Contact us

My Cart
RM0.00
Kenali Komplikasi Kehamilan Kembar. Teruja Atau Dugaan Buat Si Ibu?

Kenali Komplikasi Kehamilan Kembar. Teruja Atau Dugaan Buat Si Ibu?

Berita disahkan hamil sudah cukup mengujakan. Apatah lagi jika disahkan punya dua janin dalam rahim. Perasaan pasti berdebar-debar apabila membayangkan keadaan perut yang memboyot dalam sembilan bulan seterusnya. Jadi apa yang patut para ibubapa jangka dalam kehamilan kembar. Jom semak perkongsian ini.

Pembetukan Kehamilan Bayi Kembar

Pembetukan Kehamilan Bayi Kembar

Jika satu pasangan suami isteri dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar.

Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan daripada pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih. Pernahkan terlintas difikiran para ibubapa tentang bagaimana bayi kembar terjadi dan kedudukannya di dalam perut si ibu. Biasanya wanita akan melahirkan seorang anak sahaja bagi setiap kehamilan. Namun, kadang-kadang ada wanita yang mengandung bayi kembar. Terdapat tiga jenis anak kembar, iaitu bayi kembar seiras, bayi kembar tak seiras dan bayi kembar siam. Mari sama-sama lihat bagaimana pembetukan anak kembar terjadi.

  1. Kembar Seiras (Monozygotic)

Pembetukan Kehamilan Bayi Kembar

Pembetukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membetuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu.

Setiap fetus yang berada di dalam uterus si ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta iaitu uri. Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dalam satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membetuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina

    2. Kembar tak seiras (Dizgotic)

Pembetukan Kehamilan Bayi Kembar

Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendiri.

Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

     3. Kembar siam 

Pembetukan Kehamilan Bayi Kembar

Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut.

Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.

Siptom kehamilan kembar

a) Mengalami alahan teruk berbanding hamil seorang janin. Alahan ketika hamil dihasilkan oleh hormon hcg. Apabila saiz uri lebih besar bermakna lagi teruk alahan dialami.

b) Saiz perut ibu pada usia kandungan lima bulan lebih besar daripada biasa.

c) Dua denyutan jantung dapat dikesan

Tanda-tanda Yang Anda Mungkin Mengharapkan Kembar

d) Melalui ujian ultrasound boleh mengesan seseorang wanita hamil kembar seawal enam minggu usia kandungan. Dengan adanya mesin ultrasound, maklumat lain seperti bilangan kembar, jenis kembar, kandungan air ketuban dan kedudukan uri dapat diketahui secara terperinci.

e) Ujian x-ray

Risiko kehamilan bayi kembar

Kandungan yang memiliki janin kembar boleh membawa banyak komplikasi. Secara umumnya lebih banyak janin yang dikandung seperti kembar empat atau kembar lapan, maka lebih tinggi kematian dan morbiditi terhadap bayi dan ibu.

Antara masalah-masalah atau risiko-risiko yang sering dikaitkan dengan kandungan kembar adalah seperti berikut :

Preterm Birth: Causes, Symptoms, Complications & Treatment

  • Kelahiran pra-matang (premature delivery). Hampir 50 peratus daripada kembar dilahirkan dengan berat badan yang rendah dan antara 22 dan 54 peratus adalah pra-matang
  • Pertumbuhan janin yang terencat (intrauterine growth retardation). Pembesaran yang tidak semetri boleh berlaku dalam kadar 15 hingga 30 peratus. Ia berlaku akibat bekalan darah yang terganggu terutama jika janin berkongsi uri. Ia sering terjadi di kalangan kembar jenis monozygotic
  • Kematian perinatal (perinatal mortality). Ia boleh terjadi dalam anggaran 10 – 15 peratus iaitu lebih kurang 3 – 11 kali lebih kerap berbanding dengan kandungan tunggal. Kematian ini adalah berpunca daripada pra-matang, kecacatan kongenital, twin transfusion syndrome dan trauma kelahiran

Komplikasi kehamilan kembar

Oliver Davies: Day 6 - Your First Job

  • Keguguran. Masalah ini boleh terjadi dua kali lebih kerap di kalangan kandungan kembar berbanding dengan kandungan ‘single’
  • Kecacatan kongenital (congenital malformation) Ia dikatakan dua kali lebih kerap terjadi di kalangan kandungan kembar berbanding kandungan tunggal. Kompikasi ini ini lebih kerap berlaku pada pasangan kembar jenis monozygotic.
  • Darah tinggi semasa hamil (pregnancy induced hypertension) sering berlaku antara tiga hingga lima kali ganda lebih pada kandungan kembar ini.

Anemia - Gejala, penyebab dan mengobati - Alodokter

  • Masalah anemia yang disebabkan kurang zat besi adalah jauh lebih kerap berlaku pada kandungan kembar
  • Kandungan air ketuban yang banyak. Ia sering berlaku terutama di kalangan kembar jenis monozygotic.
  • Kedudukan bayi yang normal. Jika kedudukan bayi melintang dan menyongsang, kelahiran secara pembedahan caesarean harus dilakukan.
  • Birth asphyxia atau ‘neonatal depression’. Masalah ini biasanya dikaitkan dengan pra-matang ataupun masalah-masalah yang timbul sewaktu kelahiran
  • Kedudukan uri di bawah juga dikatakan sering terjadi pada kandungan kembar
  • Uri lekang. Masalah ini ada kalanya dilihat selepas kelahiran kembar yang pertama. Ini dikatakan terjadi disebabkan oleh penyahmampatan secara mendadak pada rahim.

Disebabkan komplikasi inilah kandungan kembar dikategorikan sebagai kandungan berisiko tinggi. Oleh itu kandungan kembar memerlukan penjagaan antenatal yang lebih teliti dan kerap.

Bagaimana kehamilan kembar berlaku?

Tips Agar Bisa Hamil Kembar - Ibupedia

  1. Beberapa telur dilepaskan atau berlaku lebih daripada satu ovulasi. Kedua-dua telur (atau lebih) disenyawakan dan kemungkinan akan mendapat kembar tidak seiras. Ia boleh berlaku sama ada anda mengambil ubat kesuburan atau tidak.
  2. Satu telur dilepaskan tetapi terbahagi kepada dua. Selepas ia dipersenyawakan kembar seiras terjadi.
  3. Dalam proses kehamilan secara in vitro fertilization (IVF), selalunya tiga atau lebih telur disenyawakan diletakkan semula ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang kehamilan. Peluang ibu akan menghasilkan bayi kembar adalah tinggi. Contohnya sehingga kembar empat sekali gus.

 

 

 

Leave your thought

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Click outside to hide the compare bar
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping