Berjaya Bersama Tasneem : Penjawat Awam Ingin Bantu Suri Rumah

Perjalanan bersama Tasneem Naturel

Kisah saya mungkin nampak biasa di kalangan suri rumah yang sudah berpengalaman dalam bisnes online. Namun bagi saya berkat usaha saya selama ni membuahkan hasil yang sangat luar biasa. Saya sudah berjaya bersama Tasneem!

Anak selsema dan berjaya bersama tasneem

Hai. Nama saya Aini. Saya ibu kepada 5 orang cahaya mata. Dua tahun lepas, anak bongsu saya, Alfi telah jatuh sakit hingga terpaksa dimasukkan ke wad beberapa kali. Ianya bermula dengan batuk-batuk biasa, melarat kepada jangkitan pada paru-paru. Nafas jadi laju. Maka, Alfi terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan.

Episod sedih tidak berakhir di situ. Salepas sebulan, Alfi selsema pula. Keesokannya terus dia demam dan kurang aktif. Ibu mana yang tak risau kalau anak mereka kurang aktif, betul tak? Selepas itu Alfi dimasukkan ke wad lagi. Huhu. Mamalah yang penat, kena ambil cuti kecemasan beberapa hari. Perkara ini berulang lagi sebulan kemudian. Kali ini lebih teruk kerana Alfi perlu dimasukkan ke Wad PHDU iaitu ICU untuk kanak-kanak. Remuk redam hati mama.

Buntu nak atasi masalah batuk dan selsema

Sebenarnya, saya ada mencuba pelbagai cara juga untuk atasi masalah batuk selsema Alfi. Pernah buat terapi Sonotron, beli pelbagai jenis minyak dan spray. Malah karpet di rumah pun disimpan kerana dikhuatiri menjadi punca kepada masalah pernafasan Alfi. Saya juga memasang air purifier dan air diffuser dengan minyak pati. Doktor juga telah menyarankan Alfi menggunakan puff untuk asma. Huhu. Alfi disahkan ada steroid!

Satu hari, saya terlihat iklan balm Tasneem Naturel oleh seorang agent yang merupakan kawan lama saya. Saya pun ingin mencuba dan terus mengambil satu set balm! Bila terima balm tu, pandangan pertama saya ialah comelnya, wanginya!

Saya terus gunakan pada Alfi. Setiap kali Alfi selsema, cepat-cepat saya sapukan CF-Rub di dada, belakang dan tapak kaki. Selsema Alfi cepat kering, batuk pun tak melarat. Sejak hari itu, Alfi tidak pernah kena jangkitan paru-paru yang serius. Alhamdulillah. Syukur sangat. Mama Alfi pun dah jatuh cinta dengan produk Tasneem! Beberapa bulan kemudian, saya mendaftarkan diri sebagai agen Tasneem

Saya Yakin Saya Boleh Berjaya Bersama Tasneem

Maka bermulalah perjalanan saya sebagai agen Tasneem. Pada asalnya, saya ingin berkongsi kebaikan balm Tasneem kepada rakan-rakan dan keluarga. Alhamdulillah, ramai yang ingin mencuba setelah melihat sendiri anak saya semakin sihat. Syukur saya berjaya mencapai target dalam bulan pertama.

Pelbagai ilmu baru dipelajari bersama keluarga Tasneem. Almaklumlah, saya ni kurang ilmu dan pengalaman dalam perniagaan. Pelbagai bengkel dan kursus serta kelas disediakan oleh pihak HQ. Malah puan Founder sendiri iaitu Puan Haridah Sahri sama-sama turun padang untuk melatih ejen dan memberi motivasi. Hari demi hari, saya mula mengajak kawan-kawan untuk menyertai saya bersama membina empayar bisnes. Setelah 2 bulan, saya berjaya melangkah ke tahap ke Senior Partner, 6 bulan kemudian kepada Leader. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

Tanggungjawab membimbing team!

Team saya semakin berkembang. Dan saya tahu tanggungjawab saya juga besar untuk membantu anak team saya berjaya mencapai impian mereka. Ada dia antara mereka suri rumah, ada yang berhenti kerja demi berkhidmat kepada keluarga, ibu tunggal, suaminya kehilangan pekerjaan kerana pandemic Covid-19 dan pelbagai latar belakang lagi. Di samping menyebarkan kebaikan produk, saya juga berharap kami sama-sama berjaya menjadi jutawan suribisnes.

Sesunguhnya kejayaan tidak datang bergolek. Usaha keras, istiqomah, jaga hubungan dengan Maha Pencipta, ukhuwah sesama ejen dan saling memberi kata-kata semangat adalah teras kejayaan ini. Penghujung 2020, saya berjaya melangkah ke rank Executive Leader. Hanya 1 langkah lagi untuk menjadi Master Stokis. Itulah impian semua agent di dalam sistem agent. InsyaAllah, satu hari saya akan menyertai barisan Master Tasneem Naturel.

Peluang Suri Rumah Berjaya bersama Tasneem

Saya amat berterima kasih kepada Puan Founder kerana memberi peluang kepada suri-suri rumah tangga untuk bersama-sama terlibat dalam memajukan ekonomi negara. Walaupun saya mempunyai kerjaya dan sebagai penjawat awam, penglibatan saya bersama keluarga Tasneem sangat bermakna. Terima kasih juga kepada Master Leader yang tak jemu memberi kata-kata semangat untuk sama-sama berjuang dalam bidang ini.

Semoga saya dapat menyentuh hati para ibu dengan produk yang banyak membantu anak saya membesar dengan sihat ini. Dan jika ada para ibu yang ingin mendapatkan produk bayi semula jadi ini atau ingin menyertai saya bersama-sama membantu ekonomi keluarga bolehlah hubungi saya di link berikut.

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.