Bagaimana anda ingin melatih anak anda untuk tidur sendiri dan lena sepanjang malam?
Anak anda tetap akan sampai ke tahap ini sendiri satu hari nanti, atau dia mungkin memerlukan sedikit pertolongan dari anda untuk membantunya tidur sendiri. Setiap manusia mempunyai kitaran tidur di mana boleh terjaga tengah malam dengan segar secara tiba-tiba, dan amat penting untuk kita mengajar anak-anak kita bagaimana untuk tidur semula dengan lena.
1. Kejutkan bayi anda sedikit apabila mahu meletakkan dia dalam katil bayi semasa hendak tidur.
Hampir semua bayi akan terjaga sebaik sahaja anda letak mereka ke bawah. Ada sebabnya. Mereka sebenarnya sangat mengantuk tetapi mereka perlu rasa selamat untuk tidur. Bayi akan panik apabila mereka berasa tidak selamat untuk tidur dan akan terus menangis sehingga mereka rasa yakin dan selamat untuk tidur semula. Walaupun tiada kajian terperinci berapa lama bayi akan melalui fasa ini, namun ianya tidak elok untuk membiarkan bayi terus menerus merasa panik dan menangis jika ibu bapa tidak datang semula untuk memujuknya.
Jadi, turuti kemahuan bayi anda, pujuk dia sehingga dia tertidur. Tetapi apabila dia sudah tidur dan ketika anda sedang letakkan dia ke dalam katilnya, gerakkan dia sedikit. Gerakkan sedikit sahaja sehingga dia separa sedar. Kami tahu, anda sudah berpenat lelah tidurkan bayi anda dan anda sangat hebat jika anda mampu lakukan perkara ini. Namun, penting untuk anda masukkan rutin ini sebagai proses untuk mereka tidur.
Anda sebenarnya sedang mengajar mereka sesuatu yang hebat – apabila anak anda separa sedar semasa mereka dalam katil mereka, itu adalah tempat yang selamat untuk mereka tidur. Semestinya anak anda tidak akan sekelip mata berasa selamat dalam katil mereka namun, mereka akan fahami konsep bahawa tidak tidur dengan ibu bapa juga adalah selamat. Teruskan melatih ya.
2. Cuba melatih mereka untuk tidak menggunakan kaedah menghisap jari, minum susu untuk tidur semula.
Sekiranya anak anda hanya akan tidur semula setelah anda menyusukan mereka, jadi dia akan sentiasa mencari susu untuk tidur semula. Jadi, langkah seterusnya adalah untuk menghapuskan rutin ini.
Kebiasaannya, bayi juga suka apabila dibuai apabila tersedar tengah malam. Ya, ini juga merupakan salah satu rutin tidur semula namun ianya tidak sesukar untuk memisahkan rutin menghisap susu untuk tidur semula.
Daripada menghisap susu, cuba ubah kepada dodoikan mereka untuk tidur semula. Ya, memang mereka masih akan bergantung kepada anda namun kita akan secara perlahan ubah rutin mereka semua.
PERHATIAN: Ini tidak bermakna anda boleh laparkan bayi anda. Proses ini tidak boleh dilakukan sekiranya anak anda masih kecil yang perlu disusukan secara kerap.
3. Bantu si kecil anda tidur tanpa perlu sebarang hayunan/dodoi.
Setelah anak anda sudah biasa tidur hanya dengan hayunan tangan/badan anda, fasa seterusnya adalah tidurkan mereka tanpa sebarang hayunan. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah hayunkan mereka seperti biasa dan berhenti mengayun setelah mereka hampir lena. Sekiranya dia menangis, dodoikan mereka semula. Ia mungkin memerlukan latihan sebanyak 50 kali, tetapi jangan risau. Anda boleh melakukannya!
Lakukan proses ini selama seminggu agar dia terbiasa dengan rutin baru ini, iaitutidak perlu didodoikan untuk tidur lena.
4. Bantu anak anda tidur di katil sendiri.
Langkah seterusnya adalah tunggu sehingga anak anda hampir terlena, seterusnya anda bangun secara perlahan dan berdiri sehingga dia lena semula dan letakkan atas katil mereka. Sekiranya mereka menangis, dodoikan mereka sehingga mereka tertidur dan ulang semula proses yang sama. Dan seperti biasa, lakukan rutin ini selama seminggu atau lebih agar mereka terbiasa.
5. Tepuk berbanding mengangkat menuju ke katil.
Setelah anda melepasi fasa nombor 4, sudah masanya untuk anda terus ke fasa ke 5 ini, fasa ini adalah di mana anda hanya perlu tepuk-tepuk sahaja semasa anak anda tidur atas katil mereka sendiri. Sekiranya anda sudah nampak tanda-tanda anak anda sudah mengantuk, segera bawa mereka ke katil mereka dan tepuk-tepuk badan mereka secara lembut sehingga merea tertidur. Jangan terkejut sekiranya hanya dengan memegang tangan anda sahaja, anak anda sudah boleh tidur sendiri. Terus lakukan rutin baru ini sehingga boleh diterima oleh anak anda. Dan yang terakhir, anda boleh gantikan tangan anda dengan mainan kegemaran anak anda untuk dipegang oleh mereka.
6. Sapukan balm Sleep Time & semburkan Sleepy Pillow Mist dari Tasneem Naturel sebelum tidur
Tips ekstra! Sapukan balm Sleep Time di anggota badan anak anda dan semburkan Sleepy Pillow Mist di bantal & cadar katil anak anda. Kedua-dua produk dari Tasneem Naturel ini diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tiada kandungan berbahaya untuk anak anda.
Wah, nampak mudah kan! Ya, memang mudah tetapi anda perlu komited dan tidak mudah menyerah kalah dengan tangisan anak anda. Kalau persisten, anda pasti berjaya!
6 comments
Anak saya pun guna sleepy pillow mist.. Memang berkesan..
Saya agent tasneem johor
0105411623
Memang berkesan. Alhamdulillah. Sebelum tidurkan anak saya spray dahulu Sleepy Pillow Mist kemudian sapukan pula Sleep Time Balm.
Mudah lena & tidak terjaga-jaga. Just bergerak sikit sebab nak minum susu sahaja. Terbaik Tasneem Naturel !
#codareaJB
Sleep balm dan Sleepy Pillow Mist berkesan bila anak saya menahan mata untuk tidur tapi tetap juga nak bermain. Kena bawa masuk bilik, cakap baik-baik, gelapkan tempat tidur. Sebelum tu dah spray SPM. Memang berkesan. Hehe
Anak saya pun guna kedua-dua balm ietika memerlukan. Contoh kalau anak Susan nak tidur malam.
Mencari area kulim kedah, bukit meetajam, saya boleh Bantu.
Memang berkesan. Alhamdulillah. Sebelum tidurkan anak saya spray dahulu Sleepy Pillow Mist kemudian sapukan pula Sleep Time Balm. anak Mudah lena & tidak terjaga-jaga. Just bergerak sikit sebab nak minum susu sahaja. Terbaik Tasneem Naturel
saya agent area kulim kedah bole pm saya atau direct ws 01128044173
Hai ??saya nak tanya brapa hrga balm sleep time