Contact us

My Cart
RM0.00
Bengkak Susu Punca Emosi Ibu Terganggu! Ini Langkah Untuk Atasi Bengkak Susu

Bengkak Susu Punca Emosi Ibu Terganggu! Ini Langkah Untuk Atasi Bengkak Susu

Bengkak susu sering terjadi pada ibu yang menyusukan bayi. Untuk ibu yang baru melahirkan anak pertama, ini merupakan situasi getir di mana, belum hilang lagi sakit beranak sekarang tambah pula dengan bengkak susu. Memang emosi lah ceritaGnya. Betul tak?  Namun, setiap masalah yang dihadapi, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.

Punca Utama Bengkak Susu

Bengkak susu adalah keadaan di mana payudara si ibu membengkak. Bengkak susu ini berlaku susu ibu tidak dikeluarkan  dan menyebabkan payudara si ibu akan berasa sakit akibat payudara sudah mula mengeras. Selain itu, punca kenapa bengkak susu terjadi kepada ibu yang menyusu ialah susu tidak dikeluarkan daripada payudara sepenuhnya.

Ini antara faktor susu tidak keluar daripada payudara sepenuhnya

  • Pada awal kelahiran si bayi tidak melekap dengan baik pada payudara si ibu. Oleh itu, payudara si ibu akan terus membengkak jika bayi tidak melekap dengan baik.
  • Apabila kadar kekerapan memberi susu kepada bayi itu kurang, ini akan menyebabkan susu akan terkumpul di dalam payudara dan terjadinya bengkak susu.

Jadi apakah langkah yang tepat untuk atasi masalah bengkak susu ini?

Atasi Masalah Bengkak Susu

Berikut adalah beberapa langkah atau kaedah rawatan bengkak susu yang boleh dilakukan di rumah.

  1. Tuam Sejuk

Para ibu perlu hanya mengambil tuala dan rendamkan ia ke dalam air yang berisi ais. Selain itu, para ibu juga boleh membalut tuala dengan ais dan tekap tuala tersebut pada payudara. Lakukan langkah ini selama 10 hingga 20 minit sahaja.

2. Tuam Panas

Rendamkan tuala di dalam air panas kemudian tekap tuala perlahan-lahan pada payudara. Tuam panas ini sangat membantu para ibu yang menghadapi bengkak susu kerana dapat melancarkan aliran susu pada payudara.

3. Gunakan teknik perahan menggunakan tangan atau marmet

Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola. Aerola adalah bahagian di puting payudara tersebut. Untuk pengetahuan para ibu, langkah ini sangatlah penting kerana jika ibu tuam sejuk dan panas sahaja tanpa mengeluarkan susu daripada payudara, bengkak susu ni tak kan hilang. Malah mungkin akan menjadi serius lagi.

Ikuti langkah marmet ini

4. Elakkan mengepam terlalu kerap

Jika bayi anda menyusu secara terus daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap. Ini kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan berisiko mengakibatkan keadaan semakin melarat. Pilihlah untuk menggunakan tangan. Tangan anda boleh merasai setiap satu saluran pada payudara.

5. Jumpa doktor yang berdekatan

Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, para ibu boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan para ibu di luar sana mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarangan ubat.

Isu bengkak susu, ibu jangan ambil mudah!

Isu bengkak susu bukanlah satu perkara yang boleh dianggap sebagai satu perkara remeh. Walaupun ia bukan satu masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital. Tetapi keadaan ini, jika dibiarkan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada ibu.

Jadi kepada ibu yang menyusukan bayi, pastikan kerap melakukan sesi penyusuan badan kepada bayi. Tidak ada sebarang jadual penyusuan bayi.

Susukanlah bayi anda anda 10 hingga 12 kali sehari. Proses penyusuan ini merupakan antara saat untuk memperkukuhkan ikatan kasih sayang dari anda dan bayi.

 

 

 

 

 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping