Panduan Dan Kesilapan Dalam Memilih Nama Bayi Dalam Islam

Nama Bayi Dalam Islam

Islamic couple pregnant Images, Royalty-free Stock Islamic couple pregnant Photos & Pictures | Depositphotos

Waktu paling menggembirakan bagi pasangan suami isteri sudah pasti ketika dikurniakan anak dalam hidup mereka. Tidak dinafikan, ada pasangan sudah memilih nama ketika bayi itu masih dalam kandungan lagi kerana sangat teruja untuk menerima zuriat. Memilih nama bayi adalah satu aspek penting dalam Islam kerana seseorang itu akan diseru dengan namanya pada hari akhirat kelak.

Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Sebutan yang salah akan menukar makna nama tersebut kepada makna yang lain pula. Oleh itu, Islam telah menyediakan panduan yang khusus dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pemberian nama ini.

Waktu Afdhal Memberi Nama Bayi

Nama Bayi

Mengenai waktu yang sesuai untuk memberikan nama kepada anak, para ulama’ bersepakat bahawa harus diberikan nama kepada bayi yang baru lahir pada bila-bila masa sahaja selepas bayi tersebut dilahirkan. Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan.

Namun begitu, para ulama’ berbeza pandangan mengenai waktu yang disunatkan untuk memberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan kepada tiga pendapat, iaitu:

  • Pendapat Pertama: Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Ini adalah pendapat secara majoriti ulama dalam mazhab asy-Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali.
  • Pendapat Kedua: Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari kelahiran anak tersebut. Ini adalah pendapat sebahagian ulama’-ulama’ dalam mazhab asy-Syafi’e dan Hanbali.
  • Pendapat Ketiga: Sunat diberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya jika anak tersebut hendak dilaksanakan aqiqah untuknya pada hari ketujuh. Jika tidak, disunatkan anak tersebut diberikan nama sebelum hari yang ketujuh. Ini adalah pendapat sebahagian daripada ulama-ulama’ yang bermazhab asy-Syafi’e, Maliki dan pendapat yang dipilih oleh Imam al-Bukhari Rahimullah.

Panduan Memilih Nama Bayi Yang Baik

Bisnis Newborn Photography Kian Hits di Banjarmasin, Dibanderol Segini Per Photoshoot - Banjarmasin Post

Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu.

Dalam masalah meletakkan nama ini, hendaklah diberi perhatian perkara-perkara berikut :

a) Disunatkan memberi nama-nama yang baik dan elok kerana Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya kamu semua akan diseru atau dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, perelokkanlah nama-nama kamu.” (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

b) Nama yang paling baik dan paling elok ialah Abdullah dan Abdurrahman sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah dari nama-nama kamu ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

c) Harus memberi nama sempena nama para Nabi seperti Ibrahim, Hud, Soleh, Muhammad dan sebagainya. Sebagaimana sedia dimaklumi bahawa, Rasulullah SAW telah menamakan salah seorang anaknya dengan nama Ibrahim.

Kesilapan Memilih Nama Bayi Yang Sering Dilakukan

1. MENGUTAMAKAN SEBUTAN BERBANDING MAKSUD

Rata-rata ibu bapa mendahulukan sesebuah nama yang canggih, unik, menarik perhatian, dan sedap didengar berbanding ‘makna baik’ yang sepatutnya diutamakan.

Sebaliknya, ibu bapa dianjurkan untuk mengutamakan nama bayi Islam yang memiliki maksud yang elok berbanding sebutannya. Jika perlu berbincang, mintalah pandangan sewaktu awal proses pemilihan lagi supaya tujuan ibu bapa menjadi lebih jelas dalam mendapatkan maksud yang baik.

2. NAMA YANG TERLALU MENGAGUNGKAN

Dalam obsesi terhadap nama-nama Arab, mungkin ada yang tidak perasan bahawa sebagai seorang Islam kita tidak seharusnya memilih nama-nama yang terlalu mengagungkan dan hanya layak digunakan oleh Allah.

Kitab Tarbiyah al-Awlad, Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan menyebutkan bahawa tidak dibenarkan memberi nama yang secara langsung merujuk kepada Allah seperti Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih), Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta).

