Warna Hingus Bayi Dan Maksud Disebaliknya

warna hingus bayi

Secara umumnya, ada lima jenis warna hingus yang boleh kita kenal pasti iaitu hingus bewarna putih atau cerah lutsinar, kuning, hijau, merah / coklat dan kelabu. Tidak dinafikan setiap ibu bapa pasti akan merasa risau sekiranya si kecil mereka dijangkiti dengan selsema dan mula mengeluarkan hingus. Lagi lagi apabila hingus mereka bukan berwarna jernih ataupun putih. Apakah maksud disebalik warna hingus bayi yang berlainan ini? 

Kenali 5 Warna Hingus Bayi dan Apakah Petanda Di sebaliknya

Jernih atau Putih

Sekiranya hingus anak anda jernih atau putih, ianya bermakna bayi anda tidak mengalami sebarang masalah. Pastikan anak anda minum air secukupnya dan kalau boleh berikan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah limau atau oren.

Kuning

Sekiranya hingus sudah bertukar menjadi warna kuning, anda perlu lebih berhati-hati. Pastikan ada ubat demam standby di rumah ataupun di rumah pengasuh. Berikan penekanan pada keadaan langkah mengekalkan hidrasi anak. Jika keadaan berlanjutan selama 2 minggu atau lebih, biarpun tiada demam, bawalah anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Hijau

warna hingus

Jika warna hingus anak bewarna hijau pula, jangan risau sekiranya ia hanya pada awal pagi atau sekejap-sekejap. Walau bagaimanapun, ibu perlu risau jika ia berterusan sepanjang hari, atau jadi likat (pekat) di dalam hidung sehingga mengganggu anak bernafas.

Merah / Coklat

Sekiranya hingus anak berwarna merah atau coklat, besar kemungkinan kulit di bahagian dalam hidung anak anda terlalu kering sehingga menyebabkan luka dan berdarah. Darah jika sedikit masih ok. Tetapi, perlu ambil tindakan cepat sekiranya darah mengalir berterusan/ banyak ataupun sedikit tapi berulang sehingga beberapa hari.

Hitam / Kelabu

“Anak saya hingus dia warna kelabu lah doktor… macam mana ni?” 

Haa.. yang ini tandanya anak anda berada di kawasan yang udaranya tercemar, penuh dengan partikel udara yang tak sepatutnya seperti asap rokok, habuk-habuk atau debu-debu kotor. Cepat-cepat bersihkan rumah ye! Dan kalau ada orang sekeliling yang merokok, mohon mereka sekurang-kurangnya jangan merokok di dalam rumah, berdekatan bayi atau jangan pegang anak terus selepas merokok. Asap rokok boleh melekat pada baju dan asap second hand ni sama teruknya seperti menghembus asap rokok di depan anak-anak!

Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya bayi berusia bawah 3 bulan demam atau batuk selsema!

Walau bagaimana sekalipun, jika selsema turut disertai dengan demam, anak kurang cergas atau tidak mahu makan atau minum, biarpun hingusnya putih, anda perlu segera ke hospital ya! Khususnya jika anak anda masih kecil (umur 3 bulan ke bawah). Bayi yang masih kecil ni, biarpun selsema sikit saja, boleh mengganggu pernafasannya kerana bayi ni obligatory nasal breather! Bermaksud bayi hanya

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com