Contact us

My Cart
RM0.00
Dulu Guna Balm Untuk Cahaya Mata, Sekarang Jual Balm dan Jana Income Berganda-ganda

Dulu Guna Balm Untuk Cahaya Mata, Sekarang Jual Balm dan Jana Income Berganda-ganda

Ramai tertanya-tanya, bagaimana Aida boleh terjebak dengan Tasneem Naturel?

Aida ini sebenarnya pengguna Tasneem Naturel. Asbabnya Allah bagi anak nak putus susu. Ragamnya Allah sahaja tahu. Pukul 2 pagi ajak pergi dapur menghadap peti ais.

Sampai suami dan Aida rasa fobia bila tiba waktu malam.

Fobia tak larat nak teman dia menhgadap sampai 2 jam depan peti ais. Kalau korang sanggup tak? Haha.

Daripada sinilah mula guna Calm Time dan Sleep Time balm. Alhamdullilah Allah izin serasi dan menjadi. Anak tidur lena dan kurang bangun tengah-tengah malam.

Betul, macam Allah sebutkan dalam al-Quran,

Maka bersama kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Asy-Syarh: 5-6

Asbab daripada kisah ini, Aida mula aktif menjadi ejen Tasneem Naturel. Daftar sebagai dropship sahaja. Niat nak sebar-sebarkan manfaat balm sambil tambah duit poket.

Buat dan buat je segala task yang leader bagi. Dalam buat hanya mengisi masa lapang terus decide untuk buat full-time business.

Turning pointnya adalah bila dapat pecahkan tembok untuk pergi ke kelas Sifu Jamal, The Return Chapter. Aida belajar marketing berbayar. Balik memang terus buat.

Bila buat dan buat tanpa putus asa dan menjadi. Sales masuk je asbab marketing ni. Terus rasa bertambah-tambah semangat untuk buat lebih lagi.

Aida beruntung suami sangat menyokong penglibatan dalam business. Ini juga antara asbab macam mana boleh sampai ke tahap hari ini.

Tanpa sokongan suami tak mungkin sampai ke tahap ni insyaAllah. Bukan senang, kalau seorang isteri buat sesuatu tanpa redha suami, kan?

Moga niat isteri-isteri di luar sana niat untuk bantu suami dengan berbisnes diberi 100% sokongan insyaAllah. Aida doakan.

Puan Aida bersama-sama suami dan anaknya.

Team MQ. Ada apa pada nama?

Besar maknanya untuk Aida. Team MQ lahir daripada perkataan MomQhalif.

MomQhalif – ibu kepada seorang khalifah.

Yes, brand MomQhalif sebenarnya menceritakan 1001 kisah ibu-ibu atau wanita-wanita dalam business.

Jujur, untuk membina tim bukan mudah. Adakala mereka bersama kita, adakala mereka pergi. Tapi Aida?

Aida tetap bersama-sama dengan yang masih ada. Doakan Aida kuat dan diberi kesabaran untuk tempuhi ujian-ujian kecil, setia dan bantu mereka yang benar-benar ingin mengubah hidup.

Setiap daripada mereka ada 101 impian yang mereka ingin capai. Jadi, ini AMANAH besar untuk dilaksanakan.

Alhamdullilah bermula daripada seorang diri dan sekarang di bawah tim MQ bernaungnya 2,723 orang insan-insan istimewa dalam hidup.

Tak pernah kenal antara satu sama lain, tetapi kami diikat dengan sillaturrahim asbab business ini. Alhamdullilah.

Untuk semua, yakin pada diri, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jangan rasa rendah diri. Jadikan tekanan dan pandangan negatif orang lain sebagai tekanan untuk kita pergi jauh lagi.

Aida selalu pesan kepada anak tim.

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Kita hanya perlu buat dan buat. Hanya dengan pembuktian sahaja akan buat mereka terdiam.”

Begitulah kehidupan. Ya Allah, semoga ini jalan untuk kami meraih pahala. Iaitu memertabatkan kehidupan orang lain. InsyaAllah.

Terima kasih Aminah Binti Hussain leader tersayang, yang perkenalkan Tasneem Naturel. Dan terima kasih juga Haridah Sahri membuka jalan untuk suri rumah biasa-biasa ini mengukir memori bersejarah dan sangat bermakna dalam hidup ini. Moga Allah membalas jasa mami dan ummi.
❤️❤️❤️

Syuhaidah Norazrin
Hamba Allah
www.momqhalif.com

Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
  • Attributes
  • Custom attributes
  • Custom fields
Compare
Wishlist 0
Open wishlist page Continue shopping