Ya Allah, Luruh Jantung Ibu Bila Anak Tertelan Charm Gelang!

 

magnet dalam perut bayi
 

Sebenarnya tidak dinafikan lagi kisah anak tertelan atau memasukkan barang ke dalam mulut ini, adalah kisah lazim yang sering para ibubapa dengar atau terbaca. Si kecil sering menggunakan mulut mereka untuk belajar tentang benda baru. Perkara ini membuatkan mereka mula cuba untuk memasukkan apa-apa sahaja ke dalam mulut. Situasi ini akan berlaku apabila bayi mereka berusia 6 hingga 9 bulan.

Apabila mereka membangunkan keupayaan untuk mencengkam. Kewaspadaan adalah kunci utama untuk ibu bapa. Jadi, ada baiknya para ibu cuba mengenal pasti gejala apabila anak tertelan sesuatu objek. Ketahui perkara ini dengan segera!

10 Tanda Anak Tertelan Objek Asing

 
Bayi 9 Bulan Menelan Cincin, Ini Bahaya Benda Asing Masuk ke Tubuh! | Popmama.com
 
Ini antara petanda penting yang ibu bapa kena take note :
  1. Si kecil mula tersedak

    ketika menelan makanan atau minuman dengan cepat. Wajahnya jadi lebih merah, kesulitan untuk bernafas dan mata anak menjadi merah dan berair.

  2. Nafas berbunyi :

    Apabila benda asing tersekat pada sistem pernafasan, ia boleh menyebabkan saluran pernafasan si kecil menjadi sempit. Dia akan rasa tidak selesa dan sakit ketika bernafas serta mengeluarkan bunyi ketika bernafas.

  3. Sukar bernafas :

    Benda asing itu mungkin menyebabkan saluran pernafasan tersumbat. Ini yang akan mendorong si kecil tidak boleh bernafas baik. Dia akan rasa sakit dan sering memegang bahagian dada

  4. Sakit dada :

    Kadang-kadang tidak semua objek asing yang masuk ke dalam tubuh si kecil akan terus memasuki saluran pencernaan. Si kecil mungkin akan rasa sakit di bahagian dada jika objek asing itu tersekat di bahagian tersebut.

  5. Batuk:

    Sekiranya si kecil tiba-tiba saja batuk berterusan itu disebabkan reaksi pada saluran pernafasan, yang telah mengenal pasti benda asing itu dan berusaha untuk mengeluarkannya.

  6. Muntah :

    Si kecil mungkin akan muntah apabila objek asing yang ditelan sudah memasuki saluran pencernaan. Ini boleh memberikan reaksi buruk terhadap sistem pencernaan bergantung kepada jenis benda asing tertelan. Ibu bapa perlu bawa anak ke hospital dengan segera!

  7. Sakit Perut disebabkan anak tertelan:

    Sakit perut pada si kecil terjadi kerana sistem pencernaan tidak boleh menerima objek asing itu. Jika benda ditelan itu lembut, ia mungkin masuk ke dalam saluran pencernaan dan bercampur makanan, kemudian keluar selepas buang air besar. Tetapi ada objek yang tidak dapat dicerna hingga perlu dibedah.

  8. Tidak mahu makan :

    Menelan benda asing boleh mendatangkan rasa trauma ke atas si kecil. Apabila sudah menelan, si kecil akan mula cemas hingga tidak mahu makan. Keadaan ini dipengaruhi rasa cemas atau memang perutnya tidak mahu menerima makanan.

  9. Air liur menitis

    : Si kecil biasanya akan menitiskan air liur secara berterusan kerana reaksi tubuh sedang berusaha untuk menolak. Dalam situasi ini, cuba kenal pasti jika si kecil sudah tertelan objek asing.

  10. Demam tinggi :

    Demam tinggi terjadi apabila sistem perncernaan mendapat jangkitan, dan diikuti beberapa gejala lain seperti batuk dan sakit dada. Lebih bahaya jika benda asing yang ditelan itu mengandung kuman, virus atau bakteria, termasuk sebatian kimia yang boleh menjejaskan tubuh anak.

Jadi, ibu bapa boleh semak samada tanda ini pernah terjadi ataupun tidak pada si kecil. Hal ini kerana, sebagai ibu bapa mungkin kita pernah terlepas pandang jika si kecil pernah menelan sesuatu. Betul tak?

