Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Jangkitan Kuman Dalam Darah (SEPSIS)

Sepsis merupakan satu keadaan di mana jangkitan kuman sudah merebak ke dalam darah. Ia terjadi apabila sistem pertahanan badan sudah melawan habis-habisan untuk berlawan dengan jangkitan kuman. Ia juga sama seperti septicemia. Cuma septicemia tidak sekritikal sepsis.

Sepsis boleh menyebabkan keradangan dalam badan. Apabila keradangan terjadi, ia akan menyebabkan darah mula membeku. Apabila darah membeku, ia menyukarkan perjalanan darah ke seluruh badan, terutamanya ke organ. Apabila keadaan ini berterusan, badan akan menerima kurang oksigen dan juga nutrient. Dan akhirnya, organ akan mula gagal berfungsi.

Dalam kes-kes yang serius, sepsis boleh menyebabkan kematian apabila tekanan darah jatuh. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘septic shock’. Ia mengakibatkan kegagalan organ seperti paru-paru, buah pinggang dan hati..

Punca & Risiko Terkena Sepsis

Punca utama sepsis adalah jangkitan bakteria. Walau bagaimanapun, sepsis juga boleh berpunca daripada jangkitan lain seperti virus. Sepsis boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian badan apabila virus mahupun bakteria sudah mula memasuki darah.
Tahukah anda, ia boleh terjadi disebabkan perkara kecil sahaja, sebagai contoh lutut yang terluka, ataupun luka kecil di jari anda. Anda mempunyai risiko untuk terdedah kepada sepsis sekiranya anda menghidapi pneumonia, apendiks, atau jangkitan kuman di pundi kencing.

Bukan itu sahaja, sekiranya tulang anda terkena jangkitan, yang selalunya dipanggil sebagai ‘osteomyelitis’, ia juga menyebabkan sepsis.

Bukan untuk menakutkan anda, namun anda terdedah kepada sepsis sekiranya anda duduk di dalam wad. Ia boleh merebak melalui ‘IV line’, potongan semasa pembedahan, kateter yang digunakan untuk kencing dan juga katil pesakit.

Sesiapa sahaja boleh terkena sepsis, namun berikut adalah golongan yang lebih berisiko untuk terkena sepsis;

  • Pesakit yang mempunyai masalah sistem ketahanan badan seperti pesakit AIDS atau AIDS.
  • Orang yang menggunakan dadah untuk mengacau sistem ketahanan badan seperti steroids dan lain-lain lagi.
  • Golongan yang mempunyai sistem ketahan badan yang tidak kuat seperti bayi ataupun orang tua.
  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit yang baru sahaja keluar hospital ataupun yang baru sahaja melalui pembedahan.

Simptom-simptom Sepsis

Untuk pengetahuan anda, sepsis boleh bermula di mana-mana sahaja pada bahagian badan. Disebabkan perkara ini, sakit ini mempunyai pelbagai simptom untuk dikesan. Namun antara simptom-simptom pertama sepsis adalah pernafasan menjadi laju seperti biasa dan sering rasa keliru atau tidak dapat berfikir dengan betul. Simptom-simptom yang lain adalah;

  • Rasa sejuk dan demam
  • Suhu badan yang rendah
  • Kurang kencing
  • Pening dan muntah-muntah
  • Bintik-bintik merah di kulit yang jelas
Gambar ihsan Google
Gambar ihsan Google

Rawatan Untuk Sepsis

Sekiranya anda disuspek menghidapi sepsis, doktor akan menjalankan beberapa pemeriksaan secara menyeluruh bagi mengesahkan keadaan anda. Antaranya adalah ujian darah, XRay, CT scan ataupun ultrasound.

Sekiranya anda benar-benar menghidapi sepsis, kemungkinan besar doktor akan memasukkan anda ke wad ICU untuk pemantauan lebih terperinci. Rawatan akan bermula,  doktor akan cuba hentikan jangkitan daripada merebak, memastikan organ-oragan penting berfungis, mengawal selia tekanan darah, dan pelbagai lagi rawatan yang berkaitan.

Sekiranya keadaan sudah semakin serius, anda mungkin memerlukan bantuan mesin pernafasan, ataupun dialisis buah pinggang. Kadangkala, pembedahan juga diperlukan untuk membersihkan jangkitan kuman.

Sebagai langkah pencegahan, sentiasa lah cuba menggunakan alternatif yang ada untuk mencegah jangkitan kuman seperti sentiasa mencuci tangan dengan sabun, ataupun memakai hand sanitizer. Untuk makluman anda, hand sanitizer Tasneem Naturel diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang terbukti berkesan untuk mencegah jangkitan kuman.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart