Sindrom William; Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Sindrom Ini?

Gambar sekadar hiasan, ihsan daripada Google.

Sindrom William merupakan satu penyakit saraf yang mengganggu tumbesaran anggota badan. Ada yang menghidapi pada tahap paling rendah dan ada hingga ke tahap serius. Ini dapat dilihat melalui kemahiran pembelajaran, personaliti yang unik, raut wajah muka yang berlainan dan juga masalah jantung dan saluran darah pada setiap penghidap Sindrom William.

Bagi sesiapa yang menghidapi Sindrom William, mereka selalunya mempunyai masalah dengan perkara yang melibatkan kemahiran melihat dan perkara yang berkaitan dengan ruang seperti melukis ataupun mencantum gambar. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai kelebihan dalam melalukakn perkara yang melibatkan kemahiran bercakap, muzik dan juga kemahiran mengingat.
Kebanyakan individu yang mempunyai Sindrom William ini adalah orang yang ceria, suka melibatkan diri dengan orang ramai dan mudah obses dengan seseorang. Selain itu, mereka juga mudah juga mengalami ‘Attention Deficit Disorder’ (ADD), kebimbangan melampau, dan mudah fobia.  

Punca Sindrom William

Sindrom William adalah masalah genetik. Sebahagian daripada genetic di kromosom telah terpadam. Penyelidik menemui bahawa genetic yang terpadam itu merupakan genetic yang berkaitan dengan tisu dan jantung. Disebabkan perkara ini, kebanyakan penghidap Sindrom William mempunyai masalah jantung dan juga pembentukan tisu yang tidak normal. Bukan itu sahaja, geneitk yang dipadam juga mempengaruhi kemahiran melihat, perkara melibatkan ruang, dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri penghidap Sindrom William

  1. Raut wajah – Antara ciri-ciri muka yang dapat dilihat adalah hidung tinggi yang kecil, lekukan yang panjang di atas bibir, mulut lebar, bibir penuh, dagu kecil dan mata kelihatang bengkak dan kecil.
  2. Masalah jantung dan saluran darah
  3. Hypercalcemia (kandungan kalsium yang tinggi dalam darah)
  4. Berat semasa lahir yang agak ringan, ataupun kadar kenaikan berat badan yang lambat.
  5. Mempunyai masalah untuk makan, selalunya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Masalah ini walau bagaimanapun akan berkurangan semakin mereka mendewasa.
  6. Masalah kembung perut yang lama semasa bayi. Ia boleh terjadi sehingga bayi berusia 10 bulan.
  7. Pembentukan gigi yang tidak normal
  8. Masalah buah pinggang
  9. Angin pasang
  10. Sistem pendengaran yang sensitive
  11. Terlampau peramah
  12. Masalah pembelajaran, sukar memberikan perhatian & kemahiran hidup yang sedikit lambat (merangkak, berjalan, dlll)

Buat ibubapa yang mempunyai anak yang menghidapi Sindrom William, jangan mudah berputus asa dalam membesarkan mereka. Jangan sesekali rasa terasing dengan masyarakat sekeliling kerana anak anda dan terutamanya, anda, memerlukan sokongan orang ramai. Malaysia kini sudah mempunyai Child Development Centre yang bertepat du Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Di situ, terdapat ramai pakar untuk kanak-kanak istimewa. Berjumplah dengan ibubapa lain yang mempunyai dugaan yang sama seperti anda, anda pasti akan peroleh kekuatan dari mereka. ��VsE�

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart