Contact us

My Cart
RM0.00
Ketahui 7 Jenis Najis Bayi Yang Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu!

Ketahui 7 Jenis Najis Bayi Yang Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu!

Pergerakan usus adalah sebahagian daripada proses semula jadi manusia. Bentuk najis bayi juga boleh menunjukkan sama ada pergerakan usus dan sistem penghadaman dan pencernaannya sihat ataupun tidak.

Najis bayi biasanya terdiri daripada protein, bakteria, garam, makanan tidak dicerna dan beberapa bahan yang lain. Najis ini mungkin berbeza dari segi bentuk, tekstur dan warna, bergantung kepada individu, tetapi secara umumnya, najis yang normal berwarna coklat, berbentuk lonjong, dan mudah diteran. Selain itu, najis ini mempunyai tekstur yang tidak terlalu lembut atau keras.

Kenali Jenis Najis Bayi

  1. NAJIS ANAK MENYUSU SUSU FORMULA

Bentuk najis bayi yang minum susu formula seperti terdapat kekacang dengan warna kuning-perang, perang gelap ataupun perang kehijauan. Ianya lebih mengeluarkan bau berbanding bayi yang minum susu ibu.

    2. Najis sembelit

Najis bayi Tasneem

Andai kata najis si kecil kelihatan seperti berbutir-butir, ia adalah jelas bayi ini menghadapi sembelit. Jika ini berlaku lebih dua kali ketika membuang air besar, adalah bagus untuk mendapatkan nasihat pakar.

Sembelit ini biasanya terjadi jika para ibu bapa memperkenalkan makanan baharu ataupun ia merupakan petanda bayi sensitif terhadap susu tidak kira susu soya, lembu, formula ataupun ibu. Kebiasannya anak sembelit biasanya akan dinasihatkan untuk beri mereka brown rice kerana kandungan fiber sangat tinggi. Dengan pengambilan brown rice ini najis bayi akan lebih lawas

Walaubagaimanapun ibu bapa disarankan untuk semak dengan doktor untuk mendapatkan nasihat sama ada perlu beri lebih air masak, jus dan sebagainya.

 3. NAJIS ANAK MULA MAKAN

Apabila para ibu bapa memperkenalkan makanan seperti puri, bijiran kepada anak anda, najisnya pasti akan bertukar. Ia akan menjadi lebih berbau dan warnanya lebih gelap serta pekat. Akan tetapi teksturnya masih lembik. Ianya juga lebih pekat dan baunya lebih mengancam. Kadang-kadang boleh perasan ada sisa makanan yang tidak habis dicerna oleh si manja.

Di peringkat awal, situasi ini sebenarnya sangat lah normal kerana seperti sedia maklum bahawa si kecil tidak dapat mengunyah dengan dan makan dalam portion yang banyak.  Jika berterusan sampai umur 7 hingga ke 8 bulan masih ada makanan tidak cerna, ibu bapa dinasihatkan untuk bawak si kecil berjumpa dengan pakar.

4. Bayi sihat yang minum susu ibu

Jika si manja minum susu ibu secara eksklusif, najisnya akan berwarna kuning dengan sedikit kehijauan serta mempunyai tekstur berkrim atau lenyek. Ia mungkin kelihatan seperti orang mengalami cirit-birit tetapi baunya tidak begitu busuk.

Jika najis bayi adalah berwarna hijau terang seperti terdapat sayuran, ia bermaksud bayi anda terlalu banyak mendapatkan foremilk yang bermaksud susu rendah lemak yang berada pada awal penyusuan ibu dan kurang hindmilk iaitu susu yang lebih tinggi lemak.

najis bayi

Ia juga merupakan petanda bahawa ibu tidak menyusu bayi dengan lebih lama pada satu-satu dada. Untuk memastikan ini tidak berlaku, beri susu pada bahagian dada yang terakhir para ibu berikan sebelum ini.

 5. Najis berlendir

Bayi dan Najis: Makna dan Rahsia di Sebalik Warna - Toddible Baby Food

Najis berlendir selalunya terjadi kepada bayi yang sering mengeluarkan air liur. Hal ini kerana air liur ini tidak boleh dihadam. Akan tetapi ia juga mungkin petanda bayi anda alahan terhadap sesuatu. Jika perkara ini sering berlaku lebih daripada dua hari, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Biasa terjadi pada 4 keadaan :

  • Si manja menhadapi alergik pada makanan
  • Anak ada selsema atau batuk berkahak
  • Banyak menjejes air liur
  • Kemungkinan mempunyai jangkitan kuman dalam perut

6. TRANSITIONAL POOP

Bayi baru lahir yang berusia kurang dari empat hari selalunya akan mengeluarkan najis berwarna hitam seperti minyak motor. Ianya hitam-hijau, melekit.

Najis ini dikenali sebagai meconium yang terdiri daripada cecair amnion, lendir, sel kulit dan perkara-perkara yang dicerna ketika di dalam perut ibu. Ia tidak terlalu mengeluarkan bau sehingga mungkin ibubapa tidak sedar bayi sudah membuang air besar.

Ia tidak terlalu mengeluarkan bau sehingga mungkin ibubapa tidak sedar bayi sudah membuang air besar. Setelah dua hingga empat hari, najisnya akan beransur-ansur lebih cerah dan menjadi kehijauan serta kurang melekit.

Perubahan ini merupakan petanda baik kerana ia bermaksud bayi sudah mula menghadam susu dan ususnya dalam keadaan baik.

7. Najis berdarah

Najis Bayi Berlendir Dan Berdarah - Patutkah Ibu Risau? Apa Yang Terjadi? | theAsianparent Malaysia

Jika bentuk najis bayi normal tetapi terdapat petanda darah merah, ia mungkin petanda bayi alahan pada susu. Apabila si kecil kerap sembelit juga boleh menyebabkan penderahan dan najis berwarna merah. Najis cirit-birit yang disertakan darah merah, ia adalah indikasi bahawa bayi mengalami jangkitan.

Awas!

Najis-najis ini selalunya luar biasa tetapi boleh menunjuk kepada keadaan yang serius dan perlu mendapat perhatian perubatan dengan segera

  • Najis yang melekit dan hitam yang kebanyakannya merupakan darah yang telah dicernakan
  • Keseluruhan najis berdarah merah, yang mungkin bermakna masalah usus yang teruk.
  • Warna najis pucat, berkapur dan berwarna seperti tanah liat yang mungkin bermakna kegagalan hati atau pundi hempedu.

Petua untuk pergerakan usus yang sihat

  • Minum air putih dengan banyak

8 Tip Galakkan Anak Minum Air Masak Lebih Banyak Dan Kurang Minum Air Manis - Pa&Ma

Air membantu melembutkan najis dan melancarkan pergerakan usus. Pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan makanan dalam usus dapat bergerak seperti biasa. Susu dan air adalah cecair yang sesuai untuk memastikan anak anda sentiasa terhidrasi

  • Berikan makanan dalam bentuk Puri

najis bayi

Jika umur bayi telah lebih 6 bulan dan mula mengambil makanan yang lembut, pengambilan makanan berbentuk puri iaitu sayur-sayuran yang dilenyekkan adalah sesuai untuk bayi yang mengalami masalah ini.

  • Tingkatkan pengambilan serat

Bayi yang dah mula mengambil makanan boleh meningkatkan pengambilan serat supaya najis lebih lembut dan mudah dikeluarkan. Beberapa jenis makanan yang tinggi serat adalah:

Anak Membutuhkan Nutrisi 5 Kali Lebih Banyak Selama 1000 Hari Pertama - Nakita

  • Tukar susu

Ini Bahayanya Jika Bayi Minum Susu Sapi Segar

Jika si kecil menyusu badan sahaja para ibu bapa boleh tunggu beberapa hari untuk melihat samada bayi itu dapat buang air semula ataupun tidak. Tetapi jika tidak, ibubapa perlu membawa bayi ke klinik untuk pemeriksaan. Jika bayi tersebut sudah mula makan, ibu bapa boleh cuba mengubah diet dalam permakanannya. Bayi yang mengambil susu botol mungkin boleh menukarkan jenis susunya.

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Jika bayi mengalami masalah susah membuang air besar dan beberapa simptom ini, para ibu bapa dinasihatkan untuk terus membawa bayi  berjumpa dengan doktor. Simptom-simptomnya adalah:

  • Bayi tersebut muntah dengan kerap
  • Perutnya membesar lebih daripada biasa
  • Tidak berhenti menangis
  • Kelihatan bayi tersebut nampak keletihan dan lembik
  • Tak mahu menyusu ataupun makan

Akhir kalam, para ibu bapa harus ambil tahu tentang najis bayi dan jangan pernah tak endahkan. Takut nanti ia boleh membawa ke arah yang lebih parah. Jika tak pasti, terus bawa si manja berjumpa dengan doktor.

Semoga dapat dijadikan panduan buat ibu bapa ya!

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping