Jahitan Selepas Bersalin Terbuka, Apa Nak Buat Ni?!

Apa itu episiotomi? Episiotomi adalah pemotongan otot di kawasan antara vagina dan perineum. Episiotomi selalunya dijalankan dalam keadaan kecemasan apabila saiz kepala bayi terlalu besar, sesak nafas dan juga bagi mengelakkan daripada tisu pecah.
Kebiasannya, luka episiotomi akan sembuh sendiri dalam masa 10-14 hari selepas bersalin dengan cara penjagaan yang betul. Benang yang digunakan untuk menjahit luka terebut juga tidak perlu dicabut atau ditanggalkan.

Cara Penjagaan Luka Episiotomi

Tidak menyentuh dengan tangan

Menyentuh kawasan luka episiotomi dengan tangan dikhuatiri akan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Bukan itu sahaja, bebenang yang digunakan dalam jahitan juga dikhuatiri akan mudah tercanut atau terlerai apabila kerap disentuh. Sekiranya anda perlu sentuh, pastikan tangan anda betul-betul bersih.

Elakkan penggunaan tisu tandas

Elakkan penggunaan tisu tandas yang dimaksudkan di sini adalah anda tidak langsung mencuci dengan air, tetapi hanya mahu mengelap sahaja menggunakan tisu tandas. Kaedah ini sangat tidak sesuai dan boleh menjejaskan jahitan luka. Sekiranya anda benar-benar terdesak, gunakan sejenis botol plastik yang mempunyai muncung ketika anda ingin membuang. Selalunya boleh disediakan oleh pihak hospital.

Keringkan bahagian luka

Sentiasa pastikan bahagian luka tersebut kering. Untuk mengeringkan kawasan luka tersebut, tekap dengan tisu tandas / tuala kering sedikit demi sedikit. Kerapkan juga menukar pad yang anda pakai bagi mengelakkan pembiakan kuman dan bakteria.

Jangan melakukan hubungan intim

Perkara ini harus difahami oleh suami. Elakkan melakukan hubungan intim SEKURANG-KURANGNYA dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Situasi ini juga bergantung kepada keadaan kesihatan isteri. Sekiranya dengan melakukan hubungan intim boleh memudaratkan kesihatan isteri, elakkan. Ini kerana selain boleh menyebabkan badan isteri penat, risiko jangkitan di bahagian luka jahitan juga boleh berlaku dan dikhuatiri akan membuatkan jahitan mudah terurai.

Duduk di atas tempat yang lembut

Pastikan ibu-ibu sentiasa duduk di atas permukaan yang lembut seperti katil ataupun kusyen. Perkara ini penting kerana apabila ibu-ibu duduk di atas kawasan yang lembut, tekanan pada bahagian jahitan dapat dikurangkan.

Gunakan air suam

Bagi meredakan ketidakselesaan, anda bolehlah membersihkan kawasan vagina anda menggunakan air suam. Anda juga boleh larutkan air suam tersebut dengan sedikit garam untuk tujuan kerbersihan.

Tanda-Tanda Luka Episiotomi Tidak Sembuh Dengan Baik

  1. Keluar cecair busuk dan pendarahan dari vagina
  2. Luka jahitan terasa sakit dan bengkak.
  3. Ibu mengalami kesukaran untuk menahan kentut dan najis keluar tanpa disedari.

Sekiranya luka episiotomi anda masih tidak sembuh, ataupun anda mengalami gejala-gejala yang dinyatakan di atas, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com