Contact us

My Cart
RM0.00
Blog

Mudah Je Rupanya Nak Mandikan Bayi Baru Lahir Kalau Ikut Cara-cara Ini!

Waktu mandi merupakan waktu yang sesuai dalam hari anda untuk merangsang deria si manja dan mengeratkan lagi ikatan anda berdua. Ikuti panduan langkah demi langkah berikut yang mudah merangkumi perkara asas dan juga beberapa petua baharu.

Air sahaja sebagai pembersih tidak dapat membuang kotoran larut lemak yang tertinggal di bawah lampin dan pakaian. Jika kotoran tersebut tidak dibuang, ia boleh menjejaskan lapisan penghalang kulit yang halus itu. Malah, air sahaja sebenarnya boleh mengeringkan kulit bayi anda. Penggunaan air sahaja yang berulang-ulang, terutamanya apabila air itu mengandungi klorin, telah terbukti menyebabkan kehilangan lembapan daripada sel kulit.

Sinki dapur boleh menjadi tempat yang bagus untuk memandikan si manja (pastikan kepala paip dipusing ke arah lain dan tuala lembut atau alas busa diletakkan di dasar sinki) atau anda boleh menggunakan besen mandi plastik kecil yang diletakkan di dalam besen mandi besar supaya mudah untuk anda memegang si manja.

  1. Mula dengan beberapa inci air suam sahaja. Air mandi si manja haruslah bersuhu antara 32 hingga 37 darjah Celcius. Pastikan anda mengacau air dengan tangan supaya tidak ada kawasan yang panas.
  2. Sebelum memasukkan si manja ke dalam air mandi, periksa suhu air menggunakan bahagian dalam pergelangan tangan anda untuk memastikan ia tidak terlalu panas.
  3. Gunakan satu lengan untuk menyokong belakang badan, kepala dan tengkuk si manja dan masukkan bayi anda ke dalam mandian dengan perlahan-lahan. Mandikan si manja dengan tangan yang satu lagi.
  4. Bersihkan sekeliling mata si manja dengan bebola kapas yang dilembapkan dengan air yang bersih dan suam. Gunakan bebola kapas yang baharu untuk setiap mata dan sentiasa lap dari sudut bahagian dalam mata ke arah luar. Kemudian, dengan menggunakan kain pencuci yang lembut, lap sekeliling mulut, hidung dan seluruh muka si manja, dari bahagian tengah menghala ke arah luar. Lap celah-celah lipatan lehernya dan juga bahagian belakang telinganya.
  5. Bagi bayi yang lebih kecil, basahkan kain pencuci bayi dengan air suam dan gunakan pembersih lembut. Jika si manja mempunyai rambut yang lebat, anda boleh mencuba syampu yang lembut. Jangan takut untuk mencuci bahagian lembut (dipanggil ubun-ubun) di kepala si manja.
  6. Akhir sekali, cuci kawasan lampin. Bagi bayi perempuan, bersihkan bahagian kemaluan dengan mencuci dari depan ke belakang. Manakala untuk bayi lelaki, cuci zakar dan bahagian kemaluan, juga dari depan ke belakang dan keringkan dengan teliti.
  7. Biarkan si manja meluangkan sedikit masa di dalam bekas mandian untuk menikmati air yang suam itu. Siram badannya dengan air mandian yang suam itu untuk memastikan si manja tidak kesejukan. Berhati-hati dengan air yang mengalir terus dari paip kerana kadangkala suhu air boleh berubah secara tiba-tiba.
  8. Pegang si manja dengan meletakkan tangan anda di sekeliling dadanya di bawah lengannya, sandarkan kepalanya ke dada anda dan angkat si manja keluar dari bekas mandian dan balut badannya dengan tuala dengan segera.
  9. Keringkan si manja dengan sempurna terutamanya di celah-celah lipatan kulitnya. Lembapan yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Lap kulitnya hingga kering untuk mengelakkan kerosakan kulit.

NOTA KAKI:

  • Bersihkan apa-apa yang boleh anda lihat sahaja; JANGAN MASUKKAN sebarang benda jauh ke dalam saluran telinga atau hidung bayi anda
  • Setiap bayi adalah berbeza, tetapi sesetengah bayi tidak suka dimandikan sejurus selepas dia menyusu. Ramai ibu mendapati waktu yang paling sesuai memandikan bayi adalah sebelum si manja menyusu atau makan
  • Dan ingat, JANGAN SEKALI-KALI biarkan si manja bersendirian di dalam bekas mandi.

Semoga bermanfaat!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping