Tips Penggunaan Ubat Selsema Untuk Kanak Kanak

tips pengunaan ubat selsema

Tips penggunaan ubat selsema untuk kanak kanak adalah satu perkara yang perlu semua ibu bapa ketahui. Mengapa? Kerana ubat selsema mempunyai pelbagai jenis. Ada ubat selsema yang dikhaskan untuk orang dewasa. Ada juga yang dihasilkan untuk kanak kanak. Setiap ubat selsema juga berbeza dari segi kemujaraban, dose dan juga bentuk. Ketahui cara atau tips penggunaan ubat selsema untuk kanak kanak dengan lebih lanjut.

Dapatkan Nasihat Dari Doktor Atau Pakar Terlebih Dahulu

Sekiranya anak anda mengalami gejala selsema, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah segera bawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor. Sebelum anda memberi apa apa ubatan untuk menyembuhkan gejala selsema tersbut, pastikan nasihat ataupun cadangan telahpun diberikan oleh doktor terlebih dahulu. Ini akan memastikan bahawa anda tau ataupun peka dengan ubatan apa yang sepatutnya anda berikan kepada anak anda.

tips penggunaan ubat

Jangan Berikan Ubat Orang Dewasa Kepada Kanak-Kanak

Ubat yang dihasilkan untuk orang dewasa adalah berlainan sema sekali dengan kanak kanak. Jangan sesekali memberikan ubatan orang dewasa .Jika perkara terjadi, mungkin akan menyebabkan kejadian yang tidak diingini seperti terlebih dos kerana sistem tubuh badan kanak kanak tidak mampu mengambil ubat dengan jumlah dos yang tinggi. Ianya juga boleh membawa maut kepada kanak kanak tersebut.

Periksa Label Ubat Terlebih Dahulu

Pastikan anda periksa label ubat yang ingin diberikan kepada anak anda terlebih dahulu. Ketahui bahan aktif apakah yang terdapat dalam ubat tersebut dengan cara membaca label yang datang bersama ubatan. Ini akan membantu anda untuk mengetahui simptom atau gejala apa yang boleh dikawal dengan mengambil ubat itu kerana produk ubat selsema selalunya memgandungi lebih dari satu bahan aktif yang bertujuan untuk melegakan simptom simptom yang berlainan.

Ikuti Arahan Penggunaan Ubat

Pastikan anda membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat yang didatangkan bersama ubat tersebut. Maklumat ini akan memberitahu anda tentang cara yang sepatutnya digunakan untuk mengambil ubat itu. Sekiranya anda melanggar arahan yang telah ditetapkan ataupun dengan cara seperti mengambil dos yang berlebihan, hal ini akan membawa kepada kesihatan yang amat serius seperti sawan, masalah pernafasan dan bbermacam lagi masalah kesihatan.

Leave a Reply