Tidak dapat digambarkan kegembiran apabila dikhabarkan oleh doktor mengesahkan para ibu mengandung. Tidak kiralah kandungan yang keberapa, pertama, kedua atau yang ke sembilan sekalipun. Si ibu tetap akan teruja bila ada bayi yang berada di rahim para ibu. Jom ulangkaji senarai keperluan ibu bersalin di labour room.
Dalam perkongsian kali ini, ini checklist yang amat berguna untuk rujukan ibu-ibu. Antaranya beg hospital, keperluan bayi, keperluan berpantang serta peralatan menyusu dan banyak lagi.
Mari kita tengok semua senarai itu selengkapnya di bawah ini.
Keperluan Ibu Bersalin
1. Buku rekod kehamilan (Buku Pink)
Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila disahkan positif mengandung adalah ke klinik untuk daftar. Ibu-ibu juga hendaklah mendapatkan buku pink pada mereka yang memilih menjalani pemeriksaan bulanan diklinik kerajaan. Jika memilih klinik swasta ibu-ibu boleh terus ke klinik pilihan tersebut.
2. Kad pengenalan : Isteri
3. Kad Nikah atau Sijil Nikah : Klinik kerajaan selalu akan minta pasangan untuk bawanya sekali.
4. Duit deposit hospital atau cash in hand (jika perlu): Ini hanya persiapan untuk si suami supaya tidak kalut untuk mencari mesin ATM.
5. Yasin
6. Charger atau powerbank
7. Telefon bimbit sendiri (telefon ibu)
8. Bahan bacaan
Untuk bahan bacaan hanya jika perlu sahaja sebab mungkin ibu terpaksa menunggu lama namun sebenarnya tiada masa sangat untuk membaca. Bawa jika ia boleh menghilangkan rasa berdebar si ibu.
7 Barangan Bayi Yang Perlu Bawa ketika di Hospital
Ibu-ibu boleh memilih untuk pack kesemua barang bayi seperti dalam gambar diatas sebagai persiapan bersalin di hospital. Tidak kira hospital kerajaan mahupun swasta. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada ibu tercari-cari kesemua barang yang diperlukan didalam beg. Takut jadi serabut pulak nanti.
Susah sebenarnya kalau tercari-cari dimana baju, diamana seluar dan lain-lain. Ibu-ibu boleh gunakan beg plastik kerana nanti boleh masukkan baju-baju yang sudah dipakai atau kotor kedalam plastik tersebut. Praktikal bukan?
Perkara yang perlu ada dalam setiap plastik ialah :
- Rompers panjang dua helai atau baju lengan panjang dan seluar sebanyak dua pasang. Dia memilih untuk meletak sepasang dalam setiap beg plastik.
- Sarung tangan dan kaki untuk bayi
- Bedung
- Topi
- Barut
- Pampers
- Minyak telon : Boleh gunakan minyak telon Stommy Oil untuk bayi. Stommy Oil ini sangat sesuai untuk bayi kerana sifatnya yang tidak melekit dan panas.
Kesemua barang ini boleh dikategorikan sebagai antara barangan terpenting yang anda perlu sediakan untuk bayi. Jadi, sila take note ibu dan bapa sekalian.
Keperluan Ibu Bersalin
Jangan dilupakan pula segala barangan yang diperlukan oleh si ibu untuk persiapan bersalin di hospital walaupun kami tahu anda memang dah tak sabar untuk menyambut kelahiran si manja.
Apa yang perlu ibu sediakan adalah:
-
- Baju sebanyak dua helai
-
- Al-Quran
- Kain batik beberapa helai
- Tuala
-
- Shawl atau tudung sarung yang lebih mudah untuk dipakai
-
- Stokin
- Breast pad
-
- Maternity pad
- Barangan penjagaan kendiri seperti sabun, ubat gigi, berus gigi dan juga coconut scrub.
- Barangan penjagaan untuk ibu seperti lotion, moisturizer, vaseline dan juga barangan solek
- Breast pump jika perlu digunakan nanti
Jangan dilupakan ibu juga perlu membawa barangan seperti ini :
- Balsem puting
Ibu mungkin tidak merasa sakit pada tahap awal penyusuan. Ini hanya langkah berjaga-jaga supaya perjalanan penyusuan itu berjalan lancar.
