Rangsang Perkembangan Otak Bayi Dari Dalam Kandungan Ibu!

Macam mana nak rangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan ya?  Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak bijak. Jika ibu-ibu mempunyai tabiat yang baik dan mempunyai aktiviti yang aktif semasa mengandung, ia akan memberi kesan kepada bayi. Setiap ibu mahukan si kecilnya dilahirkan bukan sahaja dalam keadaan yang sihat dan kuat malah juga bayi yang cerdas. Ada cara yang boleh dilakukan untuk merangsang perkembangan otak bayi, confirm si cilik cerdik selepas ini!Rangsang Perkembangan Otak Bayi Dari Dalam Kandungan Ibu!

Bagaimana menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan? 

Surah ibu hamil & mengandung yang terbaik

Perkembangan otak janin dalam kandungan telah bermula sejak awal trimester pertama lagi. Berikut adalah perkara yang ibu-ibu boleh lakukan untuk menyokong perkembangan ini semasa kehamilan.

1. Ajak Bayi Berkomunikasi Sejak dalam Kandungan

Rangsang Perkembangan Otak Bayi Dari Dalam Kandungan Ibu!

Mungkin ibu-ibu tertanya-tanya, apakah gunanya berkomunikasi dengan bayi yang belum lahir? Semak beberapa manfaat ini untuk perkembangan otak bayi dengan hanya berkomunikasi.

  • Merangsang pendengaran si kecil
  • Menstimulasi perkembangan otak
  • Menciptakan suasana yang nyaman untuk bayi

Ajaklah bayi berkomunikasi seperti berborak dengan bayi, membacakan cerita, bernyanyi atau memanggil-manggil namanya. Selain melatih organ-organnya, komunikasi juga akan membantu stimulasi otak bayi sehingga bayi lahir.

Gunakan nada tinggi semasa menyebut frasa seperti “si comel Mama”. Cara bertutur ini dikenali sebagai parentese, ekspresi wajah berlebihan dan vokal tinggi membantu anak menyerap semua bunyi bahasa anda.

2. Perdengarkan alunan ayat-ayat Al-Qur’an 

Rangsang Perkembangan Otak Bayi Dari Dalam Kandungan Ibu!

Tiada seorang pun yang mahu melihat bayinya sakit walaupun hanya digigit seekor nyamuk. Sebagai umat Islam, berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan. Ini antara surah untuk ibu mengandung dan buat bayi dalam kandungan :

  • Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah merupakan surah pertama dalam al-Quran, seperti mana maksudnya iaitu pembukaan. Antara fadilat mengamalkan surah Al-Fatihah adalah menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan. Untuk makna keseluruhan Surah Al-Fatihah ini, boleh rujuk Wikipedia.

  • Surah Maryam

Surah Maryam memang terkenal dan sinonim buat ibu hamil. Antara kisah yang terdapat dalam surah ini adalah ketika Maryam ra melahirkan Nabi Isa as di tengah padang pasir secara sendirian. Surah ini elok diamalkan untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

  • Surah At-Taubah

Turunnya Surah at-Taubah kerana menceritakan tentang kaum musyrik yang mengingkari janji, dan isi yang paling tersohor dalam Surat At-Taubah ialah mengenai perang Tabuk. Dinamakan at-Taubah kerana taubatnya 3 orang yang tidak ikut dalam perang Tabuk, padahal dalam sejarah peperangan, mereka selalu mengikuti perang melawan musuh-musuh Allah SWT.

Oleh itu, dengan mengamalkan surah ini, diharapkan agar kita sentiasa mengingati Allah swt dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Mudah-mudahan ibu hamil dan bayi dalam kandungan dapat membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

  • Surah Yusuf

Seperti yang ketahui, Nabi Yusuf adalah nabi yang memiliki rupa paling elok. Banyak yang percaya jika membacakan surah Yusuf kepada bayi dalam kandungan akan mendapatkan anak yang rupawan seperti nabi Yusuf.
Seorang ibu yang sedang mengandung tentu menginginkan yang terbaik bagi anaknya sehingga Allah memilih surah Yusuf untuk diamalkan agar sang Ibu mendapatkan anak yang sesuai dengan keinginannya.
  • Surah an-Nahl

Antara intipati Surah an-Nahl adalah berkenaan dengan lebah seperti mana nama surah ini yang bermaksud lebah. Terlalu banyak hikmah yang kitab oleh pelajari daripada seekor lebah. Surah ini diamalkan oleh ibu hamil untuk melahirkan anak yang berdisiplin. Malah, ayat 78 Surah an-Nahl sangat elok diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran bayi sentiasa dipermudahkan.

