Bayi Meragam Waktu Malam : Punca Dan Solusi

Bayi Meragam Waktu Malam

 

Bayi yang meragam pada waktu malam bukan lagi satu perkara yang asing bagi ibu bapa. Tetapi, mungkin kita tertanya tanya apakah punca yang menyebabkan bayi anda kerap meragam pada waktu malam. Selain itu, apakah yang patut kita lakukan sekiranya mereka tidak berhenti dari meragam? Bagaimana cara untuk menenangkan mereka?  Jom ketahui punca dan solusi untuk masalah tersebut.

Terlalu Lama Tidur Pada Waktu Siang

Sekiranya bayi anda tidur pada waktu siang melebihi masa yang diperlukan, bayi tersebut akan menjadi aktif dan bertenaga apabila sampai waktu malam. Tetapi waktu malam pula adalah waktu dimana ibu bapa yang telah seharian bekerja perlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu, apabila bayi yang bertenaga tersebut tidak diberikan perhatian secukupnya oleh ibu bapa yang keletihan, mereka mungkin akan menangis dan meragam. Bayi tersebut memberikan signal kepada penjaga atau ibu bapa bahawa mereka masih lagi segar dan mahu bermain bersama ibu bapa mereka.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan tidak aktif, malapkan lampu atau gelapkan lampu bilik tidur bayi anda. Cahaya yang suram ataupun keadaan bilik tidur yang gelap akan membuatkan bayi anda berubah kepada mod tidak aktif dan lebih mudah untuk menenangkan mereka.

Meragam Pada Waktu Malam Kerana Lapar

Bayi berumur setahun dan kebawah kerap lapar dan perlu disusukan. Mereka menyusu dengan Kadar sedikit tetapi dengan kekerapan yang tinggi disebabkan perut mereka yang kecil. Susu perlu diberikan pada kadar setiap 4 – 6 jam sekali. Bayi berkomunikasi dengan ibu bapa mereka melalui tangisan. Apabila si bayi menangis, kemungkinan besar adalah bayi anda hanyalah lapar dan meminta untuk disusukan.

Langkah yang perlu diambil adalah pastikan bayi anda telah mendapatkan susu yang secukupnya. Dakap si kecil anda dan susukan mereka setiap 4-6 jam untuk memastikan si kecil kekal kenyang.

Lampin Yang Telah Penuh Ataupun Kotor

Bayi juga mempunyai perasaan dan rasa ketidakselesaan. Jadi untuk memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka berada dalam keadaan yang tidak selesa, bayi akan menangis dan meragam. Apabila lampin mereka tidak ditukar dengan kadar segera, lampin yang basah dan kotor tersebut akan menyebabkan ketagalan pada bayi.

Tukar lampin kotor mereka dengan yang baru dan dengan itu, bayi anda mungkin akan berhenti meragam kerana sudah kembali dalam keadaan selesa.

Sekiranya langkah langkah di atas telahpun dilakukan dan bayi anda masih tidak berhenti menangis dan meragam, adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat pakar. Kemungkinan bayi anda menghadapi masalah lain dapat dikenalpasti dengan adanya rujukan dari pakar ataupun doktor.

 

Leave a Reply