Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Alamak sedu lagi! Sedu boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Boleh terjadi kepada orang dewasa, kanak-kanak, dan juga bayi. Kalau orang dewasa merasa sedu itu sangat menjengkelkan, apa pula perasaan bayi yang sering melaluinya kan? Jangan risau jika bayi asyik sedu kerana ibu-ibu boleh atasinya dengan pelbagai cara. Cara hilangkan sedu bayi tidak memerlukan kos pun, malah ia boleh dilakukan dengan teknik gerakan, tips semulajadi dan lain-lain lagi. Jom lihat cara hilangkan sedu bayi dengan mudah dan berkesan.

Kenapa Sedu Bayi Berlaku? 

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Sedu bayi berlaku disebabkan oleh :

√ Diafragma : Pengertian, Fungsi, Cara Kerja dan Struktur Terlengkap

  • Pengecutan diafragma atau spasm : Diafragma bayi boleh mengalami spasm jika bayi makan terlalu banyak atau cepat, atau mungkin juga bila bayi berasa teruja tentang sesuatu perkara.
  • Penutupan vocal cord yang cepat : Penutupan vocal cord yang pantas itu yang menimbulkan bunyi sedu tersebut.
  • Perut bayi kurang selesa dan selalunya berlaku di bawah umur setahun)

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

  • Apabila menyusu, bayi mudah sedu kerana penyimpanan susu di perut berlaku secara terkejut.
  • Bayi akan sedu selepas termuntah sedikit susu setelah menyusu kerana tangki perut sudah penuh dengan susu.
  • Sedu bayi terjadi selepas menangis kerana dia selsema dan berhingus menyukarkan pernafasan bayi.

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

  • Apabila bayi makan makanan keras atau solid kerana perut bayi pada proses menelan makanan dan mencerna makanan mungkin sedikit terganggu.
  • Bayi sedu kerana makanan yang dimakan naik semula (refluks) akibat injap otot pada hujung saluran makan belum sempurna diproses sehabisnya. Itulah sebab yang membuatkan bayi juga termuntah.
  • Sedu berlaku akibat tidak selesa dengan cuaca yang sejuk dan dingin terutamanya cuaca hujan dan pada malam hari. Dia sangat sejuk sehingga selsema dan menyebabkan sedu berlaku

Bayi mula mendapat sedu sejak di dalam rahim lagi, dan ia mungkin merupakan salah satu perkara yang penting untuk semasa proses tumbesaran bayi iaitu untuk perkembangan otak dan pernafasan bayi. Walaupun sedu bayi bukanlah suatu perkara yang perlu membimbangkan para ibu bapa, ia boleh dicegah, bahkan ibu bapa boleh cuba menghentikannya semasa ia sedang berlaku.

Cara efektif untuk hilangkan sedu bayi

Jangan risau jika bayi kalian sedu kerana ibubapa boleh atasinya dengan pelbagai cara. Cara hilangkan sedu bayi tidak memerlukan kos pun, malah ia boleh dilakukan dengan teknik gerakan, tips semulajadi dan lain-lain lagi. Jom lihat cara hilangkan sedu bayi dengan mudah dan berkesan.

  • Beri Susu Pada Jumlah Terbaik

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Ibubapa boleh berikan susu bayi pada jumlah terbaik iaitu sedikit sahaja namun ibubapa juga boleh berikannya dengan kerap. Cukuplah sekadar sedikit sahaja susu setiap kali diberi sebelum bayi tidur. Jika si kecil mahukan lagi, berikan sedikit lagi. Jangan beri susu sekaligus penuh satu botol untuk bayi sekali minum.

  • Cara Susukan Bayi Yang Betul

Apa kena mengena susu bayi dengan bayi sedu? Persoalan seperti ini sering bermain di benak fikiran ibu bapa. Bayi akan sedu sekiranya bayi tertelan udara yang banyak. Ibubapa harus pastikan seluruh puting dan areola masuk ke mulut bayi jika menyusu badan.

Jika gunakan botol susu, pastikan puting botol masuk sedikit dan sengetkan sedikit. Bayi takkan tertelan banyak angin lagi jika cara susukan bayi dilakukan dengan betul.

  • Sendawakan Bayi Ketika Menyusu

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Tak semestinya ibubapa harus tunggu sehingga bayi habis menyusu. Ibubapa boleh sendawakan bayi setiap 2 atau 3 minit bayi menyusu. Ia bertujuan untuk memastikan pengaliran susu bayi lancar dan tidak menyebabkan sedu. Tujuannya adalah untuk keluarkan angin dari badan bayi.

