Tidak Pernah Terlintas Akan Menjadi Master Stokis Ketika Bermula Sebagai Dropship.

Bila nak menulis macam mana saya bermula dengan Tasneem, fuh! Panjang ceritanya.

Pada 2 Jun 2017, saya bermula sebagai dropship Tasneem Naturel. Masa tu, saya tak tahu pun Tasneem Naturel ni jual apa. Saya berada di fasa yang terdesak untuk masuk sistem ejen.

Tahun 2017 adalah tahun ke-3 saya ceburkan diri dalam bisnes. Saya mula melihat bisnes saya berbulan-bulan, petanda bisnes berada dalam situasi yang tidak okey.

Bila intai rakan-rakan lain yang seangkatan, rata-rata semakin berkembang setelah menyertai sistem ejen. Jadi, saya membuat keputusan untuk sertai mana-mana sistem ejen supaya mendapat mentor bisnes. Ya, itu sahaja tujuan saya ketika itu.

Saya nampak Facebook post Master Aminah Binti Hussain update tentang balm untuk tidur berasaskan essential oil (EO). Alhamdulillah saya ada sedikit pengetahuan mengenai EO, jadi saya tahu ianya benda yang boleh dijual.

Selepas mendengar penerangan Master Aminah mengenai sistem Tasneem Naturel, saya bersetuju untuk mendaftar kerana ianya sistem yang mudah. Beli stok dan jual, dapat untung. Simple.

Bermula hari pertama mendaftar, saya terus dapat akses koleksi bahan-bahan marketing Tasneem Naturel. Ratusan poster dan testimoni ada dalam tu. Saya ambil masa 2 hari untuk study bahan-bahan tersebut dan terus rancang untuk kempen marketing.

Alhamdulillah bermula daripada fasa validate dah dapat respon yang positif, saya pun terus all out selama 2 minggu tanpa henti. Masa itu bulan Ramadan, saya memang boleh jangka jualan produk mainan kanak-kanak kurang permintaan. Jadi, saya bagi masa untuk diri saya betul-betul test sejauh mana potensi bisnes Tasneem Naturel ini.

Alhamdulillah saya berjaya membuat jualan melebihi RM3,000.00 dalam 2 minggu pertama. Saya berhenti iklan pun sebab PosLaju dah tak buat pengeposan menjelang aidilfitri.

Waktu itu Master Aminah mesej saya untuk berkongsi macam mana cara nak dapat jualan lebih banyak adalah dengan bina team ejen. Jadi, selepas raya, saya terus susun strategi bagaimana nak buat sistem ejen.

Ketika itu juga rezeki turun dari langit bila adik saya Nurul Zahidah offer modal untuk beli stok 100 unit balm untuk melayakkan diri naik stokis terus. Maka bermulalah perjalanan bulan ke-2 sebagai stokis Tasneem Naturel bersama #TeamMamaPower.

Main redah sahaja sebenarnya buat semua ini. Tiada modul ke apa ke untuk explore setiap fasa itu. Hanya bertindak ikut ilmu-ilmu yang dicedok sana sini.

Bulan ke-4 kali pertama berjumpa founder Tasneem Naturel, barulah nampak apa aspirasi sebenar Tasneem Naturel ini. Ia bukan sekadar tempat berniaga, bahkan ruang untuk membawa lebih ramai orang berhijrah kepada kebaikan.

Bulan ke-6 saya terpilih menyertai projek HQ #RoadtoMasterStokis, dan selepas program itu secara rasminya mendapat bimbingan terus daripada Puan Haridah, founder Tasneem Naturel untuk naik Master Stokis.

Bermula daripada situ rasanya setiap bulan kot saya re-target bulan demi bulan untuk naik Master. Alhamdulillah Allah izinkan naik Master pada Jun 2018, cukup-cukup setahun saya menyertai Tasneem Naturel.

Daripada situ bermulalah perjalanan jatuh bangun membawa #TeamSHC bersama-sama mendaki puncak kejayaan. Bisnes adalah bisnes, tak kira fasa mana kita berada ia tidak dihampar dengan permaidani merah.

Jatuh bangun dalam bisnes adalah pelajaran yang berharga yang wajib dikutip untuk membina diri kita menjadi lebih baik.

Bermula dari malam saya berjaya naik ke ranking Master Stokis Tasneem Naturel, saya terus menanam azam untuk melahirkan Master Stokis dalam kalangan anak #TeamSHC.

Setelah diri sendiri berhempas pulas nak capai ranking itu dan berjaya melepasinya, pastilah saya mahu anak-anak bimbingan saya juga melepasi tahap tersebut. Dua tahun telah berlalu impian ini belum berjaya terlaksana, namun saya yakin sampai masa terbaik Allah akan lahirkan seorang demi seorang Master Stokis dari TeamSHC.

Saya tak pernah mengira berapa anak tim yang datang dan pergi. Saya fokus kepada matlamat yang saya nak capai. Kejayaan itu belum sampai kerana Allah sedang sediakan diri saya ke arah itu.

Apa yang saya dapat hari ini hanyalah sebahagian daripada perjalanan panjang itu. Ya saya tidak pernah impikan akan dirai sebagai Master Stokis, ada perarakan karpet merah, reward demi reward setiap tahun. Semua itu tidak pernah terlintas dalam pemikiran saya ketika bermula dengan Tasneem Naturel.

Namun Alhamdulillah ia hadiah daripada Allah untuk perjalanan panjang ini, menghilangkan lelah seketika dan mengambil semangat untuk meneruskan perjuangan ini.

Terima kasih Tasneem Naturel HQ.
Terima kasih ummi Haridah Sahri.
Terima kasih mami Aminah Hussain.
Terima kasih seluruh warga #TeamSHC dulu dan kini.

Terima kasih semua pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan alam maya atas sokongan yang tidak berpenghujung.

Terima kasih atas keizinan berbisnes daripada suami dan abah.
Terima kasih seluruh seisi keluarga.

Semua yang ada hari ini adalah dengan izinNYA. Alhamdulillah.

Sakinah Hamid,
Master Stokis Tasneem Naturel

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com