Contact us

My Cart
RM0.00
Ibu bekerja dari rumah lagi? Jom ikuti tips efisien ini!

Ibu bekerja dari rumah lagi? Jom ikuti tips efisien ini!

80 peratus penjawat awam akan bekerja dari rumah, manakala penjawat swasta dalam lingkungan 40 peratus akan bekerja dari rumah. Hal ini sudah diperincikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan beberapa sekatan yang lebih ketat berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19.

Tips Ibu Bekerjaya

Adakah ibu yang bekerja dari rumah ini memberi produktiviti kerja yang efisien ataupun tidak? Ibu merupakan tunjang utama dalam melengkapkan isu rumah tangga termasuk dalam kebajikan anak-anak. Ibu-ibu yang bekerjaya sangat sinonim dengan bekerja dari rumah semasa pandemik Covid-19. Ini antara tips untuk ibu yang bekerja dari rumah dengan senang dan seimbang.

  • Bangun awal pagi

Setiap pagi, pukul berapa para ibu akan bangun? Dan pukul berapa akan mula untuk melakukan kerja?

Jika aktiviti ini berada dalam waktu yang singkat, para ibu perlulah untuk bangun lebih awal lagi. Hal ini kerana, seseorang yang mempunyai tabiat bangun di awal pagi akan lebih proaktif. Mereka ini mempunyai impian dan matlamat jangka masa panjang dan berusaha gigih untuk mencapai segala yang diimpikan.

Tips bekerja dari rumah ini akan membuatkan seseorang ibu itu lebih fokus terhadap pekerjaannya.

  • Atur jadual tidur siang si kecil

Dalam pada waktu si ibu bekerja, berkemungkinan si kecil memerlukan bantuan  dan perhatian yang lebih dari para ibu dalam melakukan sesuatu. Oleh itu, boleh jadi para ibu tidak memberi 100% fokus dengan pekerjaan dalam menangani kerenah si kecil. .

Oleh karena itu, tips bekerja dari rumah untuk para ibu adalah dengan memanfaatkan jadual tidur siang si kecil. Jika si kecil terlampau aktif dan kerap meragam, para ibu disarankan untuk sapu Calm Time dari Tasneem Naturel.

Balm ini dapat membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum, mengamuk dan menangis tanpa henti.

  • Salurkan komunikasi dengan betul

Menyeimbangkan urusan kerja dengan pekerjaan di rumah bukanlah hal yang mudah. Namun, para ibu tidak perlu untuk ‘burn out’ untuk memikirkan semua pekerjaan di rumah yang tak pernah habis. Oleh itu, komunikasi di antara rakan kerja dan juga pasangan amat penting di waktu pandemik ini.

Komunikasi amat penting di dalam sesebuah institusi. Rakan sekerja perlulah memahami jika rakan bekerja di rumah. Situasi di rumah sangat lain apabila berada di pejabat.

  • Sesuaikan waktu bekerja dan waktu bersama keluarga

Adakalanya kesibukan kerja menyebabkan para ibu lupa urusan yang lebih penting iaitu anak-anak dan keluarga. Ada kalanya perlu kerja sehingga lewat malam, atau sehingga seminggu penuh tanpa hari cuti.

Jika para ibu mempunyai perniagaan sendiri, sepatutnya anda boleh meluangkan lebih masa kerana tiada siapa yang memberikan arahan untuk anda bekerja lebih masa. Anda patut cuba berikan ruang pada diri sendiri untuk berehat bersama keluarga.

Ya sememangnya wang adalah penting. Tetapi jangan lupa, wang yang dicari adalah untuk keluarga. Tiada kualiti kehidupan sekiranya kita hanya menjadi hamba kerja dan hanya mengejar harta.

Oleh itu para ibu perlu bijak menguruskan hal rumah dan kerjaya. Jangan lupa untuk jaga kesihatan di waktu pandemik Covid 19 ini.

 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping