Kuning Bayi : Jom Kenali Faktor Utama Dan Impak Pada Bayi!

Kuning Bayi Tasneem Naturel

Apa Itu Kuning Bayi : Kenali Faktor Utama Dan Impak Pada Bayi

Kuning bayi atau jaundis (Neonatal Jaundice) merupakan fenomena yang sering berlaku dikalangan bayi yang baru lahir. Jika ditanya ibu bapa atau datok nenek, mereka selalu memanggilnya sebagai demam kuning. Walau bagaimanapun, kuning bayi ini sering menyerang bayi yang tanpa melibatkan simptom demam.

Komplikasi kuning bayi ini biasanya dialami oleh bayi yang lahir pramatang iaitu sebanyak :

  • 80 peratus dan 60 peratus kepada bayi yang lahir matang.

Fahami Masalah Kuning Bayi

Kuning bayi atau jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.

  • Bilirubin : Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis. Kadar bacaan normal bilirubin adalah kurang daripada 5mg/dL.
  • Apabila paras bilirubin tinggi di dalam darah ia akan meninggalkan kesan seperti kerosakan kekal pada sel otak dan akan menyebabkan kerencatan serta perkembangan bayi akan menjadi tidak normal, bayi akan mengalami masalah pendengaran, kekejangan otot serta boleh membawa maut

Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir. Terdapat 2 jenis kuning bayi iaitu :

  1. Physiological jaundice : Kuning di kalangan bayi yang berumur 2 sehingga 7 ke 14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa dan tak semua bayi yang mengalami ini memerlukan rawatan. Menurut APA, sebanyak 60 peratus bayi akan mengalami penyakit kuning dalam minggu pertama.
  2. Pathologic jaundice : Keadaan kuning atau jaundis yang dikesan dalam masa 24 jam atau hari pertama selepas bayi dilahirkan. Kuning bayi jenis ini memerlukan rawatan serta merta.

Faktor kuning bayi atau jaundis berlaku?

Di sini kami kongsikan beberapa faktor bayi yang baru lahir mendapat penyakit kuning atau jaudis :

  1. Susu ibu :
      1. Ada beberapa kompaun di dalam susu yang menyebabkan seseorang bayi lebih mudah mengalami kekuningan. Tetapi kekuningan jenis ini selalunya tidak terlampau tinggi dan akan baik dengan sendirinya.
  2. Jenis darah berlainan di antara ibu dan anak :
      1. Ini akan menyebabkan antibodi ibu menyerang sel darah merah bayi dan menyebabkan darah bayi pecah. Oleh sebab itu, anak kepada ibu yang berdarah O dan rhesus negative mudah mendapat penyakit ini kerana O adalah gene recessive, apabila suami mempunyai jenis darah yang berlainan. Jenis darah bayi akan mengikut belah si ayah.
  3. Jaundis fisiologi :
      1. Kebanyakan bayi mengalami kuning bayi jenis ini disebabkan hati bayi belum lagi matang untung menguraikan kompaun bilirubin. Selalunya ia berlaku pada hari ke 2 hingga hari ke 4
  4. Kurang menyusu :
      1. Ia akan melambatkan sistem pencernaan apabila bilirubin dalam perut diserap kembali ke dalam aliran darah. Para ibu perlu peka terhadapa kulit bayi jika si ibu mengalami masalah latching bayi pada puting, susu lambat keluar, tak mencukupi dan sebagainya. Jika perlu, sila jumpa dengan pakar laktasi.
  5. Kekurangan enzim G6PD :
      1. Ia merupakan penyakit genetik Chromosome X yang menyebabkan membran sel2 darah tak stabil lalu senang pecah. Ia adalah keadaan seumur hidup dan tiada rawatan yang dapat menyembuhkannya. Anak2 yang kekurangan enzim G6PD ini mudah mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah terutamanya apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu seperti antibiotik dan kacang perang.
  6. Masalah hormon (Thyroid) :
      1. Hormon tiroid memainkan peranan yang amat penting bagi bayi kerana ia di perlukan untuk tumbesaran fizikal bayi dan lebih penting lagi peranan dalam perkembangan. Oleh kerana urat saraf bayi berkembang dengan pesat nya dari lahir sehingga umur 12 tahun, maka kekurangan hormon tiroid akan menjejaskan fungsi otak.
  7. Jangkitan bakteria : Sesetengah jangkitan bakteria boleh menyebabkan bayi menjadi kuning

Risiko kuning bayi adalah tinggi sekiranya:

1. Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu)
3. Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan
4. Sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
5. Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran)
6. Jangkitan atau kelahiran yang trauma .

Rawatan Khas Untuk Kuning Bayi (Jaundis)

  • Fototerapi 

Jika seorang bayi mempunyai kekuningan, paras bilirubin akan dipantau di klinik kesihatan mahupun klinik swasta yang menawarkan pengambilan darah untuk periksa serum bilirubin. Jika didapati paras bilirubin lebih daripada yang sepatutnya, bayi tersebut akan diminta untuk dimasukkan ke dalam hospital untuk menerima rawatan fototerapi

Rawatan fototerapi ini ialah meletakkan bayi di bawah cahaya biru yang berfungsi untuk menukarkan bilirubin berwarna kuning ke dalam keadaan yang lebih mudah larut untuk memudahkannya dikeluarkan melalui air kencing dan najis.

Apabila bayi yang kuning diletakkan dibawah mesin fototerapi, kebarangkalian untuk mendapat komplikasi disebabkan kekuningan yang tinggi adalah sangat rendah.

  • Pemberian susu ibu

Susu pertama ibu dan teknik penyusuan yang betul dapat mengelakkan bayi dari terkena serangan demam kuning. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Galakkan si bayi untuk berjaga dan menyusu setiap dua jam.

  • Rawatan glukosa untuk kuning bayi

Dengan kemunculan warna kulit kuning pada bayi baru lahir, setiap ibu kedua menghadapi. Pada kebanyakan bayi, keadaan fisiologi ini hilang tanpa sebarang rawatan, tetapi beberapa bayi diberi ubat, seperti glukosa dalam bentuk penyelesaian 5%.

Glukosa dirumuskan kepada bayi yang baru lahir dengan penyakit kuning terutama dalam kes seperti:

  • Jika darah bayi mempunyai kepekatan glukosa rendah, yang boleh disebabkan oleh penyakit endokrin ibu, contohnya, diabetes mellitus.
  • Sekiranya bayi untuk apa-apa sebab tidak menerima susu ibu atau jumlahnya tidak mencukupi.
    Sekiranya langkah-langkah resusitasi dilakukan, contohnya, dengan perkembangan asfiksia semasa buruh. Dalam kes ini, glukosa akan berfungsi sebagai bateri tambahan.
  • Untuk kecederaan kelahiran yang dicirikan oleh fungsi jantung terjejas dan proses pernafasan.

Jangan Lakukan Perkara ini!

  • Menjemur bayi

Sinaran matahari yang secara tidak langsung seperti menerusi cermin atau tingkap tidak boleh mengurangkan kuning anak. Sinaran secara langsung melebihi jam 9 pagi pula boleh mengakibatkan bayi menjadi kering atau dehidrasi atau kenaikan suhu bayi. ika air di dalam badan bayi berkurangan, ia akan menyebabkan kompaun bilirubin semakin meningkat dan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Ini juga merisikokan bayi terhadap masalah kulit pada masa akan datang.

  • Jangan Beri Minum Selain Susu Ibu

Memberi bayi berusia kurang 6 bulan minum selain susu ibu seperti susu lembu dan kambing, air perahan anggur, madu asli, air tebu hitam, serbuk mutiara atau sengkuang cina adalah sangat berisiko.

Selain itu, susu kambing segar mengandungi protein yang tinggi. Ianya baik kepada orang dewasa tetapi tidak kepada bayi. Ini mungkin menyebabkan darah bayi berasid urik atau menyebabkan alahan.

  • Ubat dan herba

Tiada lagi kajian yang menunjukkan sebarang ubat dan herba mampu menurunkan kekuningan pada bayi. Jika anda menjumpai mereka yang menjual ubat tersebut, anda perlulah meminta nombor kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tiada tidak perlu anda membelinya.

  • Ibu mesti berhenti makan makanan yang warna oren/kuning

Makan betik berwarna kuning, boleh sebabkan bayi kuning. Lobak merah atau carrot juga tak boleh. Oren pun sama. Carotene dalam makanan-makanan tersebut kalau makan berlebihan memang akan menyebabkan kulit si ibu jadi kuning, tetapi ini bukan jaundis! Ia tidak membahayakan.

Rumusan

Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Bersegera untuk mendapatkan pemeriksaan mampu mengurangkan komplikasi penyakit kuning. Keadaan ini adalah perkara lazim tetapi boleh menjadi serius jika tidak dipantau. Ikutilah nasihat pengamal perubatan setelah bayi dibenarkan pulang ke rumah. Elakkan daripada memberi bayi cecair lain contoh : air kosong , jus buah, air beras kecuali susu badan. Pengambilan sesetengah jamu oleh ibu yang menyusu badan juga dikaitkan dengan kenaikan tahap bilirubin dalam bayi. Disebabkan itu, penggunaan jamu tidak digalakkan oleh para doktor dalam kes kuning bayi.

Anda mungkin juga meminati:

Bayi Alami Jaundis/Kuning, Si Ibu Ikhtiar Guna T-Rub

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email

2 comments

    Salam. Boleh cadangkan produk bagus untuk kurangkan kuning bayi?
    TQ

      Hi Puan,

      Puan boleh gunakan set newborn (calm time dan trub) untuk kurangkan kuning bayi.

Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com