tasneemnaturel.com

Handle Anak ADHD Dengan 6 Cara Mudah Ini!

ADHD (Attention-Deficit/Hyperactivity Deficit) atau nama lainnya adalah Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah salah satu kecelaruan mental yang sering dialami oleh kanak-kanak. Namun hanya kerana anak anda kurang daya tumpuan dan atau terlebih aktif, tidak semestinya anak anda mempunyai ADHD. Ada sesetengah masalah perubatan lain, masalah psikologi ataupun kejadian yang menyebabkan trauma dalam hidup boleh menyebabkan simptom yang seakan ADHD. Sebelum anak anda didbawa berjumpa dengan pakar untuk mendiagnos dengan ADHD, amat penting untuk anda pelajari dan amati sebarang kemungkinan lain yang mungkin anak anda alami seperti;

  1. Masalah pembelajaran seperti sukar untuk membaca, menulis, kemahiran motor ataupun sukar bercakap.
  2. Kejadian trauma seperti baru berpindah, kematian orang tersayang, dibuli aau kes penceraian ibubapa.
  3. Masalah psikologi seperti kebimbangan, kemurungan dan bipolar.
  4. Masalah perilaku seperti penyakit hubungan reaktif, gejala tentangan dan bantahan (Oppositional Defiant Disorder) dan lain-lain.
  5. Masalah kesihatan seperti tiroid, masalah saraf, epilepsi dan gejala tidur.

Bagaimana Hendak Membantu Anak ADHD

Banyak masalah yang boleh timbul sekiranya simptom ADHD anak anda seperti kurang perhatian, terlebih aktif dan lain-lain jika tidak dirawat dari awal. Kanak-kanak yang tidak dapat fokus dan mengawal diri akan mengalami kesukaran di sekolah, selalu mengalami masalah dan sukar untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Ini boleh menyebabkan mereka merasa rendah diri dan stress secara tidak langsung kepada seisi keluarga. 

Kanak-kanak dengan ADHD memerlukan komunikasi yang jelas, konsisten, berstruktur, ganjaran dan kesan sampingan atas kelakuan mereka. Mereka juga memerlukan kasih sayang, sokongan dan galakan yang sangat banyak.

Ada banyak perkara yang ibubapa boleh lakukan untuk mengurangkan simptom dan gejala ADHD tanpa perlu mengahbiskan tenaga yang banyak, sifat dan sikap semulajadi anak-anak anda.

  1. Jaga diri anda supaya anda boleh jaga anak anda.
    Makan makanan yang sihat, bersenam, dapatkan tidur yang mencukupi,, cari alternatif untuk mengurangkan stress dan cari kumpulan sokongan dari rakan-rakan, ahli keluarga dan juga doktor dan guru anak anda
  2. Tetapkan rutin dan jangan ubah.
    Bantu anak anda untuk sentiasa fokus dan tersusun dengan membuat rutian harian, permudahkan segala jadual anak anda dan pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti-aktivit sihat.
  3. Tetapkan apa yang anda mahu dari mereka.
    Buat peraturan akan perilaku yang patut anak anda amalkan serta tetapkan juga apa yang akan berlaku sekiranya mereka ikut peraturan dan juga sekiranya mereka tidak mengikut peraturan. Pastikan anda sentiasa memantau kelakuan anak anda dan berikan ganjaran atau hukuman yang setimpal.
  4. Galakkan senaman tidur.
    Aktiviti fizikal membantu meningkatkan konsentrasi dan menggalakkan pertumbuhan otak. Perkara ini sangat penting untuk kanak-kanak ADHD dan secara tidak langsung memperbaiki mutu tidur dan akhirnya mengurangkan simptom ADHD.
  5. Bantu anak anda makan makanan yang betul dan sihat.
    Pemakanan yang sihat dan snek sihat setiap 3 jam, hentikan makanan ringan dapat mengurangkan juga simptom ADHD.
  6. Ajar anak anda bergaul dengan rakan mereka.
    Latih anak anda menjadi seorang pendengar yang baik, baca bahasa badan orang, dan berkomunikasi dengan orang lain. Sentiasa terangkqn kepada anak anda apabila anda berkomunikasi dengan mereka agar mereka faham dan boleh amalkan.
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Email
Leave a Reply

Follow Tasnem Naturel on FB
Follow Us on Instagram
Contact Us

🏢 22-G, Jalan Putra 3,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor

📞 014-6222 675

📧 customercare@tasneemnaturel.com