  • Surah Hujurat

Untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati. Amalkan doa ini :

“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku”

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

3. Berikan sentuhan untuk perkembangan bayi

Rangsang Perkembangan Otak Bayi Dari Dalam Kandungan Ibu!

Memang benar sentuhan memberikan keajaiban kepada bayi. Jika tidak mana mungkin bayi yang menangis boleh terdiam tatkala diusap, ditenangkan dan dipeluk oleh si ibu. Malah dari segi emosi sentuhan adalah pergerakan magis yang memberikan seribu satu kebaikan kepada si kecil bukan saja emosi tetapi kekuatan fizikal mereka.

Percaya atau tidak bayi yang sering dipeluk akan membesar dengan sihat dan tidak banyak ragamnya. Ada kajian menunjukkan urutan boleh mengurangkan jumlah penyakit yang dihidap bayi sekali gus merendahkan keperluan untuk berjumpa doktor. Ada juga teori yang menyatakan sentuhan kulit ke kulit membantu merangsang perkembangan otak bayi.

4. Senaman dan jadilah Ibu yang Aktif

Kapan Sebaiknya Olahraga Dilakukan Saat Puasa? | Republika Online

Bersenam sememangnya adalah perbuatan yang baik untuk ibu mengandung. Ia merupakan satu alternatif bagi menjaga kandungan khususnya pada tempoh awal mengandung.

Amatlah disarankan untuk ibu mengandung bersenam, sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Tetapi harus diingatkan anda harus bersenam secara sederhana dan tidak keterlaluan. Ibu yang hamil boleh cuba senaman ini :

  • Jogging
  • Yoga
  • Lakukan riadah seperti berjalan secara santai

5. Membaca buku

10 Manfaat Membaca Surah Maryam untuk Ibu Hamil dan Janin | theAsianparent Indonesia

Membaca tidak memerlukan tempoh masa tertentu bagi memulakannya. Ibu-ibu boleh melazimi baca buku ilmiah seperti kisah para nabi, kisah para sahabat dan lain-lain. Namun, jika ibu-ibu mahu membaca buku untuk si manja, penting untuk anda mengetahui masa yang tepat.

Apabila mereka mula membesar, si manja akan mula mendengar suara daripada luar. Ketika ini, bayi lebih mudah untuk mendengar setiap lagu atau ungkapan kata-kata yang anda ucapkan.

6. RANGSANGAN CAHAYA MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK BAYI

Apa yang Dilakukan Bayi di Dalam Perut Ibu? - Info Sehat Klikdokter.com

Stimulasi cahaya dengan lampu yang di arahkan pada perut ketika hamil memang menjadi salah satu cara untuk merangsang gerakan pada bayi dalam kandungan, terutama sejak usia kehamilan mencecah 22 minggu, di mana bayi sudah bisa membezakan suasana terang dan gelap.

7. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri

Sesaat Selepas Melahirkan Anak Ini Yang Suami Isteri Kena Tahu Apa Nak Buat - Pesona Pengantin

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ada suami ketika isteri mengandung melibatkan emosi. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.

Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”

Maksudnya  : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

8. Makanan bernutrisi

7 Jenis Makanan Bernutrisi Tinggi dan Manfaatnya Bagi Tubuh | Daihatsu Indonesia

Buat ibu hamil, jangan lupa amalkan makanan-makanan ni sepanjang kehamilan ya.

  • Kismis : Kismis kaya dengan zat besi yang penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembetukan otak bayi yang genius.
  • Delima : Delima sangat bagus diamalkan ketika mengandung. Ia berfungsi sebagai penerang hati.
  • Telur : Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak kerana mengandungi banyak nutrisi.
  • Ikan Salmon : Ikan ini kaya dengan Omega 3. Salmon diperkaya dengan Omega 3 EFA meningkatkan keupayaan perkembangan otak anak.
  • Susu : Semasa hamil, ibu memerlukan lebih 1,000mg kalsium setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Maka, 3 cawan susu dapat membantu ibu dalam memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika mengandung

 

 

 

 

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.