- Disposable panties
- Nursing bra
-
Alatan mandian dan pengurusan diri
-
Minyak panas untuk sapu pada dahi kaki perut dan juga tapak kaki selepas mandi. Takut nanti masuk angin susah
Bakul Untuk Ibu
Bakul untuk kelengkapan ibu semasa dalam wad juga penting untuk dibawa. Apa yang perlu ibu-ibu bawa dalam bakul tu. Bawa yang asas jer tak perlu bawa macam nak pergi berkelah pula.
- Termos
- Air masak atau air mineral
- Susu
- Biskut,roti,oat,bijiran
- Kurma dan kismis
- Air zamzam
- Sudu dan juga garfu
- Cawan
Keperluan untuk Si Ayah
Yang menunggu pun apa kurang keperluannya kan. Iyalah takut-takut tidak boleh ulang alik dari rumah ke hospital nanti. Sila pesan kepada suami masing-masing supaya bawa beg persalinan juga ya ke hospital. Ini antaran keperluan untuk si suami :
- Extra baju and seluar
- Kain pelikat
- Tuala mandi
- Barang mandian dalam zip bag
- Deoderant
- Charger phone
- Al-quran atau yaasin nak baca-baca sambil menunggu
Doa untuk ibu yang bakal bersalin
Ibu yang akan melahirkan anak memerlukan persediaan rohani dan jasmani. Jasmani tu kita boleh buat senaman, berjalan jalan di tepi pantai dan ambil makanan sihat semasa hamil. Tapi rohani tu macam mana? Ibu-ibu boleh banyakkan bacaan zikir dan kata kata yang baik.
Dalam Al Quran pun ada kisah ibu melahirkan anak tau. Tak percaya? Kisah Maryam as ibu Nabi Isa as, yang sarat mengandung dan sedang sakit bersalin bersendirian di padang pasir. Ini doa untuk untuk dipermudahkan bersalin :
Alat penyusuan untuk keperluan ibu bersalin
- Pam Susu
Pam susu atau breast pump adalah sesuatu yang penting. Tapi jangan tak percaya, sesetengah ibu tak guna pun pam susu ini. Cuma memerah susu guna tangan saja. Teknik marmet namanya. Lebih mudah dan murah. Ini bergantung kepada individu. Pastikan ibu-ibu memilih yang praktikal dan sesuai dengan anda. Pam mahal tak semestinya bagus untuk anda
- Cooler Bag
Beg ini adalah untuk menyimpan susu perahan (EBM). Selain itu, ia boleh menyimpan susu dan bertahan selama 12 jam.
- Pek ais / Bata Ais
Pek ais dan bata ais ni untuk kesan penyejukan kepada susu perahan. Ianya adalah ais yang dipekkan dan boleh dibekukan berulang kali. Malam masuk tempat beku, esok boleh guna, letak di celah-celah botol susu dalam cooler bag.
-
Botol susu simpanan
Beli botol susu yang BPA free. Jadi kita boleh gunakan berulang kali dan tahan pemanasan.
-
sterilizer
Ini penting untuk sterilkan / menyahkuman perkakasan menyusu kita. Tak la tercemar botol susu di hospital nanti.
-
Coli menyusu
Coli menyusu ni berbeza kerana ia mempunyai bukaan khas di hadapan dengan cangkuk untuk memudahkan proses penyusuan. Di malam hari, ibu juga boleh memilih sleep bra bagi tujuan penyusuan.
-
Breast pad
Breast pad ada yang jenis kain, boleh guna semula atau yang jenis pakai buang. Boleh pilih nak guna yang mana. Tujuannya untuk menyerap susu ibu yang kadang-kadang keluar mungkin sebab ingatkan baby atau lambat mengepam atau tiba-tiba breast bengkak.
-
Pemanas susu
Warmer ni tujuan dia untuk memanaskan susu ibu yang dikeluarkan daripada tempat sejuk. Ini pun optional. Nak beli pun takpa, tak beli pun ok. Alternatifnya, guna sahaja thermos. Iaitu isi air suam dan masukkan botol susu dalam tu. Thermos tu beli yang gemuk, yang muat botol susu. Letak air suam dalam bekas biasa dan rendam botol pun boleh, tapi masalahnya, air tu cepat sejuk.
Macam mana ibu-ibu dah semak senarai keperluan ibu bersalin di labour room. Semoga semua senarai ini akan membantu ibu-ibu yang akan bersalin nanti.
Berminat dengan mana-mana Produk Tasneem Naturel? Klik simbol Shopee ini:
Anda ingin menjadi agen Tasneem Naturel. Klik simbol Whatsapp di bawah ini :