Contact us

My Cart
RM0.00

7 Cara Mudah Mengurangkan Selsema dan Hingus Bayi Guna Apa di Rumah Sahaja

Bayi mengalami demam selsema adalah perkara biasa yang dilalui oleh kebanyakan ibu bapa. Walaupun sering dianggap penyakit yang normal, ibu bapa masih perlu berhati-hati kerana apabila bayi selsema, hidungnya akan mudah tersumbat dan tekaknya akan menghasilkan kahak, ini berisiko menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap.

Berikut merupakan hasil kumpulan tips & petua yang mudah untuk diamalkan yang telah dikumpulkan dari penulis & halaman sesawang yang dipercayai untuk bantu meredakan selsema bayi:

1. Stim Bawang Putih

Sediakan 3 cawan air panas dan masukkan ke dalam besen. Kemudian, masukkan 1 ulas bawang putih ke dalam besen tersebut. Tunggu sehingga aroma bawang putih mula naik dan pastikan tahap kepanasan wap air sesuai untuk bayi anda. Balut bayi anda dengan kain supaya mudah dipegang. Halakan kepala bayi dalam 12 inci dari permukaan air panas. Sambil itu, lakukan tepuk percussion di belakang bayi perlahan-lahan bagi mengeluarkan hingus yang sudah mula mencair. Lakukan pengewapan selama 15 minit.

2. Menyapu Balm Atau Jeli Petroleum Pada Hidung

Sapukan balm dan jeli petroleum di luar hidung bayi bagi membantu bayi bernafas dengan lebih aman. Elakkan daripada meletakkannnya ke dalam lubang hidung bayi kerana ianya berkemungkinan akan memberi kesan masa panjang terhadap paru-paru bayi anda, pastikan balm bebas kapur barus atau camphor, elak risiko bayi terkena sawan.

3. Gunakan Larutan Garam

Letakkan larutan garam pada kedua-dua lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Kemudian, gunakan penyedut hingus bagi mengeluarkan hingus yang telah mula mencair.

4. Beri Cecair Yang Cukup

Pastikan susu badan diberikan dengan lebih kerap. Terutama untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah yang masih menyusu badan secara eksklusif. Susu badan juga berupaya meningkatkan sistem imun dalam tubuh bayi.

5. Guna Tuala Tinggikan Kedudukan Kepala Bayi Semasa Baring

Tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung untuk bernafas dengan lebih lancar. Untuk meninggikan kepala bayi, elakkan daripada menggunakan bantal kerana hal ini boleh mengakibatkan bayi mati lemas. Selain itu, jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

6. Mandian Lemon

Ini petua menghilangkan batuk akibat selsema secara mandian yang dapat mengeringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

7. Sapuan Minyak Masak

Selain digunakan untuk menggoreng ikan, minyak masak juga digunakan untuk bantu mengurangkan hingus si bayi. Sapukan minyak masak yang belum digunakan pada batang hidung dan dada bayi bagi meredakan batuk serta hidung tersumbat.

Bila Perlu Pergi Ke Hospital?

1. Suhu badan melebihi paras normal

Suhu badan mencecah 38 darjah Celsius ke atas bagi bayi berusia 3 bulan ke bawah. Manakala, bayi berusia 3 hingga 6 bulan suhu badan mencecah 38.3 darjah Celsius ke atas. Untuk bayi berusia 6 bulan ke atas perlu di bawa ke kliniki atau hospital apabila suhunya mencecah 39.4 darjah Celsius ke atas.

2. Bayi mengalami penyahhidratan (dehidration)

Jika bayi anda menangis dan tidak mengeluarkan air mata, itu merupakan antara tanda-tanda di mana bayi anda sedang mengalami penyahhidratan atau kekurangan air di dalam badan.

3. Bayi kelihatan sukar bernafas

Antara tanda bayi sukar bernafas atau bernafas dengan laju adalah apabila anda sendiri boleh nampak bentuk tulang rusuk si anak bila dia mahu bernafas dalam keadaan selsema.

4. Bayi tidak aktif

Bayi yang tidak sihat biasanya akan kelihatan lesu, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa

5. Demam selsema melebihi dua atau tiga hari

Jika demam selsema berlarutan lebih daripada dua atau tiga hari, segera berjumpa doktor di klinik atau hospital berdekatan.

Jika anda sudah mencuba kaedah mengurangkan selsema anak anda dan selsemanya masih tidak surut serta makin bertambah teruk atau tidak pasti setara mana tahap keseriusan selsema yang anak anda alami, anda boleh pergi ke klinik atau hospital bagi mendapat diagnosis yang lebih tepat daripada doktor. Selain itu, si anak juga akan menerima rawatan yang sewajarnya daripada pihak yang lebih ahli dalam bidang kesihatan dan juga perubatan.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri ini. Ada sebarang persoalan? Tinggalkan komen di bawah. Jangan lupa untuk share blog post ini agar ramai lagi yang boleh mengambil manfaat.

Kalau sekarang ini bayi anda mengalami

masalah selsema, batuk atau tersumbat kahak…

CF-Rub: Atasi Selsema, Cairkan Kahak

Saya sarankan anda untuk dapatkan CF-Rub dari Tasneem Naturel kerana ia telah membantu lebih 100,000 ibu ayah di Malaysia untuk meredakan selsema, batuk & cairkan kahak anak secara semula jadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Kalau anda berminat untuk dapatkan CF-Rub,

Masukkan nama dan email di bawah, saya akan hantarkan link untuk dapatkan produk ini ada harga istimewa di inbox anda.

 

Artikel ini ditulis dengan merujuk:

www.healthgrades.com/right-care/ear-nose-and-throat/is-petroleum-jelly-safe-for-a-dry-nose
www.babycenter.com/health/illness-and-infection/fever-and-your-baby-or-child_84
www.hmetro.com.my/node/222607
www.hmetro.com.my/hati/2018/08/370985/ambil-serius-apabila-anak-selesema
siraplimau.com/cara-hilangkan-selesema-bayi-bawang-putih/
siraplimau.com/petua-menghilangkan-batuk-bayi-kanak-kanak/

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping