Daripada Engineer Tapak Bina Kepada Suri Rumah Berbisnes?

Ingat senang ke nak lepaskan kerja gaji beribu-ribu? Kalau mental dan fizikal tak kuat, tak usah lah berhenti. Bukan kata kita kuat, but I have to! All those people yang depan mata sis semua kata. “Apa laa haaa berhenti Hebat sangat ke bisnes tu? Kalau jadi founder tu takpela kan. HEH!”

I don’t mind. What I have done after 8 years in field, I have nothing. Setakat kerjaya yang nak dibanggakan tapi sis dikecam teruk! Better I do something yang ada soul. Walaupun belum berjaya gantikan gaji yang beribu itu, impian nak anak membesar depan mata ini, almost done. Even rasa nk putus urat kentut terjerit terpekik terlolong jaga my kids. SYUKUR. Nikmat syukur itu daripada pelbagai sudut. Orang luar tak faham.

2018 diperkenalkan dengan SLEEP TIME BALM oleh my sister in law untuk anak pertama. Tapi hanya sekadar guna. Tak ingin tak terdetik pun nak menjual sebab kita ni kan bekerja, ada income tetap. Dan bila pregnant anak kedua ni, tiba-tiba membuak rasa nak beli 1 set. Tapi masih belum rasa nak menjual even dah mendaftar ahli. Orang kata, “Alaaa… Nak dapat harga murah.” Tak gitu korang. HAHA.

Nak jadi cerita, tiba timbul minat nak menjual sebab semua item Tasneem ni sangat serasi untuk anak. So why not kita ajak kawan-kawan pun pakai sama. Bermula Jun 2019 bergelar membership, sikit-sikit perkenalkan kepada kawan terdekat. Itu pun tak fokus, tak konsisten sebab waktu tu sibuk dengan kerja dan anak kecil. Kerja.. balik kerja… kerja…. balik kerja…begitulah rutin. Cuba juga cari dropship untuk bina team, tapi soul untuk coaching orang tu belum sampai seru.

Fikir punya fikir, September 2020 ambil keputusan yang BERANI MATI untuk resign daripada kerja yang gaji lumayan. SEDIH. SIS SANGAT STRUGGLE. Hanya suami sahaja yang tahu keadaan kami. Tetapi sis nekad sebab sis nak cuba usaha sendiri tanpa gunakan segulung sijil itu. Orang kata bisnes ni bergantung kepada rezeki.

Family, kawan-kawan, kawan kerja semua menyepi. Yelah, kite tiada income dah. Apa ingat kita ni kaki hutang ke takut sangat nak dekat? HAHA. Sis tak hidup dek puji, tak mati dek keji. Sis berdiri dengan kaki sendiri.

Sehari selepas resign, sis terus pegi timba ilmu. Dua hari kursus dengan HQ Tasneem Naturel. Mujur lah ada yg sudi bantu jaga anak masa tu (thank you abam pendekar) sebab kursusnya sampai malam. Allahu.. DIA SAHAJA YANG TAHU I’M SO STRUGGLE. Sakit itudalam ya saudara saudari. Tak siapa nampak.

One day, founder sendiri mesej. “KENAPA LAH AWAK BERHENTI KERJA, GAJI DAH BERIBU?” Dan macam-macam lagi soalan sinis dan sis rasa sangat terkesan. KAU BERHENTI KERJA, BOLEH KE DAPAT BALIK GAJI LAMA? YES, I HAVE TO DO MORE SACRIFICE AFTER THIS. NAK DAPAT BALIK GAJI LAMA, MACAM-MACAM SIS BUAT. Sangat stress. Banyak kali sis terjatuh. ALLAH JE TAHU.

Berkat KERAS HATI, DEGIL DAN PANTANG DICABAR, sis berjaya pecah tembok yang orang kata payah gila nak buat sale banyak begini! Dengan adanya team members yang dengar kata dan patuh arahan, insyaAllah semua orang mampu buat. Gaisssss. Doakan sis naik MASTER HUJUNG TAHUN INI.

Sebab apa? SIS BANYAK GILA BIL YG NAK KENA BAYAR TIAP BULAN. THIS IS MY BIG WHY. Dan JANJI EMI SURYANI UNTUK BANTU SEMUA ANAK CUCU DI BAWAH NAUNGAN ESY SURIBISNES GROUP UNTUK NAIK LEADER HUJUNG TAHUN INI.

THANK YOU ABANG Mapia Longrun, WAFIY, WAIZ, MAK & MY FAMILIES. (Selalu Wafiy tengok ibu dia nangis. Uhuk uhuk uhuk.)

THANK YOU BOSS Haridah SahriAlya Nabeelah
THANK YOU KAK AINI Nurul Aini Yusoff
THANK KAKZUE Zuliza Yusoff
THANK YOU BONDA Azlida Harun

Tanpa restu semua, rasanya masih ditakuk lama yang buat sale suam-suam kuku. Kihkihkih. Wahhhh… Terima kasihlah sudi baca sampai habis. Kasi love sikit brother sister! ❤

Sumber: Emi Suryani Yusof