Contact us

My Cart
RM0.00

Pengalaman Puan Aini Anak Selsema Kronik Sehingga Terpaksa Bermalam di Hospital

Ikuti kisah Puan Aini, 42 tahun, menceritakan pengalaman beliau menjaga anak bongsunya,  Nausyad Alfian atau lebih mesra dipanggil Alfi, yang pernah mengalami selsema yang teruk. Beliau mempunyai 5 orang cahaya mata. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Kini menetap di Gombak, Selangor dan bekerja sebagai Optometris di hospital kerajaan.

“Anak bongsu saya mula mengalami selsema sejak lahir. Pada awalnya, selsema yang dialami  tidaklah teruk mana. Bila dia berusia 6 bulan, bermulanya episod di mana dalam tempoh 6 bulan, 4 kali juga anak saya yang ke-5 itu dimasukkan ke dalam wad hospital kerana mengalami selsema yang teruk. Setiap kali masuk ke wad, 3-5 hari juga saya kena bermalam di hospital bagi menjaganya.”

Puan Aini bersama-sama anak bongsunya, Alfi, di dalam wad.

 “Anak-anak saya yang lain biasa juga mengalami selsema. Cuma yang bongsu ini, bila terkena selsema, dalam tempoh 1-2 hari terus melarat batuk-batuk dan nafasnya menjadi sangat laju. Sampai boleh nampak bentuk tulang rusuk anak saya bila dia mahu bernafas dalam keadaan selsema.”

“Semasa pertama kali masuk wad, mula-mula saya fikir nanti-nanti sihat lah anak tu. Selepas lebih kurang 1 bulan keluar dari hospital, terkena lagi selsema. Bila selsema je, mesti batuk dan melarat dengan cepat sampai nafas menjadi laju. Kemudian, masuk lagi ke hospital.”

“Bila kali kedua masuk wad, saya pun mulalah mencuba pelbagai jenis petua. Siap pakai air purifier, essential oil dan diffuser. Waktu ini, saya ada ternampak iklan kawan saya menjual produk Tasneem Naturel. Bila tengok harga, ish mahal pula rasanya RM49 untuk 1 balm.”

“Saya cuba pula guna bawang merah lah, pergi ke pusat rawatan selsema menggunakan ultrasound dan beli minyak itu ini untuk disapu ke badannya. Tak menjadi juga untuk mengurangkan selsema anak saya. Memang berharap sekurang-kurangnya kalau selsema pun tidaklah sampai sesak nafas. Kami di rumah sampai buang permaidani kerana anak disyaki menghidap penyakit asma. Bahkan doktor ada juga bekalkan pump berwarna biru dan coklat. ”

“Paling tragis bila anak masuk wad buat kali ketiga. Waktu itu, kena duduk dalam PHDU (Paediatric High Dependency Unit). Dia macam ICU tapi untuk kanak-kanak. Doktor pakaikan oksigen 24 jam untuk anak, tak boleh buka. Saya sedih sangat waktu itu bila tengok anak melepek, tidak aktif, hilang selera makan. Itu sebab tak boleh masuk wad biasa. Bagi susu pun guna tiub.”


Alfi ketika dimasukkan ke PHDU (Paediatric High Dependency Unit).

“Boleh dikatakan setiap kali anak kena masuk wad, mengalir juga air mata saya. Luluh hati saya bila setiap kali melihat doktor mengambil darahnya dan tangannya kena cucuk untuk dimasukkan antibiotik. Kadang tu fisioterapis datang mahu menyedut kahak melalui mulut dan hidung menggunakan tiub. Kemudian pam untuk mengeluarkan kahak tersebut. Memang melalak sakan lah. Kita sebagai ibu mestilah rasa sayu tengok anak meronta-ronta tak selesa sebab tiub itu masuk sampai ke paru-parunya. Nak tak nak, kita kena kental supaya selsema anak tidak membawa mudarat yang lebih parah.” 

“Bila anak tidak sihat, mestilah kena ambil cuti. Kerja pun tertangguh. Dilema antara memikul tanggungjawab menjaga anak yang sakit dan komitmen kerja di pejabat. Sepanjang anak masuk ke wad, saya akui tertekan sangat sebab kena tidur di wad bagi menjaga anak. Dengan kena melayan anak meragam dan banyak merengek. Kita pun tidur-tidur ayam je. Sampai saya pernah rasa, “Teruknya aku, macam tak pandai jaga anak.” Rasa hopeless ya amat. Suami pula kesian terkapai-kapai di rumah kena menguruskan lagi 4 orang anak seorang diri.”

“Selepas kali keempat anak dimasukkan ke wad kerana selsema yang teruk, saya nekad mahu mencuba produk Tasneem Naturel lantas membeli kelima-kelima jenis balm yang ada. Saya sanggup beli kesemua balm tak kira berapa kos sebab dah baca banyak testimoni yang bagus-bagus. Demi anak tercinta.”

“Syukur ya amat, anak saya serasi dengan balm CF-Rub. Saya sapukan di tulang belakang, betis, hidung, tapak kaki dan dada. Bila di dalam wad, fisioterapis mengajar saya membuat tepuk percusion. Dengan bantuan balm CF-Rub ini, kahak anak mudah cair. Jadi, bila saya buat tepuk percusion, kahak cepat keluar dan dapat dimuntahkan dengan mudah.”


Alfi dan balm CF-Rub Tasneem Naturel.

“Sejak daripada itu, setiap kali anak bongsu saya terkena selsema, saya sapukan CF-Rub dengan segera. Selsemanya tidak melarat, terkawal dan anak saya tidak lagi perlu masuk ke dalam wad. Urusan di rumah dan pejabat berjalan lancar, cuti tahunan saya pun jimat.”

Kalau sekarang ini bayi anda mengalami masalah selsema, batuk atau tersumbat kahak…

Saya sarankan anda untuk dapatkan CF-Rub dari Tasneem Naturel kerana ia telah membantu lebih 100,000 ibu ayah di Malaysia untuk meredakan selsema, batuk & cairkan kahak anak secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Kalau anda berminat untuk dapatkan CF-Rub,

Masukkan nama dan email di bawah, saya akan hantarkan link untuk dapatkan produk ini ada harga istimewa di inbox anda.

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping