Bermula Dari Kosong, Kini Giat Membantu Wanita Yang Ingin Menjana Pendapatan

Bermula Dari Kosong, Kini Giat Membantu Individu Yang Ingin Menjana Pendapatan

Azni Salwani

Junior Leader Tasneem Naturel

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillahirahmanirrahim. Sebelum bicara dibuka, terlebih dahulu saya perkenalkan diri, nama diberi Azni Salwani Binti Azman, lebih mesra dipanggil Azni atau Mama Azni. Saya sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang suami, Muhammad Hilmi Bin Rusli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Alhamdulillah sihat dan aktif, dua orang lelaki masing-masing berumur 5 dan 3 tahun dan seorang perempuan berumur 1 tahun 4 bulan. Saya bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan Awam Di Daerah Bera,Pahang. Selain itu, saya memang anak jati Pahang. Ikuti kisah saya yang  bermula dari kosong ilmu dan kini team saya dah berkembang.

Sedikit Perkongsian Bagaimana Saya Mengenali Dan Jatuh Hati Dengan Produk Tasneem Naturel

Sebenarnya orang yang memperkenalkan saya dengan Tasneem adalah suami saya sendiri. Kisahnya bermula dengan anak bongsu saya Haifa Annur Inara mengalami masalah penafasan terlalu banyak lendir dan kerap sangat kembung perut yang hardcore. Kenapa saya ”mention hardcore” adalah disebabkan setiap kali sebelum dan selepas menyusukan Inara saya perlu spray hidungnya dengan sterimar dan sedut menggunakan penyedut hidung manual yang dibeli di farmasi. Sehari paling kurang saya kena sedut sebanyak sepuluh kali sampai saya sendiri kerap demam. Iyalah dalam pantang nak sedut tu memerlukan tenaga dari perut yang kuat juga. Memang sangat-sangat menyeksakan saya.

Kenapa saya tak bawa anak sedut di hospital? Sudah, dua kali disedut lendir kahaknya di hospital. Masih sama keadaannya bila minum susu berlambak muntah semua, ada kala tu baby Inara tak nak menyusu sebab tidak boleh bernafas dengan hidung. Disebabkan ini juga kembung perut semakin merumitkan keadaan. Malam memang terpakse bersengkang mata sebab baby Inara kena tidur tegakkan kepalanya takut dia susah bernafas dan kerap menangis sepanjang malam kembung perut dan tidak dapat menyusu.

Percubaan Yang Membuahkan Hasil

Suatu hari suami bagitau “sayang kita cuba Tasneem nak? Abang tengok kawan ada jual testimoni dia up status Whatsapp elok produk tu” saya jawab “ betul ke elok,boleh jadi ke? Kadang tu testimoni je gempak tapi pakai tak berkesan pun” Suami pun terdiam dan tak sebut dah pasal Tasneem ni. Dalam diam saya google sendiri pasal Tasneem ni dan ternyata saya terpanggil untuk ikhtiar Tasneem selepas saya google Tasneem adalah produk muslim yang berasaskan pati tumbuh-tumbuhan tetapi harganya pada saya masih mampu milik sebab sedia maklum Essential oil harganya agak mahal. Item pertama saya ikhtiar ialah T-Rub Balm pada Januari 2020. Alhamdulillah memang rasa sungguh dengan baby Inara, lepas sapu T-Rub Balm baby Inara terkentut-kentut dengan kerap. Sebelum ni baby Inara sangat susah nak kentut, tiap hari lumur minyak bawang putih yang dibakar masih kembung juga. Time tu rasa wowww sangat. Suami pula bangga sebab dia yang suggest kan. Hehe.

Bermula dari Kosong.

Sebulan lepas tu saya repeat beli CF-Rub balm dan Skeenz untuk kembung dan kulit Inara sebab inara ada ekzema. Sign Up Jadi Dropship terus pada Febuari 2021. Konon sebab nak harga murah lah untuk beli sokmo untuk baby Inara. Sebulan pemakaian banyak perubahan saya nampak pada baby Inara. Saya dah tak perlu beli sterimar dan menggunakan penyedut hidung tu dah. Kahak dan lendir-lendir degil tu keluar dengan sendirinya berketul-ketul dari mulut Inara dan bila Inara berak banyak sangat lendir dalam najisnya. Syukur alhamdulillah, sejak itu saya jatuh cinta dengan produk Tasneem.

Bulan April 2020 saya Whatsapp seller untuk repeat order T-Rub. Seller yang saya beli inform sistem dah bertukar dan dia daftarkan semula saya dalam Tasneem. Bermula dari sinilah saya terfikir kenapa saya tidak serius betul-betul buat bisnes Tasneem ni untuk sebarkan manfaat yang telah saya sendiri dapat.Tasneem sangat-sangat membantu saya atasi semua masalah yang anak saya hadapi.

Bermula Dari Kosong, Kini Giat Membantu Individu Yang Ingin Menjana Pendapatan

Restu Suami menjadi titik permulaan

Jadi saya bincang dengan suami, Alhamdulillah suami memberi restu saya buat bisnes Tasneem dengan serius, Mei 2021 saya keluarkan modal RM 500 untuk pegang stock sendiri. Bulan tu saya berjaya buat sales RM 228. Saya seronok bukan sebab saya berjaya buat sale tapi saya rasa seronok bila dapat bantu atasi masalah ibu-ibu dan baby yang ikhtiar Tasneem. Dan paling seronok circle Tasneem sangat supportive, leader-leader sangat membantu dari segi ilmu bisnes dan juga dari segi amalan rohani. Banyak bisnes saya pernah join tiada group bangun tahajut malam-malam,tapi dalam Tasneem ada, seronok sapa bangun awal akan kejut kan yang lain-lain dan ada sesi sharing sementara tunggu Subuh.

