Bintik Merah Pada Bayi Muncul : Apakah Sebabnya?

ruam pada bayi

Bintik merah pada bayi merupakan satu perkara yang biasa didengari oleh kalangan ibu bapa. Sesetengah ibu bapa menganggap perkara ini sebagai perkara biasa. Setengah lagi mengambil serius dengan perkara ini kerana takut berlaku sesuatu yang lebih teruk kepada bayi. Tetapi, apakah sebab ataupun punca yang menyebabkan bintik merah ini timbul pada permukaan kulit mereka? Mari kita lihat apakah sebab sebabnya :

Sebab Bintik Merah Muncul Pada Bayi

Impetigo

bintik merah pada bayi

Impetigo merupakan ruam ataupun lepuh yang pecah dan boleh menyebakan tinggalnya kesan ataupun kerak yang tebal. Kondisi ini mampu meninggalkan luka atau kesan melecet kemerah merahan pada permukaan kulit bayi. Penyakit ini dipindahkan dengan cara kontak ataupun sentuhan melalui barangan.

Jika tidak dirawat atau diubati, Impetigo ini mamnpu hilang dan sembuh dengan sendiri dalam tempoh 2 hingga ke 3 minggu. Tetapi, jika ibu bapa mahukan anak anda pulih dengan lebih cepat, dinasihati agar sapukan ubat ubatan yang telah disarankan oleh doktor ataupun ahli farmasi.

Kurap

bintik merah pada bayi

Kurap merupakan sejenis penyakit kulit yang akan menyebabkan kegatalan. Selalunya, kurap ini akan muncul dalam betuk cincin dan akan mengakibatkan kulit tampak merah, meradang dan terasa gatal sehingga boleh menyebabkan bayi menangis kerana rasa rasa ketidakselesaan.

Kurap bukanlah suatu perkara yang terlalu serius dan boleh diubati dengan menggunakan krim anti kurap. Biasanya ruam akan muncul pada bahagian bahagian kepala, kaki ataupun peha bayi. Kurap juga dapat dipindahkan melalui kontak secara langsung dari kulit ke kulit. Sekiranya anda tidak mahu bayi anda dijangkiti kurap, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Slapped Cheek Syndrom

Slapped Cheek Syndrome terjadi akibat penyebaran virus dan mampu menyerang anak anak di segala usia bahkan orang dewasa juga.Ciri-ciri apabila munculnya slapped cheek syndrome adalah pipi bayi ataupun anak anda nampak seolah olah telah ditampar. Kemerah merahan juga akan muncul di satu ataupun kedua bahagian pipi dan mampu tersebar ke bahagian badan, kaki, tangan ataupun seluruh badan.  Virus ini tersebar melalui pelbagai cara seperti batuk, selsema, air liur dan pelbagai lagi.

Slapped Cheek Syndrome secara amnya bukan sesuatu perkara yang perlu dibimbangkan tetapi mungkin akan menjadi sedikit menjengkelkan bagi sesetengah orang.

Leave a Reply