Contact us

My Cart
RM0.00
7 Cara Mengelakkan Kembung Perut Agar Bayi Tidak Menangis Melebihi 3 Hari Seminggu.

7 Cara Mengelakkan Kembung Perut Agar Bayi Tidak Menangis Melebihi 3 Hari Seminggu.

Menyambut kelahiran bayi merupakan suatu momen yang ditunggu-ditunggu oleh pasangan yang sudah berkahwin. Biarpun anak yang disambut itu merupakan anak yang kedua, ketiga mahupun yang seterusnya.

Apabila bayi yang baru lahir itu asyik menangis-nangis tidak berhenti-henti, sudah tentu ibu bapa sedaya upaya cuba menenangkannya. Apabila situasi tersebut berlanjutan hari demi hari, emosi ibu bapa pasti terganggu mendengar tangisan anak kecil itu. Terutama bayi tersebut hanya berusia 2 hingga 3 minggu.

Jika susu sudah diberikan, lampin sudah ditukar, keadaan sekeliling boleh dikatakan selesa, mungkin anak anda sedang mengalami kembung perut.

Situasi sebegini lah yang dinamakan sebagai kolik. Di mana, bayi mempunyai masalah perut kembung sering menangis lebih daripada 3 jam sehari, 3 hari seminggu selama 3 minggu atau lebih lama.

Antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya bayi mengalami kembung perut adalah:

1. Alahan kepada laktosa.
2. Usus bayi yang belum matang.
3. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna boleh menyebabkan kembung dengan ‘angin’ yang berlebihan.

Bayi kembung perut atau masalah kolik adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan. Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kolik ini akan berkurangan apabila bayi semakin membesar.

Walaubagaimanapun, ibu bapa perlu mengambil tindakan supaya bayi kurang menangis dan juga demi kesejahteraan ibu bapa serta orang dewasa yang menjaganya.

Tiada rawatan yang khusus bagi masalah kolik. Namun, 7 tip ini boleh diamalkan bagi mengelakkan bayi kembung perut.

Cara Mengelakkan Berlakunya Kembung Perut Terhadap Bayi.

1. Teknik penyusuan yang betul.
Semasa memberi susu badan kepada bayi, pastikan mulutnya melekap elok pada puting payu dara si ibu. Ini bagi memastikan tiada ‘angin’ masuk semasa bayi menghisap susu. Di samping itu, teknik ini juga hendaklah dilakukan bagi mengelakkan puting si ibu melecet dan berdarah.

2. Puting susu botol yang sesuai.
Sekiranya bayi seawal usia perlu diberikan susu melalui botol, pastikan puting susu botol sesuai dengan saiz mulutnya.

3. Tukar susu formula.
Bayi yang mengalami kembung perut berkemungkinan mempunyai alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.

4. Sendawakan bayi selepas menyusu.
Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi. Supaya ‘angin’ yang terperangkap dapat dikeluarkan dari perut bayi. Jika bayi termuntah sedikit selepas menyusu, itu adalah keadaan yang normal dan tidak berbahaya bagi bayi.

5. Urut perut bayi.
Ibu bapa boleh mencuba membuat urutan ‘I Love You’ ke atas perut bayi. Sapukan minyak atau balm yang sesuai bagi mengurangkan geseran dan melancarkan pergerakan jari jemari anda apabila mengurut perut bayi.

6. Amalkan senaman bayi.
Anda boleh mencuba melakukan senaman kayuhan kepada bayi. Iaitu dengan mengangkat sedikit kakinya dan membuat pergerakan seakan-akan mengayuh basikal. Rutin ini boleh dilakukan pada waktu siang, selepas anda menyalin lampin bayi.

7. Alihkan perhatian.
Jika bayi anda sudah melakukan perkara-perkara di atas dan bayi masih menangis kerana tidak selesa perut, bawa bayi keluar sebentar untuk bersiar-siar. Persekitaran baru mungkin membantu bayi anda melupakan sebentar ketidakselesaan yang dialami. Di samping itu, anda juga dapat menenangkan diri dengan mengambil angin di luar.

Perut kembung adalah keadaan paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat.

Jika anda telah mencuba cara-cara berikut dan bayi masih kerap menangis, berjumpalah dengan doktor bagi mengenal pasti punca sebenar mengapa bayi anda menangis. Kemudian, dapatkan nasihat daripada doktor dan rawatan yang sewajarnya diberikan untuk anak kecil anda.

Rujukan: Astro Awani, Hello Doktor
Featured Image: Jimmy Conover

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping