Contact us

My Cart
RM0.00
Ejen Tasneem Naturel, Bukan Sekadar Menjana Wang.

Ejen Tasneem Naturel, Bukan Sekadar Menjana Wang.

Akak bermula dengan Tasneem ini sebagai pengguna. Guna balm Sleep Time dan Calm Time untuk budak-budak ni yang payah sangat nak tidur waktu siang. Konon nak tidurkan diorangg siang-siang, tengok-tengok ibu yang tidur dulu, budak-budak tak tidur sampai sudah. Haha.

Bila menjadi kat anak sendiri tu yang buat akak nak share tentang balm ini kepada orang lain. Masa tu tak percaya sangat la. Ada balm jenis begini rupanya. Haha. Akak percaya ramai je ibu-ibu ada masalah anak susah tidur. Why not kita share jalan penyelesaian kat ibu tadi. Boleh menyelamatkan emosi ramai orang. Apa, ingat tak cukup tidur tu tak effect emosi ke? Kan.

Akak jadi seronok jual Tasneem Naturel bila ramai yang cuba dan bagi feedback positif. Ramai yang berterima kasih, ramai yang mendoakan kita. Ramai yang happy kita dapat selesaikan masalah anak-anak diorang. Daripada situ juga ramai yang nak join dropship dan jadi ejen. Membawa misi dan visi Tasneem Naturel untuk bantu lebih ramai ibu-ibu di Malaysia daripada segi urus anak dan urus kewangan.

Tak sangka rezeki akak dalam Tasneem Naturel, sebelum itu memang jual macam-macam benda. Founder kata, jangan jadi 7E, jangan nak buka pasaraya jual macam-macam. Masa tu tak faham walaupun rasa disindir. Hahahah. Now akak paham la. Penat niaga macam-macam tapi hasil tak nampak sebab duit duduk dalam stok sana sikit, sini sikit, situ sikit, sinun sikit. Lepas tu tak boleh nak fokus promote yang mana. Kenapa tak fokus 1 produk dan ambil harga paling murah dia offer. Kan?

Banyak benda yang akak belajar daripada sini. Cara urus tim, cara urus company, cara urus duit dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, bila kita buat sesuatu dengan betul, semua berjalan lancar. Tasneem Naturel mengajar cara berbisnes dengan betul bermula sales masih sedikit. Terima kasih kepada ejen yang setia. Akak tetap fight pada yang setia. Tak salah kepada ejen. Ejen memang datang dan pergi, itu normal. Kita tak boleh paksa diorang untuk stay dengan kita. Akak try bawa Dalova bukan branding utk akak sorg. Dia mewakili semua ahli tim, mekda love.

Akak selalu juga pesan kepada ejen-ejen. Dah dulu dalam ni, buat la betul-betul. Dah alang-alang nak buat bisnes buatlah bersungguh-sungguh. Kalau bisnes ni mudah dan senang, ramai dah orang kaya kat Malaysia. Biar tak comel asal kaya. Haha. Pandang balik impian kita. Apa yang kita mahukan.

Korang. “Hidup kau, dunia kau adalah kau yang punya. Tiada seorang pun yang dapat mengubahnya.”

“Kalau korang baca dalam persektif negatif, korang akan pegang as negative word. Kalo korang baca dalam positive side. Dia akan jadi kata-kata yang sangat positif.”

“Hidup aku, dunia aku adalah aku yang punya. Tiada seorang pun yang berhak mengubahnya.”

Thank you ummi Haridah Sahri dan mami Aminah Binti Hussain yang tak jemu-jemu push… push… push akak.

Kalau akak sentap dengan leader akak, akak tak capai macam sekarang. Gituwwww.

Master Tasneem Naturel Shah Alam
#Dalova

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping