Checklist Untuk Ibu Yang Akan Bersalin Di Musim Pandemik Covid 19

Ini adalah artikel berkaitan checklist untuk ibu yang akan bersalin di musim pandemik covid-19. Pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19, di Malaysia menjangkau 4,000 lebih kes dengan 2000 angka kematian. Wabak ini menjangkiti individu dalam skala yang besar serta amat sukar dikekang penyebarannya. Selain warga emas, wanita mengandung juga adalah antara mereka yang berisiko tinggi dijangkiti wabak ini.

Checklist Untuk Ibu Yang Akan Bersalin Di Musim Pandemik Covid 19

Justeru, ibu hamil yang memasuki trimester ketiga dalam tempoh PKP ini pasti khuatir untuk keluar menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan dan tertanya-tanya adakah mereka memerlukan persiapan yang lebih sekiranya ditakdirkan bersalin dalam tempoh PKP ini.

BOLEH PERGI ‘CHECK UP’ MACAM BIASA

Checklist Untuk Ibu Yang Akan Bersalin Di Musim Pandemik Covid 19

Klinik untuk ibu mengandung dibuka seperti biasa. Memandangkan ibu hamil tergolong dari individu yang berisiko dijangkiti COVID-19, beberapa langkah penjagaan perlu dititikberatkan ketika keluar rumah untuk ke klinik.

Basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer selepas menyentuh tombol, kerusi, lif. Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut. Pakai dua topeng muka untung langkah keselamatan.

Pastikan jaga jarak satu meter dengan orang lain. Dapatkan rawatan awal jika demam, batuk dan sesak nafas.

Persediaan untuk Bersalin Di Musim Pandemik Covid 19

Checklist Untuk Ibu Yang Akan Bersalin Di Musim Pandemik Covid 19

  • Barang keperluan ibu dan anak

Barang-barang keperluan lebih baik disimpan di dalam kereta yang akan menghantar ibu-ibu ke hospital sewaktu hendak bersalin nanti. Adalah penting untuk para ibu memastikan membawa pembersih tangan untuk kegunaan di hospital kelak.

Selain itu, barang keperluan juga boleh dibeli secara online. Beli awal dan packing siap-siap dalam beg, supaya tidak kelam kabut. Kalau tidak nanti pening pula suami nak packing andainya para ibu tiba-tiba sakit perut dan perlu ke hospital. Sediakan apa yang patut, tak perlu membazir.

  • Segera ke hospital!

Hospitals in half the states are facing a massive staffing shortage- STAT

Bersegeralah ke hospital jika terdapat tanda-tanda seperti kontraksi yang lebih kerap, pendarahan atau pecah air ketuban. Dalam tempoh Pandemik ini, masa perjalanan ke hospital mungkin lebih lama memandangkan harus melalui pos kawalan polis di dalam perjalanan. Justeru, ibu-ibu boleh memohon bantuan pihak polis untuk menggunakan laluan kecemasan sekiranya kontraksi anda bertambah kuat

  • Kaunter Saringan Covid-19

Lapan hari dalam kesamaran, wartawan imbau detik menanti keputusan ujian COVID-19 | Astro Awani

Ibu-ibu yang hamil harus melalui kaunter saringan di pintu masuk hospital. Selain itu, ibu-ibu juga perlu memberitahu kakitangan bertugas sekiranya pernah bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak atau mempunyai sejarah perjalanan dan kontak dengan pesakit Covid-19.

  • Borang deklarasi Covid-19

Ibu hamil juga mungkin perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 yang mengandungi segala maklumat di atas. Suhu badan juga akan diambil untuk memastikan ibu-ibu tiada gejala sebelum anda masuk ke dewan bersalin.

  • Tidak perlu memakai topeng muka 

Ibu hamil tidak perlu memakai topeng muka ketika bersalin sekiranya tiada gejala. Para ibu hamil juga tidak perlu risau terkena jangkitan Covid-19 ketika bersalin, kerana pesakit-pesakit yang telah disahkan positif Covid-19 akan diasingkan dan dirawat di hospital khas Covid-19 yang berbeza dengan anda.

Suami Tidak Dibenarkan Masuk Ke Dalam Wad

10 Common Reasons Your Husband Fell Out Of Love With You

Suami tidak dibenarkan masuk untuk menemani isteri ketika bersalin. Telefon atau whatsapp suami sebelum ditolak ke Dewan Bersalin, minta maaf dan minta doa agar dimudahkan. Makan kurma supaya ibu yang akan bersalin ada tenaga. Ibu jangan panik, kena kuat.

