Mata Terbuka Untuk Berbisnes Selepas 3 Tahun Menggunakan Tasneem

agent tasneem

Bermulanya Tasneem Natural

Jadi pengguna setia Tasneem Naturel selama 3 tahun baru buat keputusan untuk berbisnes dengan Tasneem.
Kau rasa? Rugi tak rugi lepas 3 tahun baru setuju nak join bisnes ni?
Bila saya bermula? Februari 2020 akhirnya saya buat keputusan nak menyertai program Gemilang 2020 (G2020). Daftar bawah mak bisnes Fazliana Sabeli. Masa daftar tu rasanya yuran RM99 kot. Jenuh dia pujuk oi. Punya keras hati kau Siti sebelum ni.
agent tasneem naturel

Pengguna setia Tasneem

Masa mula daftar tu terus ambik stok. Berani sungguh kau. Dengan tak tau apa, terus ambik stok je. Tapi yang jadi berani tu pun sebab selama ni kita dah guna lama dah Tasneem. Lepas tu macam ter ‘promot’ secara tak sengaja dengan kawan2 sekolah. Dapat pulak tahun 2020 ramai pulak yang nak bersalin. Alhamdulillah, kawan2 support.
Mac 2020, start PKP. Jadi, macam boleh fokus jugak la buat Tasneem ni. Buat Facebook dan Instagram pages. Pulun la komen kat page ibu-ibu yangg ada masalah berkaitan anak-anak. Cari ibu-ibu dan anak-anak yang perlu dibantu.

Dugaan Telefon Rosak

Tiba-tiba telefon rosak. Skrin pecah. Kedai tak ada yang bukak. PKP kan. Orang berbisnes tak ada handphone, boleh mati kutu jawabnya. Guna lar handphone lama. Lepas tu dapat Whatsapp dari customer, anak demam. Baby lagi. Tapi nak beli guna Shopee. Sebab duit ada kat Shopee Pay.
” Boleh sis. Nanti saya buatkan ye..”
Susah hati anak orang tak sihat ni. Semua nak urgent je bila anak tak sihat. Pinjam handphone suami, setup account Shopee 1 malam je untuk customer ni sampai ke subuh. Subuh tu Whatsapp dia bagitau dah boleh order dah melalui shopee. Zup zap, siang tu pos terus. Dugaan datang bila lepas 2 minggu barang masih tak sampai. Setiap hari kita follow up. Ya Allah.
Akhirnya, customer mintak nak cancel order. Setuju je la. InsyaAllah ada rezeki lain. Tapi barang dah pos. Biar lar. Tunggu sampai je kat customer. Elok cancel je, barang pun sampai. Dia terus bayar je semula harga barang. Alhamdulillah. 🤲🏻

Apa istimewanya Tasneem

Best ke join Tasneem ni? Apa yang dapat dalam circle Tasneem ni, rasa macam susah nak dapat kat luar. Bukan setakat fokus menjual je tapi sebenarnya mcm banyak lagi ditekankan tentang amalan-amalan rohani. Ajak berzikir, ajak selawat. Pagi-pagi baca ma’thurat sama-sama. Founder, master2 hari-hari kongsi ilmu, bagi nasihat. Bagi tunjuk ajar. Kau buat, kau ikut, kau dapat.

Sekarang ni, alhamdulillah masih bersama Tasneem sebagai Junior Leader. Dengan anak-anak team yang

hebat & semangat. Stok keluar setiap hari. Rasa macam tak percaya. Punya susah nak mula, tapi bila dah mula, tak boleh nak berhenti. Ambik stok dari modal RM300 sebulan, sekarang sekurang-kurangnya RM3000 sebulan.
Dulu tak ada rak nak letak stok, sekarang dah ada tapi tak muat la pulak. Kena beli lagi rak nak letak stok ni. 😅
Dari produk bayi Tasneem Naturel, dah bertambah produk dewasa, TwoBirds. Ada pulak Tasneem Food utk memudahkan ibu-ibu. Tak perlu dah lama-lama duduk di dapur dengan adanya pes Tasneem Food ni.
Ucapan terima kasih kepada suami, anak-anak yang sentiasa sokong. Terima kasih ma, mak & abah mertua yg sentiasa menyokong.
Terima kasih mami Zainurul Azwa Zakaria yang tak pernah jemu bagi tunjuk ajar. Terima kasih Ummi Haridah Sahri yang sentiasa ajar, kongsi ilmu dan tak putus-putus memberi.
Tidak dilupakan terima kasih kepada semua yang pernah menjadi customer. Baik-baik semuanya. Alhamdulillah.
Tudiaaaa… punya panjang karangan. Ada ke yang nak baca ni?😜😜😜
Sekian, secebis kisah bersama Tasneem Naturel.
Love,
-Siti Khadijah Ahamad-
Junior Leader Tasneem Naturel
Lead CTK Team 🌹😘
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com