  • Urut Belakang Bayi UNtuk Hilangkan sedu bayi

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Ketika bayi sedu, angkat bayi dan letakkan di bahu ya. Kemudian, urutlah belakang bayi perlahan-lahan. Ia juga membantu bayi mengeluarkan angin dan melegakan pernafasan serta memulihkan urat bayi akibat angin.

  • Posisi Bayi Selepas Minum Susu

Pastikan bayi mendapatkan posisi terbaik selepas selesai minum susu. Pegang bayi anda berdiri dan posisi yang tegap selepas minum susu selama 20 minit. Ia bertujuan supaya susu benar-benar turun ke perut. Sekiranya masih ada di tekak dan dada, kebarangkalian sedu mudah berlaku kerana proses pengaliran susu belum tamat.

  • Beri Bayi Sedikit Minuman

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Beri si manja minum sedikit air masak menggunakan botol susu. Jangan banyak, cukuplah sekadar satu atau dua teguk sahaja. Ia juga dapat menghilangkan sedu bayi. Mungkin perut si manja terkejut menerima susu yang banyak.

  • Tukarkan Posisi Bayi Serta Merta

Jika perkara ini berlaku, serta merta tukarkan posisi bayi kepada posisi yang bayi selesa. Mungkin para ibubapa boleh dukung bayi untuk lebih tegak dan selesa berbanding biarkan bayi tidur. Bayi juga boleh dibiarkan meniarap.

  • Prihatin Pada Cuaca Dan Bayi

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Cuaca sejuk menyebabkan bayi tersedu juga kerana perut dan dada bayi tidak begitu selesa. Ibubapa harus prihatin pada cuaca dan bayi. Seeloknya sebelum bayi kesejukan, pakaikan bayi baju tebal pada hari hujan untuk mengelakkan bayi sedu.

  • Jangan Ganggu Bahagian Wajah Bayi

Jangan tekan mata atau bahagian wajah bayi seperti masyarakat dahulu kala lakukan. Ia tidak ada kena mengena dan paling teruk lagi, ia mungkin menjejaskan kesihatan bayi pula.

  • Memberi ‘Gripe Water’HILANGKAN SEDU BAYI

Zero Kos Untuk Hilangkan Sedu Bayi! Jom Cuba Cara Ini.

Sekiranya bayi kelihatan tidak selesa ketika sedu, Ibu boleh pertimbangkan untuk mencuba air gripe, atau ‘gripe water’ yang boleh didapatkan di farmasi.

Gripe water ialah air gabungan beberapa ramuan herba seperti halia, jintan, dan kayu manis. Air ini dipercayai oleh ramai orang untuk mengurangkan ketidakselesaan usus dan perut.

Namun begitu, masih belum ada kajian yang mengesahkan keberkesanan gripe water ini, jadi sebelum memberi sesuatu yang baru untuk bayi Ibu, adalah disyorkan untuk anda berbincang dengan doktor atau pakai pediatrik terlebih dulu.

Tambahan pula, ia kebarangkalian besar tidak sesuai untuk bayi berumur enam bulan kebawah.

  • Biarkan Sedu Berhenti Sendiri

Si manja dibawah umur satu tahun akan sering mengalami sedu, dan walaupun kerap dapat, ia juga boleh berhenti dengan sendirinya, dan dalam masa yang sekejap sahaja. Sekiranya sedu tersebut tidak menganggu , ibubapa boleh biarkan sahaja si manja sedu sehingga ia berhenti sendiri.

Berkesan atau tidak letak tisu atas dahi bayi?

Selain Letak Tisu Basah Di Dahi Untuk Hilangkan Sedu Bayi, Tip Doktor Ini Pun Boleh Di Cuba - Pa&Ma

Ini adalah mitos sahaja dan tidak pernah ada kajian menunjukkan ia berkesan. Walaupun begitu, ibubap tidak perlu lakukannya. Cukuplah urutan belakang bayi dan beri bayi minum sedikit air serta keluarkan angin dari badan bayi. Selalunya, mereka meletakkan tisu yang sedikit basah di dahi bayi supaya bayi tidak sedu lagi.

Sedu Tidak Merbahaya

Hakikatnya, sedu adalah tidak berbahaya dan tidak akan mendatangkan apa-apa komplikasi kepada kita. Sedangkan kita yang dewasa ini juga pasti akan mengalaminya. Namun, ketahuilah bahawa ia sudah tentu akan mendatangkan ketidakselesaan kepada si manja. Jadi, lakukanlah langkah dalam artikel ini jika bayi mengalaminya okay!

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com