Jangan jerit dan jangan menangis, ikut arahan jururawat dan doktor untuk kawal pernafasan ketika meneran terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama yang belum mahir lagi curi nafas. Banyakkan berzikir. Anak akan diazankan/iqamat oleh staf kesihatan.

Hadkan Lawatan

Kebanyakan hospital telah menghadkan waktu lawatan atau tidak membenarkan pelawat menziarahi pesakit untuk mengurangkan risiko jangkitan. Adalah dinasihatkan supaya anda sentiasa bertenang dan fokus untuk memulihkan kesihatan anda selepas bersalin dan menyusukan bayi anda.

Jika ingin kirim barang atau makanan dari rumah, hanya kirimkan pada pengawal keselamatan dibawah. Apabila discaj nanti pun, pengawal keselamatan akan tolong bawa turun semua barang ke bawah. Suami dan keluarga hanya tunggu dibawah.

Prosedur Melahirkan untuk Ibu yang Positif COVID-19

Ibu akan ambil ujian COVID-19. Ibu dan anak akan diasingkan selama 14 hari ataupun hingga keputusan ujian COVID-19 negatif. Penyusuan susu ibu sepanjang tempoh ini juga tidak disarankan.

  1. Mematuhi saranan dan nasihat doktor.
  2. Ibu yang nak bersalin perlulah hindari diri mereka dari stress.
  3. Jaga kesihatan dengan baik. Ibu harus mengambil suplemen kehamilan yang disarankan oleh pakar doktor, minum vitamin C, dan juga berjemur di bawah sinar matahari supaya kondisi kesihatannya lebih baik apabila menyambut kelahiran si kecil nanti.
  4. Segera berjumpa doktor jika gejala Covid-19 semakin teruk.

Apakah risiko jangkitan kepada bayi baru dilahirkan?

Studi: Bayi Positif Covid-19 Cenderung Punya Gejala Ringan - Tekno Tempo.co

Pengamal Perubatan dan juga Pensyarah Kanan di Leeds dan Bradford University, Dr Amir Khan memberitahu, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) tidak terdapat sebarang virus penyebab COVID-19 yang ditemui di dalam susu ibu.

Dr Amir menjelaskan, jika anda ingin menyusukan bayi dan tidak mempunyai sebarang gejala, menjaga aspek kebersihan adalah kunci utama dalam membendung penularan wabak ini.

Manakala jika ibu mungkin mempunyai simptom, sangat disarankan untuk mengepam susu ke dalam botol dan berikan individu lain yang sihat untuk memberikan susu kepada bayi tersebut.

Semestinya proses penyusuan tidak digalakkan untuk dihentikan walaupun ibu-ibu mungkin mempunyai simptom. Ini kerana bayi memerlukan antibodi yang terdapat di dalam susu. Ia adalah cara terbaik untuk membantu si manja melawan virus.

Tetapi penjagaan individu mungkin bergantung kepada tahap simptom yang dialami ibu. Sebaiknya, perbincangan dengan bakal ibu, keluarga dan pihak perubatan perlu dilakukan berkaitan penyusuan badan serta persediaan bersalin ketika COVID-19.

Bagi ibu yang mungkin mempunyai risiko jangkitan, pihak CDC menasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengendalikan bayi. Ini termasuklah mencuci tangan sebelum menyentuh bayi dan memakai topeng muka sewaktu proses penyusuan.

Jika ibu-ibu memilih untuk memberikan susu formula, pastikan barangan yang digunakan seperti botol susu dibersih dan dicuci mengikut garis panduan sterilisasi.

Ibu Bersalin Di Musim Pandemik dinasihatkan untuk tidak pulang ke kampung

Balik kampung' one way of another

Ibu-ibu tidak digalakkan pulang ke kampung untuk berpantang sepanjang tempoh ini. Berpantanglah di rumah sendiri dengan bantuan suami. Ibu juga tidak digalakkan untuk menerima sebarang pelawat di rumah untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada si ibu dan bayi.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang menjadi ancaman negara dan dunia sekarang. Bersama-samalah kita mengikuti semua arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia serta mematuhi saranan kerajaan agar wabak ini dapat dikekang.

Kita Jaga Kita!

Frontliners should have been better recognised – International Islamic University Malaysia

Paling penting, sepanjang tempoh ini, lakukan penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan lakukan jarak sosial dengan sebaiknya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, okay?

Jika ibu mempunyai sebarang simptom, melakukan kontak dengan individu positif COVID-19, atau pernah pergi ke negara yang mengalami wabak, laporkan kepada doktor dan jangan rahsiakannya.

Jadilah individu yang bertanggungjawab!

 

 

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.