Pernah Guna Produk Bayi Jenama Lain, Balm T-Rub Paling Serasi Melegakan Kembung Perut Si Anak.

Apabila bayi yang baru lahir itu asyik menangis-nangis tidak berhenti-henti, sudah tentu ibu bapa sedaya upaya cuba menenangkannya. Apabila situasi tersebut berlanjutan hari demi hari, emosi ibu bapa pasti terganggu mendengar tangisan anak kecil itu. Terutama bayi tersebut hanya berusia 2 hingga 3 minggu.

Walaupun kembung perut merupakan satu keadaan yang biasa dialami oleh kebanyakan bayi, namun begitu setiap ibu bapa yang melalui cabaran sebegini pasti merasa susah payah menghadapinya.

Ikuti kisah Puan Hajar, 35 tahun, menceritakan pengalaman beliau menjaga anak sulungnya yang mengalami kembung perut. Beliau kini mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki. Anak pertama lahir pada April, 2018. Manakala anak kedua lahir pada Mei, 2020. Beliau berasal dari Kemaman, Terengganu. Kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. 

“Nak bagi susu pun, anak tolak. Dia tak nak. Pernah juga dia menangis melampau straight 30 minit. Jenuh juga pujuk nak tenangkan si anak.”

Dalam keadaan Puan Hajar yang masih berpantang, anak sulungnya menangis kerana tidak selesa perut sudah pasti menduga emosi ketika itu. Di mana, beliau sendiri kurang pengalaman kerana baru sahaja bergelar ibu. Dalam masa yang sama, luka jahitan bersalin masih basah dan makan masa sehingga 4 minggu untuk sembuh.

“Saya ada bertanyakan kepada nurse semasa menghadiri regular appointment di klinik. Katanya, bila berkaitan perut, nurse berpesan supaya pantau anak betul-betul pattern tahap kesakitan anak, kerana takut mungkin ada pendarahan dalam perut atau ketumbuhan.”

“Anak sakit dan tak reti beritahu sakitnya bagaimana. Itu sebab dia menangis dengan begitu kerap. Pernah juga mengalir air mata saya kerana merasa resah, risau dan takut jadi lebih teruk.” Luah beliau.

“Saya dan suami kerap juga berulang alik ke klinik swasta. Kami akan ke klinik apabila melihat anak menangis banyak kali  dan bagi memastikan kembung perutnya dalam kondisi yang normal. Bila berjumpa dengan doktor, doktor biasanya akan periksa dan tepuk-tepuk perut. Hasil diagnosis doktor, apa yang dialami oleh anak kami tidaklah begitu serius. Masa tu, anak pun masih kecil lagi. Jadi, tiada ubat yang sesuai untuk melegakan perut anak sulung kami.”

“Sebelum 2 bulan bersalin, saya ada buat carian produk penjagaan yang terbaik untuk bayi saya yang bakal lahir nanti. Waktu itulah saya mengenali Tasneem Naturel melalui posting kenalan saya di Facebook. Selepas bersalin dan anak mengalami kembung perut, saya terus menghubungi ejen berdekatan bagi mendapatkan balm T-Rub Tasneem Naturel.”

“Kadang-kadang doktor yang merawat anak kami Whatsapp bertanya khabar dan mengambil tahu perkembangan anak kami. Saya memberitahu beliau yang kami menggunakan balm T-Rub daripada Tasneem Naturel. Doktor kata, kalau balm T-Rub serasi, boleh terus gunakan untuk anak.”

“Saya pernah juga mencuba menggunakan produk bayi yang lain. Dengan Tasneem Naturel ini paling menjadi. Boleh dikatakan saya ini pengguna setia Tasneem Naturel. Bila bersalinkan anak kedua pun, saya masih menggunakan balm Tasneem Naturel. Even suami pun encourage menggunakan T-Rub selepas melihat keserasian produk tersebut buat anak-anak kami.”

“Setiap kali menggunakan balm T-Rub, saya sapu dan ratakan balm itu di perut anak. Kemudian, saya membuat senaman kayuhan untuk anak dan membuat urutan I Love You di bahagian perutnya.”

T-Rub Balm

T-Rub, Solusi Semula Jadi Untuk Redakan Kembung Si Manja

Shopping cart

0

No products in the cart.