7 SALAH FAHAM TERHADAP WANGIAN

Wangian ialah campuran kompleks beberapa bahan mentah yang diadun antara sumber semula jadi dan sintetik dengan kandungan berbeza hingga menghasilkan bau tertentu. Semburan minyak wangi yang sesuai bukan saja mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menarik, tetapi juga boleh menghilangkan tekanan seharian selain membantu menjadikan diri lebih berkeyakinan.

Namun begitu, terdapat beberapa salah faham umum tentang minyak wangi.

1. Semua wangian berasaskan bahan semulajadi

Perfume atau wangian sebenarnya dihasilkan melalui 2 sumber utama iaitu sumber aroma semulajadi dan sumber aroma sintetik yang dihasilkan dari petroleum dan campuran bahan kimia. Majoriti perfume dalam pasaran dihasilkan dari sumber aroma sintetik dan 95% bahan kimia didalam perfume sintetik adalah toksik kepada badan.

2. Wangian hanya berfungsi untuk menutup bau badan

Wangian bukan sekadar berfungsi untuk menutup bau badan tetapi turut bertindak menjadi pengikat memori lampau, selain menjadi peransang otak untuk lebih aktif, mudah mengingati, juga membantu mengawal emosi manusia.

3. Wangian melambangkan status

Perfume hanya berfungsi sebagai gambaran status sosial pada zaman pencerahan di Eropah. Kini, perfume bukan lagi lambang kemegahan kerana perfume atau wangian boleh didapati dengan harga mampu milik. Namun begitu, wangian yang dihasilkan secara semulajadi, harganya memang agak tinggi dan biasanya hanya dimiliki oleh golongan tertentu.

4. Semakin lama wangian disimpan, semakin baik

Wangian yang semakin lama disimpan semakin baik ialah wangian yang bersumberkan aroma semulajadi. Sifat perfume dari sumber aroma semulajadi adalah seperti wine, yang semakin lama diperam, akan melalui proses degradation of organic compound, lalu akan memberi kesan kepada aromanya.

Secara teori, bahan-bahan aromatik yang dicampurkan, akan mulai mereput dan bersatu antara satu sama lain, lalu menghasilkan satu bau baharu, yang ada perubahan berbanding sebelum diperam. Proses ini tidak berlaku dalam perfume dari sumber aroma sintetik, kerana degradation of organic compound itu tidak berlaku.

5. Semua wangian sama

Setiap perfume yang dikeluarkan, mempunyai beberapa perbezaan yang ketara, iaitu kadar kepekatan bahan aromatik, kadar kandungan nisbah air dan alkohol, bahan-bahan aromatik yang digunakan, seni wangian yang digunakan, dan sudah tentu perbezaan teknologi.

Setiap ciri-ciri yang membezakan perfume ini, sudah pasti membawakan perbezaan ketara dari segi bau, ketahanan bau, juga kesan bau wangi kepada tubuh.

6. Semua wangian ada kesan aromaterapi

Tidak semua wangian ada kesan aromaterapi. Kesan aromaterapi bauan hanya boleh didapati daripada aroma yang bersumberkan semulajadi seperti minyak tumbuhan. Kesan seperti membantu ketenangan, membantu fokus, melancarkan pernafasan, mengurangkan sakit kepala, mengurangkan rasa mual dan seumpamanya adalah antara kebaikan terapi tubuh bersumberkan aroma.

7. Wangian tahan lama, wangian terbaik

Wangian terbaik ialah wangian yang membantu pemakai memaksimakan potensi diri melalui brain stimulation, memory stimulation, merangsang tubuh aktif, membantu menyimpan memori dengan lebih lama dan seumpamanya.

Olahan daripada Blackout dan Justica

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart