Dulu Anak Terseksa Membuang Air Besar, Kini Lebih Mudah Dengan Balm T-Rub.

“Berbulan-bulan dia duk terpekik melolong menangis. Kesian tengok dia terseksa setiap kali nak membuang air besar.”

Anak mengalami sembelit merupakan salah satu mimpi ngeri bagi setiap ibu bapa. Walaupun sembelit tidak termasuk dalam kategori penyakit, ianya satu fenomena yang tetap merungsingkan kepala ibu bapa.

Perkara ini turut berlaku kepada Puan Lyana, 35 tahun, ibu kepada 8 orang anak. Beliau berasal dari Singapura, kini menetap di Kuching, Sarawak. Di mana, anaknya yang ke-7 berusia 2 tahun mengalami masalah sembelit.

Walaupun beliau mempunyai ‘pengalaman’ dalam menjaga 6 orang anak sebelum itu, lain anak lain cabarannya.

“Saya perasan diet pemakanan anak ke-7 saya tidak berapa baik. Dia lebih suka minum susu. Tambahan pula, kurang makan sayur. Itu yang menyebabkan anak saya terseksa setiap kali mahu membuang air besar.” Puan Lyana menceritakan punca kenapa anaknya mengalami sembelit.

“Saya takut dia rasa sakit dan dia tak membuang langsung.” Luah beliau.

“Nanti akan jadi masalah lagi besar. Risau sangat tengok dia menangis, menjerit kesakitan dan mengambil masa yang sangat lama untuk dia membuang.”

Pada penghujung bulan Ogos, 2020 beliau terlihat kawannya di Facebook berkongsikan tentang produk Tasneem Naturel.

“Produk sebeginilah yang saya cari selama ini untuk anak saya.”

Diperbuat daripada bahan semula jadi dan berasaskan pati minyak tumbuh-tumbuhan, sudah tentu Tasneem Naturel menjadi pilihan utama kebanyakan ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Sejurus selepas itu, beliau terus mendapatkan Stommy Oil dan balm T-Rub.

Apabila ditanya, bagaimana beliau menggunakan produk tersebut untuk anaknya. Beliau menjawab,”Saya sapukan di perut anak dan mengurut mengikut arah jam. Sejak menggunakan T-rub daripada Tasneem Naturel, saya juga belajar membuat urutan I Love You setiap kali menyalin lampin anak, lebih kurang 5 kali sehari. Kini anak ke-7 saya dapat membuang dengan lebih baik.”

Selain itu, Puan Lyana juga berusaha mengubah diet pemakanan anaknya. Iaitu dengan menggalakkan anaknya mengambil makanan yang kaya dengan serat. Seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Antara sayur kegemaran anaknya adalah brokoli.

T-Rub Balm

T-Rub, Solusi Semula Jadi Untuk Redakan Sembelit Si Manja

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com