Rawati Cirit Birit Bayi Dengan Langkah Mudah Ini

tangani cirit birit

Cirit birit adalah sesuatu masalah yang semua orang cuba untuk elakkan termasuklah bayi. Walau bagaimanapun, cirit birit berlaku pada semua orang sekali sekala dan bayi juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah tersebut. Jadi apakah langkah mudah yang boleh ibu bapa gunakan untuk rawati cirit birit bayi? Mari kita lihat langkah langkah tersebut dibawah.

Langkah Mudah Rawati Cirit Birit Bayi

Teruskan Memberi Susu Kepada Bayi

Perkara yang paling penting dalam merawati masalah cirit birit bayi adalah dengan terus menyusu bayi anda. Susukan bayi anda atau berikan susu formula dengan kerap untuk memastikan kandungan air dalam badan bayi sentiasa diganti.

Anda sepatutnya tidak boleh berhenti menyusukan bayi untuk memberi kelegaan pada perut bayi. Seorang bayi boleh mengalami dihidrasi pada kadar yang cepat sekiranya tidak disusukan. Lebih lebih lagi sekiranya si kecil anda kehilangan kandungan air dari badan melalui masalah cirit birit.

Jaga Kulit Bayi Anda

Antara langkah yang diperlukan untuk rawati cirit bayi adalah dengan menjaga kulit bayi anda. Lampin yang kotor atau basah boleh menyebabkan radang muncul pada kulit mereka dan mengakibatkan kegatalan serta ruam. Jadi, pastikan anda sentiasa menukar lampin bayi anda dengan kadar yang segera. Cuba untuk kekalkan kebersihan dan pastikan bahagian lampin bayi sentiasa kering.

Penggunaan minyak ataupun ubat setiap kali lampin ditukar boleh melegakan dan menambah lapisan untuk melindungi kulit bayi. Pastikan anda basuh tangan setiap kali proses penukaran lampin untuk mengelakkan kuman dari tersebar.

Sentiasa Amalkan Kebersihan

Bergantung kepada sebab mengapa bayi menghadapi cirit birit, ianya mungkin boleh dijangkiti oleh ahli keluarga yang lain. Jadi amatlah digalakkan agar setiap orang menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Sentiasa basuh tangan anda selepas menukar lampin bayi ataupun selepas anda menggunakan tandas.

Bacteria yang disebarkan akan menjadi punca berlakunya cirit birit. Oleh itu, sentiasa ingatkan ahli keluarga anda yang lain untuk menjaga kebersihan diri.

Sentiasa amalkan langkah langkah yang telah dinyatakan diatas untuk merawat masalah cirit birit yang dihadapi bayi anda. Perlu juga diingatkan bahawa anda perlu sentiasa mengawasi bayi yang sedang mengalami masalah cirit birit. Sekiranya masalah tersebut berlarutan pada jangka masa yang agak panjang, segera bawa bayi anda untuk berjumpa dengan doktor.

 

 

 

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com