Covid-19 merupakan virus merbahaya yang telah meragut banyak nyawa dalam beberapa tahun ini. Demi keselamatan keluaraga yang tersayang, setiap orang perlulah mengenalpasti langkah untuk mencegah jangkitan virus covid-19. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu dititkberatkan oleh semua orang :
Sentiasa Amalkan Kebersihan
Sentiasa cuci tangan, beserta dengan pembersihan dan pembasmian kuman yang kerap di kawasan yang kerap disentuh, boleh membantu anda melindungi keluarga daripada penyakit berjangkit termasuk novel coronavirus, RSV, influenza mahupun selsema biasa. Sekiranya anda tidak kerap mencuci tangan, kemungkinan bacteria ataupun virus untuk melekat pada tangan anda adalah sangat tinggi. Virus dan bacteria juga boleh melekat di pakaian anda tanpa anda sedari kerana saiznya yang amat kecil dan tidak boleh dilihat dengan menggunakan mata kasar.
Duduk Rumah Jika Tidak Sihat
Menghentikan penyebaran bermula dengan mengurangkan pendedahan kepada orang di sekeliling anda dan dalam komuniti anda. Jika mempunyai sebarang simptom, pastikan duduk di rumah sehingga anda benar-benar telah sihat. Virus boleh disebarkan melalui pelbagai cara iaitu melalui udara, sentuhan dan pelbagai lagi. Jadi pastikan anda tidak lagi mengalami sebarang simptom ataupun gejala sekiranya anda mahu keluar dari rumah. Gunakan kit ujian kendiri untuk memastikan anda benar benar bebas dari covid-19.
Pastikan Keluarga Anda Diberi Vaksin Untuk Mencegah Jangkitan Covid-19
Pemberian vaksin kepada semua yang layak adalah saranan utama daripada pakar kesihatan awam untuk mencegah penularan Covid-19. Vaksin pada masa ini dibenarkan untuk digunakan pada kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. Vaksin selesema tersedia untuk kanak-kanak berumur 6 bulan dan ke atas. Untuk para dewasa pula, pastikan anda telah mendapat sekurang kurangnya dua dos untuk meingkatkan lagi keberkesanan vaksin tersebut.
Sekiranya anda mahukan persekitaran yang selamat serta bebas dari covid-19, dinasihatkan agar anda mematuhi segala langkah yang telah dinyatakan untuk mencegah jangkitan covid-19. Jika langkah ini tidak dipatuhi dan diendahkan, kebarangkalian virus covid-19 untuk tersebar akan menjadi lebih tinggi. Sekaligus membahayakan nyawa anda, keluarga serta orang orang yang tersayang.