7 Tips Ibu Menyusu Kekal Bertenaga Sewaktu Berpuasa

Pejam celik, pejam celik kita dah nak puasa kan? Macam tak percaya je. Bulan Ramadan ni memang sangat dinanti-nantikan oleh orang Islam tak kira usia dan jantina. Tapi, macam mana dengan ibu yang sedang hamil atau menyusu bayi ya?

Dalam Islam, wanita yang sedang hamil serta menyusukan bayi diharuskan untuk berbuka sekiranya dikhuatiri dengan berpuasa itu dapat memberikan kemudaratan kepada ibu dan bayi. Tapi, boleh je kalau ibu yang menyusu nak berpuasa, ada caranya untuk kekal sihat dan bertenaga di siang hari.

Jom ikuti tips dan nasihat yang diberi oleh jururawat ini.

Minum air secukupnya

Minum air yang cukup boleh elakkan gejala dehidrasi. Dengan minum air yang cukup, proses penghadaman, pencernaan dan penghasilan susu badan akan berfungsi dengan baik.

Sebaiknya, ibu yang tengah menyusu untuk minum setiap selang masa 1 jam selepas berbuka. Jangan lupa segelas air setiap kali mahu pam susu dan selesai pam susu.

Ambil makanan berkarbohidrat dan protein secukupnya.

Pengambilan makanan tinggi protein seperti ikan atau telur semasa sahur dan berbuka boleh mengelakkan berlakunya keadaan kurang penghasilan susu ketika berpuasa.

Ibu juga digalakkan ambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti oat, bijirin, kekacang, pasta dan lain-lain lagi kerana ia membekalkan tenaga sepanjang hari.

Mengambil makanan tinggi garam atau masin pula boleh menyebabkan anda mudah merasa dahaga dan letih kerana ternyahidrasi.

Berbuka dengan makanan berkhasiat

Ambil buahan kaya vitamin C serta sayuran berserat yang boleh bantu dalam keperluan ibu menyusu.

Lewatkan waktu bersahur. 

Cara ini secara logiknya akan menyebabkan ibu tidak cepat merasa lapar.

Pam secara konsisten dan berjadual.

Fisiologi penghasilan susu adalah apabila anak kerap menyusu. Ia berlaku kerana ransangan yang berlaku sewaktu anak menghisap dan memberi signal pada hormon prolaktin. Rumusnya senang, ada demand ada supply.

Ambil masa untuk mengepam untuk menghasilkan supply mencukupi. Ibu boleh teruskan waktu mengepam pada waktu siang seperti biasa dan menambah sesi mengepam di waktu malam jika perlu. Ada kajian menunjukkan hormon prolaktin dihasilkan lebih banyak pada waktu malam.

Kekal positif

Anda perlu positif bahawa susu anda mencukupi untuk anak anda. Dapatkan kerjasama suami sepanjang bulan Ramadhan untuk ini. Pastikan anda tidak terlalu letih dan stress agar tidak menganggu penghasilan susu.

Tapi, kalau ibu benar-benar tidak larat untuk meneruskan puasa, ibu jangan paksa diri tau. Ibu perlu menilai satu demi satu keadaan samada perlu terus berpuasa atau berbuka demi kebaikan kesihatan ibu dan anak.

Menurut Imam Syafie, rukhsah puasa yakni kelonggaran untuk berbuka puasa kepada ibu menyusu (sama seperti ibu hamil) ada dua sebab:-

  1. Risau tentang keselamatan dirinya
  2. Risau tentang keselamatan anaknya

Tak perlu supplemen tambahan atau booster pun, yang penting makan makanan yang berkhasiat dan jangan tinggal sahur!

Selamat berpuasa!

Leave a Reply