Contact us

My Cart
RM0.00
Ibu Hamil Wajib Tahu Proses Fasa Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Ibu Hamil Wajib Tahu Proses Fasa Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Ibu Hamil Wajib Tahu Proses Fasa Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Kehamilan adalah fasa yang indah dan dinantikan oleh para wanita bagi melengkapkan institusi kekeluargaan. Lantas penjagaan sepanjang kehamilan penting bagi memastikan sepanjang fasa itu, ibu dan bayi sentiasa sihat dan tiada sebarang komplikasi sehingga saat kelahiran. Oleh itu, ibu dan wanita yang hamil perlu mengambil tahu tentang proses  fasa perkembangan janin dalam kandungan.

Penjagaan ketika kehamilan trimester pertama sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan risiko keguguran. Di peringkat ini, kesihatan fizikal dan mental bayi yang bakal lahir dipengaruhi oleh penjagaan prakehamilan dan kehamilan trimester pertama.

Fasa perkembangan janin dalam kandungan

Ibu Hamil Wajib Tahu Proses Fasa Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Ianya amat ajaib bagaimana pembentukan seorang insan ini, daripada gabungan sperma dan telur, pembentukan sistem organ dalam badan sehingga menjadi tubuh badan yang lengkap, setiap proses ini adalah seperti dirancang dengan sempurna oleh seorang arkitek! Ayuh, kita lihat perkembangan janin bulan ke bulan dari waktu disenyawakan sehinggalah kepada kelahiran.

Perkembangan ini mengikuti minggu kandungan dan terdapat kalkulator kehamilan dan kelahiran yang boleh didapati secara atas talian atau secara manual bagi ibu dan para doktor membuat kiraan minggu dan bulan kehamilan. Dengan pengetahuan ini, ibu-ibu akan lebih bersedia dan dapat menjangka apa yang sedang berlaku pada bayi dalam kandungan mereka. Contohnya pembentukan kaki dan tangan bayi akan sempurna pada minggu kelapan.

Trimester Pertama Fas Perkembangan Bayi

  • Persenyawaan dan Kehamilan

Persenyawaan dan Kehamilan : Hebatnya Ciptaan Tuhan!

Persenyawaan berlaku apabila sperma daripada seorang suami bertemu dan menembusi telur daripada seorang isteri melalui hubungan kelamin. Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, jantina bayi telah pun ditentukan. Di dalam tempoh tiga hari persenyawaan, telur tersebut akan membahagi kepada sel-sel yang banyak dengan sangat cepat. Kemudiannya ia akan melalui tiub fallopio dan memasuki uterus di mana ia akan melekat pada dinding rahim. Plasenta, sumber makanan kepada bayi juga akan mula terbentuk.

Tahap Perkembangan Janin pada Kehamilan Trimester Pertama, Kedua, dan Ketiga

  • Minggu 1-3

Tahap hormon oestrogen dan progesterone akan berubah pada minggu pertama, menyebabkan wanita hamil putus haid dan mengalami perubahan fisiologi badan. Ujian kehamilan (UPT) akan menjadi positif dan kantung akan kelihatan melalui ultrasound. Sel-sel akan berganda dalam kuantiti dan bertambah dalam saiz.

  • Minggu 4 

Pada waktu ini, bayi akan mula membentuk struktur badan yang kemudiannya akan membentuk bahagian muka dan leher. Jantung dan saluran darah akan terus berkembang bersama-sama dengan pembentukan paru-paru, perut dan hati. Jika anda lakukan ujian kehamilan pada waktu ini, ia akan menunjukkan tanda positif dan pengesahan awal bahawa anda sedang mengandung.

  • Minggu 5

Struktur seperti kaki atau tangan akan mula terbentuk tetapi ia tidak serupa dengan apa yang kita lihat setelah kita lahir. Selain itu sistem saraf akan mula tumbuh, bercabang dan berkembang ke setiap struktur di badan.

  • Minggu 6

Saiz janin pada minggu ini akan menjadi kali dua ganda berbanding dengan minggu keempat, iaitu 6mm. Detak jantung janin juga boleh dikesan melalui ultrasound, sistem pencernaan juga akan mulai terbentuk ketika ini. Mata, telinga dan mulut turut mula terbentuk pada minggu ini walaupun ia masih kelihatan kabur.

  • Minggu 7

Struktur mata seperti kanta dan cawan optik yang memberi penglihatan terjadi ketika usia wanita hamil 7 minggu. Organ-organ dalam sistem pencernaan dan juga buah pinggang akan mula terbentuk dengan lebih jelas daripada imej imbasan. Ketika ini saiz janin akan mencapai saiz 9mm panjang.

  • Minggu 8 

Ukuran janin pada minggu ini akan mencecah 12mm dan janin akan mulai bernafas dengan bermulanya pembentukan paru-paru. Struktur lain yang sedia ada akan semakin bertambah dari segi saiz dan fungsinya. Sistem limfa akan mula terbentuk dan bercabang ke seluruh badan.

  • Minggu 9

Ibu akan menjadi teruja dan gembira apabila doktor menunjukkan detak jantung bayi mereka dengan mesin Doppler. Puting dada dan folikel rambut akan mula terbentuk, manakala jari kaki dan tangan akan kelihatan lebih jelas. Kadang kala, pergerakan anggota badan janin boleh dikesan dengan ultrasound

  • Minggu 10-12

Struktur yang penting telah menjadi pada minggu ini dan janin ini akan dikenali sebagai fetus. Ukuran saiz akan mencapai 30 hingga 80mm.

  • Usus akan berputar ke bentuk yang sepatutnya.
  • Ciri muka akan menjadi lebih jelas.
  • Saiz kepala akan mencapai hampir separuh daripada saiz kepala bayi.
  • Kelopak mata akan tertutup sehingga minggu kedua puluh lapan.
  • Alat kelamin akan menjadi lebih jelas.
  • Darah merah akan mula dihasilkan di dalam hati.

Trimester Kedua

💊 Trimester Kedua Kehamilan - 2021

  • Minggu 13-16

Perkembangan janin 3 bulan biasanya akan berukuran dalam 15cm. Rambut fetus yang dikenali sebagai Lanugo akan timbul di kepala fetus. Otot dan tulang akan bertambah dan berubah menjadi keras. Pada minggu ke-15, perut akan tertutup dan ibu bapa sudah boleh tahu tentang jantina anak mereka! Organ-organ seperti hati dan pankreas akan mulai menghasilkan cecair yang mengandungi enzim atau bahan-bahan yang penting untuk fungsi tubuh badan manusia.

  • Minggu 17-23

Saiz kandungan 20 minggu akan mencapai 20cm panjang dan Lanugo akan menutupi seluruh badan. Biasanya ibu juga akan mulai berasai pergerakan bayi dan detakan jantung bayi akan menjadi lebih kuat dan boleh didengar melalui stetoskop

  • Minggu 23-26

Berat fetus akan mencapai hampir 1kg pada minggu ini dan panjangnya akan mencecah 28cm. Komponen mata, paru-paru dan cap jari akan lengkap terbentuk.

  • Minggu 27-28

Fungsi dan perkembangan otak akan mula berkembang dengan cepat mulai daripada minggu ini. Sistem saraf juga akan menunjukkan kebolehannya dalam mengawal sesetengah fungsi badan. Mata fetus sudah boleh berkelip. Doktor akan mengajar ibu bagaimana untuk membuat carta pergerakan bayi untuk memantau aktiviti dan status kesihatan anak mereka. Sekiranya pergerakan anak itu tidak normal, ibu dikehendaki mengunjungi hospital segera untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Perkembangan Janin Trimester Ketiga

5 Syarat Puasa Bagi Ibu Hamil Trimester Akhir

  • Minggu 28-31

Rahim ibu akan membesar dan fetus akan mempunyai kepanjangan sebanyak 38-43cm dengan berat sebanyak 1.5kg. Lemak badan juga akan bertambah. Walaupun imbasan ultrasound boleh mengesan pergerakan nafas fetus, paru-paru mereka masih belum matang sepenuhnya. Mineral seperti iron, calcium dan phosphorus akan mulai disimpan di dalam badan.

  • Minggu 32-35

Lanugo akan hilang dan lemak badan akan bertambah secara progresif. Kuku tangan dan kaki juga boleh dilihat pada kesemua jari. Berat badan juga akan mececah 2.5 hingga 3kg.

  • Minggu 36-40

Tarikh matang adalah pada tempoh 40 minggu dan seringkali dikira pada hari pertama keluarnya haid ibu tersebut. Bergantung kepada maklumat ini, ada yang melahirkan anak di antara 38 ke 42 minggu dan seringkali ianya jatuh pada 40 minggu kehamilan. Sebagai langkah berjaga-jaga, kebanyakan bayi dilahirkan tidak lebih daripada minggu ke-42. Dan kadang-kala doktor terpaksa melakukan induce bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Ibu Ini Melahirkan Bayi Makrosomia 5,6 Kg, Apa Faktor Risikonya? | theAsianparent Indonesia

Gaya hidup sihat untuk perkembangan janin yang berkualiti

Superfoods or Superhype? | The Nutrition Source | Harvard T.H. Chan School of Public Health

Wanita hamil dinasihatkan menjaga kesihatan dan mengambil makanan seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, sumber protein dan kalsium serta melakukan aktiviti senaman bersesuaian. Kehamilan tidak seharusnya menyekat ibu mengandung daripada mengamalkan gaya hidup aktif bagi mengelak obesiti, kencing manis dan penyakit lain. Bagaimanapun, ibu hamil perlu tahu apa senaman yang sesuai mengikut usia kandungan, selain memastikan tiada masalah seperti kedudukan uri di bawah atau ada masalah pada pangkal rahim dan sebagainya,”

 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping