7 Cara Ketahui Ciri Jantina Bayi Dalam Kandungan. Ikuti Tips Ini!

Semua pasangan yang berkahwin pastinya bersetuju bahawa mengetahui jantina bayi merupakan antara saat yang dinanti-nantikan apabila isteri disahkan hamil. Lebih-lebih lagi kalau cahaya mata tu memang dah lama sangat ditunggu-tunggu. Bermacam persediaan pasangan berkahwin akan buat walaupun tidak tahu apa jantina bayi. Dia punya teruja tu setinggi langit!

7 Cara Ketahui Jantina Bayi Secara Alami

Jadi, buat ibu-ibu yang ingin ketahui jantina kandungan sebelum berjumpa doktor tu, bolehlah guna 7 cara ini untuk membuat persediaan . Mana tau betul kan?

1. SUKA MAKAN MANIS ATAU MASAM?

Katanya kalau si ibu mengandung suka makan makanan manis, pedas dan yang sedap-sedap sahaja, maknanya bayi perempuanlah yang dikandungkan itu. Manakala, kalau si ibu selalu suka makan makanan masam, masin dan makanan ringan, itu tandanya anda sedang membawa anak lelaki!

2. BERAPA DENYUTAN BAYI?

2. BERAPA DENYUTAN BAYI?

Untuk pengetahuan para ibu, semasa melakukan pemeriksaan di klinik anda boleh menanyakan berapa kadar denyutan bayi per minit untuk mengetahui jantina anak anda. Menurut sumber, kalau denyutan anak 140 dan ke atas per minit, ia merupakan anak perempuan. Manakala kalau denyutan per minit berada di bawah 140, mesti anak lelaki.

3. WAJAH BERSERI ATAU TIDAK?

3. WAJAH BERSERI ATAU TIDAK?

Petua orang tua juga ada mengatakan bahawa kalau anak yang dikandungkan adalah perempuan maka wajah si ibu akan kelihatan kusam sedikit. Ini kerana, seri glowing itu telah diambil oleh anak di dalam kandungan. Betul ke? Jangan risau, apa yang penting adalah untuk menjaga kesihatan diri ya.

4. ADA MORNING SICKNESS?

4. ADA MORNING SICKNESS? Jantina bayi

Dikatakan bahawa jika anda sedang mengandungkan anak perempuan, berpotensi besar akan mengalami morning sickness yang lebih teruk berbanding anak lelaki. Ada juga yang bila mengandungkan anak lelaki, tak pernah rasa morning sickness langsung! Bertuah sungguh badan.

5. PAYUDARA KIRI ATAU KANAN LEBIH BESAR?

5. PAYUDARA KIRI ATAU KANAN LEBIH BESAR? Jantina Bayi

Perubahan yang paling ketara si ibu akan alami adalah dari segi peningkatan berat badan. Bukan itu sahaja, salah satu cara untuk anda indetifikasikan jantina kandungan adalah memeriksa saiz payudara anda. Kalau payudara di sebelah kiri lebih besar, itu merupakan bayi lelaki manakala payudara sebelah kanan lebih besar, itu merupakan bayi perempuan.

6. SUKA MARAH KE TAK?

6. SUKA MARAH KE TAK?

Haa, ini mungkin antara perkara yang tidak diambil berat oleh si ibu mengandung. Katanya kalau si ibu lebih suka marah dan cepat naik angin, itu kerana ‘angin’ yang datang dari kandungan anak perempuan!

7. TIDUR SELALU MENGIRING KIRI KE KANAN?

Ini paling mudah untuk si ibu lakukan. Setiap kali bangun pagi, jangan lupa untuk memeriksa cara tidur anda. Jika anda lebih cenderung tidur mengiring sebelah kiri ianya bayi lelaki. Manakala kalau selalu mengiring sebelah kanan, bayi dalam kandungan ada perempuan!

8. ULTRASOUND

Merupakan cara untuk mengetahui bayi anda 99% tepat jika si pemerhati mampu melihatnya dengan baik.

9. KELAKUAN

Si ibu biasanya menonjolkan sifat atau jantina anaknya. Contohnya, lebih suka melihat permainan budak lelaki atau wajah kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kadangkala, si ibu juga berkemungkinan membenci jantina yang bertentangan dengan jantina anaknya.. Contohnya membenci budak perempuan jika kandungannya lelaki.

 10. BAHAGIAN PERGERAKAN BAYI YANG KERAP 

Para ibu akan merasakan tendangan dan pergerakan yang kerap di bahagian kiri jika jantina bayi anda perempuan. Dan, bayi lelaki pula sebaliknya, di bahagian kanan. Sesetengah ibu hamil juga mengatakan posisi tidur jika hamil bayi perempuan juga lebih cenderung ke arah kiri . Sebaliknya pula jika menghamilkan bayi lelaki.

11. PERGERAKAN BAYI YANG PERTAMA 

Sudah menjadi lumrah dunia lelaki lebih aktif dan kuat berbanding perempuan. Ibu yang hamil bayi lelaki biasanya merasakan pergerakan bayinya seawal 2-3 bulan. Manakala bayi perempuan agak lewat berbanding bayi lelaki iaitu pada bulan kelima atau enam.

Masih Menanti Cahayamata?

Buat meraka yang masih menantikan cahayamata. Banyakkan berdoa, banyakkan bersedekah dan jangan berhenti berikhtiar. Seeloknya pasangan perlu jalankan pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui punca-punca masalah ketidaksuburan pasangan masing-masing

Masalah Ketidaksuburan

Berikut adalah antara masalah-masalah biasa ketidaksuburan.

  • Kitar menstrual tidak tetap
  • Hormon tak stabil
  • Rahim tersumbat
  • Endometriosis
  • Keputihan melampau

 

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.