Oleh itu di sini, kami ingin kongsikan kisah seorang ibu di mana, anak beliau tertelan charm gelang. Ngeri bukan? Bila baca ini, automatik naik bulu roma. Apatah lagi ibu yang menghadapinya. Bukan sahaja naik bulu roma malah mungkin nak luruh jantung  beliau.

Jom baca kisah dan pengalaman ibu ini :

Kisah Benar : Anak Tertelan Charm Gelang, Ibu Gelisah Tak Senang Duduk

 
Bismilahirahmanirrahim.
 
Mummy simpan sini sebagai pengajaran tuk mummy dan mummy yang lain di luar sana.
 
Semua tahu yang Humaira Farisha ialah bayi yang dilahirkan istimewa. Harini sebelum mummy pergi kerja, adik (Humaira Farisha) okay dan banyak dia sedang omelkan. Pot pet pot pet je kerjanya. Mummy hantar adik pegi ke rumah pengasuh macam biasa.
 

Panggilan cemas dari pengasuh

 
Jam lebih kurang 9.10 pagi, pengasuh menelofon Mummy. Suara pengasuh agak cemas dan panik sambil memberitahu yang adik dah tertelan emas! Mummy pun dengar suara adik menangis semasa pengasuhnya call.
 
Allahu masa tu hati Mummy macam nak gugur. Selepas itu, Mummy terus tinggalkan perbincangan Mummy bersama jabatan sumber manusia dan supervisor untuk balik tengok adik. Sampai di sana, pengasuh memberitahu bahawa adik dah muntah yang charm berbentuk bulat tetapi charm berbentuk beg tangan belum lagi dijumpai.
 
Ya Allah, Luruh Jantung Ibu Bila Anak Tertelan Charm Gelang!
 

Pemeriksaan X-Tray untuk Si anak tertelan charm!


Jadi, Mummy buat keputusan untuk bawa adik ke klinik untuk x-tray dan meminta pengasuh tersebut untuk sambung mencari di rumah. Sampai di klinik, kita daftar dan terus berjumpa dengan doktor. Doktor memutuskan untuk adik jalani x-tray dan memberi satu surat untuk buat x-tray.
 
Masa menunggu keputusan x-tray ini,  Mummy sentiasa berdoa semoga adik tidak menelan charms itu. Apakan daya,  semasa keputusan itu dikeluarkan, Mummy terkejut dan rasa ingin rebah tengok charms berbentuk beg tangan tersebut, ternyata dah ada di dalam perut adik.
 
Ya Allah, Luruh Jantung Ibu Bila Anak Tertelan Charm Gelang!
 
Mummy peluk adik erat-erat sambil air mata Mummy mengalir. Allah je tahu masa tu hati Mummy macam mana. Lepas tengok keputusan ini, doktor klinik sarankan adik untuk pergi ke Hospital Selayang berjumpa dengan doktor pakar di sana.
 
Dalam perjalanan Mummy pegang adik kuat-kuat smbil hati ini memberontak salahkan diri sendiri!
 
Ya Allah, Luruh Jantung Ibu Bila Anak Tertelan Charm Gelang!
 

Dimasukkan ke Wad kecemasan zon kuning

Ya Allah, Luruh Jantung Ibu Bila Anak Tertelan Charm Gelang!

Sampai di hospital doktor pakar tersebut memasukkan adik ke bahagian kecemasan zon kuning. Alhamdulillah doktor kata charms tersebut dah masuk ke dalam perut dan bukan saluran penafasan.
 

Bekalan ubat dan pantaun untuk anak tertelan charm ini

 
Adik pun nampak okay dan doktor kata adik boleh discharge dengan bekalan ubat untuk keluarkan charms tersebut. Buat masa 4-5 hari Mummy kena pantau adik. Nampak macam tiada apa-apa tetapi sangat bahaya jika charms ini masuk dan tersekat di saluran pernafasan.
 
Jadi, ini pengajaran dan situasi yang Mummy tidak akan lupakan. Semoga perkara ini tidak terjadi lagi.
 
Mummy tahu Humaira Farisha kuat!
 
Seram kan dengar kisah ini. Jadi ibubapa mestilah pantau anak-anak jika mereka sedang bermain dengan objek kecil atau objek asing. Mereka mudah tertarik untuk memasukkannya ke dalam perut.
 

Apa Komen Ibu Tentang Anak Tertelan Objek Asing

komen ibu 1

komen ibu 2

komen ibu

Kredit : Amiza Rahmat
Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.