Tapi sifat-sifat tersebut boleh digunakan bila tidak dilengkapi tanda makrifah (Al-) pada awalnya, misalnya Aziz dan Hakim (bukannya Al-Aziz atau Al-Hakim). Selain itu, dianjurkan untuk memberi nama yang merujuk kepada hamba Allah seperti penggunaan perkataan Abdul / Abdullah pada awalnya seperti Abdul Rahman (Hamba Allah Yang Maha Pemurah).

3. TERPENGARUH DENGAN ‘TREND’

Trend Nama Anak Tahun Baharu Unik Dan Menarik! - MYNEWSHUB

Masyarakat Malaysia sering dilihat terpengaruh dengan nama bayi yang kedengaran Barat seperti Hannah, Noah, Sofea, atau Danish. Memang tidak ada salahnya menggunakan nama bukan Arab, selagi ianya mempunyai erti yang baik. Cuma dalam konteks Malaysia, digalakkan memilih nama agar sesuai untuk semua keadaan supaya ia serasi dengan bahasa Arab kerana ia sering menjadi rujukan masyarakat kita.

4. MENGGUNAKAN EJAAN YANG SUKAR

Sekarang ini memang ‘trend’ ibu bapa memilih nama dengan ejaan alternatif yang aneh agar kelihatan ‘stylo’ atau lain daripada yang lain. Contohnya nama Qisya yang kadangkala dieja Qiesya, Qeesya, Keisha atau Qiisyha.

Hal ia bukan sahaja akan membebankan si anak untuk membawa nama itu, tetapi turut menyusahkan pihak yang berurusan dengan si anak nanti. Dalam jangka masa panjang, mungkin anak-anak akan berdepan dengan masalah melibatkan nama khususnya dalam urusan rasmi.

5. NAMA TERLALU PANJANG

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak memberikan nama yang terlalu panjang sehingga mencecah 3-4 perkataan. Bayangkan jika di tadika, anak-anak akan mula disuruh mengeja nama masing-masing. Apabila nama ini terlalu panjang, tentulah sukar bagi anak untuk mengingat dan menulisnya kelak.

Seperkara lagi, dikhuatiri pemberian nama yang panjang kepada si anak akan menyebabkan timbul nama singkatan untuk si anak yang mungkin membawa maksud-maksud negatif yang tidak kita ketahui.

Jadi, apa gunanya nama-nama panjang yang diberikan sekalipun membawa maksud yang baik kerana akhirnya nama panggilan tersebut juga yang ‘melekat’ padanya.

6. Letak nama Nur untuk anak perempuan

Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki. Namun di Malaysia, Nur sangat sinonim untuk anak perempuan. Oleh itu ibu bapa perlu mengambil perhatian yang lebih dalam memilih untuk bayi.

7. Nama Dalam Bahasa Arab 

Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia Muhammad alkhannas.  Alkhannas ni bunyi memang la best,  tapi maknanya anak syaitan. Oleh itu, ibu bapa perlu hati hati lah dalam memilih nama bayi.

Doa ketika memberi nama bayi

300 Young Muslim Couple Praying Stock Photos, Pictures & Royalty-Free Images - iStock

Apabila setiap hari anak-anak disebut dengan nama panggilan yang diberikan, tentulah sedikit sebanyak ia akan ‘meresap’ sebagai identiti seseorang. Maka, ibu bapa hendaklah tahu maksud nama bayi Islam yang dipilih beserta tujuannya kerana ia bakal menjadi doa buat si anak.

Berikut doa ketika memberi nama bayi :

” Allahumaj’alna haadzal ismi mubaarakal lahu fiiman khafaka wattaqaka, waj’allahu bil waalidaini ihsaana.”

” Allahumma thawwil ‘umurahu fii thaa ‘atika shahhih ajsaadahu. Allahummaj’alahu za’iiman fi kabirihi, wa tsabbit immanahu ‘alaa balaa ik.”

Maksudnya :

Artinya:

” Ya Allah, jadikanlah nama ini memberi berkah baginya, menjadi anak yang takwa kepada Allah serta dapat berbakti kepada ibu bapanya.”

” Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam mentaati agama Engkau, sehatkanlah tubuhnya. Jadikanlah dia sebagai pemimpin setelah dewasa, dan tetapkanlah imannya menghadapi cubaan dunia serta akhirat.”

Semoga bermanfaat. Kongsikan kepada kenalan anda dan sebarkan tentang panduan memilih nama bayi ini.

 

Leave a Reply