Kini saya memegang title Junior Leader dalam Tasneem dan juga merupakan Stokis Tasneem Naturel Bera. Walaupun pada mulanya saya bergerak solo tanpa team, sekarang saya telah mempunyai Team yang diberi nama HANAYRA dengan mengendalikan hampir 70 orang ahli dalam #TeamHanayra. Syukur Alhamdulillah, semua ini berlaku dengan izin Allah dan doa orang-orang sekeliling saya yang sangat positif. Tanpa sokongan mereka dan Rezki dari Allah saya tidak mungkin menjadi seperti sekarang.

Bermula Dari Kosong, Kini Giat Membantu Individu Yang Ingin Menjana Pendapatan

Dilabel Produk Kayangan

Tipulah kalau kata dalam bisnes semuanya indah kan, cabaran itu pasti ada. Cabaran utama dalam Tasneem adalah untuk mengubah mentaliti bila customer merasakan produk Tasneem “Produk Kayangan” . Mereka merasakan terlalu mahal dan tidak mampu milik. Tetapi alhamdulillah bila kita niat ikhlas nak membantu Allah permudahkan jalan. Sabar dalam melayani kerenah customer dan sentiasa bersedia memberikan mereka ilmu yang sepatutnya mereka tahu sebelum membuat pembelian. Dan saya sentiasa menjadikan customer saya sebagai kawan saya untuk mewujudkan keselesaan dalam perbualan.

Cabaran dalam mengendalikan anak team juga tidak kurang hebatnya, cuma saya berpegang pada kata-kata leader saya “ kita buat kerja kita, memberi ilmu dan membantu anak team supaya sama-sama berjaya tapi hati orang Allah yang pegang, sentiasa berdoa dapat anak team yang berkualiti dan jauhkan orang-orang negative dalam team” Alhamdulillah saya lebih semangat membantu anak team yang masih bersama saya.

Informasi Yang Berguna Dari Keluarga Tasneem

Seronoknya lagi dalam Tasneem banyak sangat input yang saya dapat. Founder, HQ dan Leader-Leader sentiasa menganjurkan kelas ilmu. Walaupun saya join zaman virus covid dan tidak berkesempatan join kelas offline tetapi Founder Puan Haridah Sahri selalu mengadakan zoom meeting untuk memberi ilmu direct kepada kepada anak-anak team. Kelas-kelas online ini menjadikan hubungan anak-anak team dengan Founder dan Master-master leader akrab dan boleh menuntut ilmu tanpa sempadan. Terlalu banyak kelas yang boleh diikuti untuk menambah ilmu, terpulang atas diri sendiri sama ada nak atau tidak jer.

 Kini Giat Membantu Individu Yang Ingin Menjana Pendapatan

Dan, saya mula mengenal pasti “why factor” dalam diri saya. Saya belajar mengenai kepimpinan, networking, khidmat pelanggan dan paling penting saya belajar mengenai bisnes bersistem. Memang saya bermula dari kosong. Sistem dalam Tasneem sangat mantap.

Kenangan Manis Bersama Tasneem

Manisnya kenangan dalam Tasneem, Saya peroleh bermacam reward sama ada dari Leader mahupun Founder dan HQ Tasneem Naturel. Saya pernah mendapat reward kenaikkan rank dari Leader iaitu sebuah wallet berjenama “Coach” . Leader juga pernah membuat lucky draw untuk anak team dan saya bertuah mendapat sebuah beg make up dan terbaru saya mendapat tudung bawal anti kedut dan gelang tangan. Alhamdulillah memang seronok bersama Tasneem. Dalam Tasneem saya belajar erti menerima dan memberi.

Syukur sekali lagi saya terpilih dalam 60 orang memasuki 60 Champion Challenges (60CC) menerima reward Gold Coin Habib jewels dan juga coaching direct dari Founder dan Master-Master Leader selama 60 Hari. Alhamdulillah lebih banyak input dan aura positif yang saya terima dalam program ini. Dalam program ini saya menerima reward wang tunai kerana mendapat tempat dalam aktiviti story telling. Bukan reward itu keutamaan tapi saya dapat input dari founder teknik penulisan yang betul untuk story telling. Serius sangat seronok bersama circle Tasneem naturel. Walaupun baru setahun saya bersama Tasneem terlalu banyak perkara-perkara indah yang saya lalui.

Bermula dari kosong

Saya sangat berbesar hati untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin bermula dari kosong dan menjana pendapatan dengan bisnes online terutama wanita. Tidak pandai tidak mengapa asalkan rajin usaha untuk ubah kehidupan menjadi lebih selesa dan betul-betul mempunyai tekad yang kuat untuk berjaya. Jika ada yang berminat join #TeamHanayra boleh hubungi saya di talian 010-7765492 (aznie).

#NextExecLeaderTasneem

#StokisTasneemNaturelBera

#TeamHanayra

#Aznisalwani

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.