-ibu boleh meminta bantuan suami atau orang lain untuk berikan stok susu di chiller / freezer pada anak.

Tibanya waktu berbuka puasa, makanlah kurma terlebih dahulu, selain kita mengikut sunah, makan kurma juga dapat memberikan tenaga yang lebih cepat.

4. MINUM AIR SECUKUPNYA

ibu-ibu dinasihatkan untuk minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Air yang mencukupi dapat menggantikan bendalir dalam badan yang telah digunakan dan proses penghadaman, pencernaan dan penghasilan susu badan akan berfungsi dengan baik.

Sebaiknya, ibu yang tengah menyusu untuk minum setiap selang masa 1 jam selepas berbuka.

Ibu-ibu jangan lupa mengepam pada waktu malam ya untuk bekalan stok keesokan hari dan minum segelas air setiap kali mahu pam susu dan selesai pam susu.

5. MAKANAN BERKHASIAT

Sangat penting untuk ibu-ibu yang menyusu untuk mengambil buahan kaya vitamin C serta sayuran berserat yang boleh bantu dalam keperluan ibu menyusu.

Gantikan amalan berbuka dengan makanan manis, berminyak, kuih-kuih kepada makanan berkhasiat.

Ibu juga digalakkan ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oat, bijirin, kekacang, pasta dan lain-lain lagi kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari.

Mengambil makanan tinggi garam atau masin pula boleh menyebabkan anda mudah merasa dahaga dan letih kerana ternyahidrasi.

Cukup dah 5 tips penting yang saya kongsikan ni. Ibu-ibu tak perlulah ambil supplement tambahan atau booster melainkan atas nasihat doktor bertauliah.

Yang penting, JANGAN tinggal sahur dan ikut perkongsian ni. Insyallah dapat memberi manfaat kepada ibu yang sedang menyusu!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping